Selasa, Mac 29, 2011

Kakak saya dah jadi nenek.............




Kek ni pulak saya buat sempena majlis kesyukuran yang kak saya buat sempena menyambut cucu suilung dia. Disebabkana last minut buat(sekali dengan en Faidzal punya, maka ni je la yg jadi. Ganaache untuk bunga dah habis. Jadi kat tengah kosong je.

Dah tengah malam. Campur penat lagi ......tak leh fikir dah nak buat apa. jadi terimalah sedadanya ye Ni.

Terima kasih En faidzal



Haaaaa....... kek ni saya buat last minute. Mana taknya. Pagi-pagi subuh sepiei nak bertolak ke Putrajaya. Hari Jumaat ke Jengka melayan anak-anak hish hish hish

Petang baru sampai rumah, main ngan arnab n anak kucing dulu. Dalam pukul 6 kot baru bancuh kek, baru nak buat ganache. Alhamdulillah ganache untuk bunga dah ada.

Maaalaaaaaam baru siap. Tidur lewat juga sebab nak siapkan walaupun kena bangun awal sok.

Harap-harap en faidzal dan keluarga suka makan kek ni. Saya bagi ni sebagai tanada terimaa kasih diaa nak bagi rabbit pada saya. Terima kasih ye....

Selasa, Mac 08, 2011

To My Beloved Husband: Ida

Ini pulak untuk suami tersayang sempena harijadinya.

Ida ni dulu, berhajat untuk menempah kek sempena perkahwinannya tahun lepas tapi saya tiada di Malaysia masa tu(hantar Ezz dan Na sr).


Jadi ni lah masanya dia merasai kek coklat lembap saya. Dan saya tak boleh hampakan Ida pulak. Tambah lagi dia sedang mengandung 8 bulan.



SMS Ida:......alhamdulillah, husband happy sangat.....................

DORA untuk Hasya

Buat pertama kalinya saya ambil tempahan yang memerlukan melukis gambar. Selepas belajar dengan Zati dulu, tak pernah buat dah. Semua ini saya ceritakan pada Intan yang menempah kek ini untuk anak tunggalnya yang masuk umur 2 tahun.

Setelah beberapa lama kami beremail hingga saat akhir nak buat kek ini, maka kata persetujuan diambil, Intan mahu saya buat aje walau tak ada pengalaman, terima kasih Intan kerana beri akak peluang ini.

Terima kasih Allah kerana memberi ruang melatih diri ini.

Baru separuh jalan. Saya tak menggunakan piping jelly dan Intan pun kata dia tak nak piping jelly. Maka ia taklah berkilat macam orang lain punya.


Dah siap. Untuk yang pertama kali, OK lah kan.

Sebenarnya Intan berikan contoh untuk kek ini. Bulat-bulat oren tu, asalnya gula-gula Smarties. Tak de stok kat rumah sebab kami tak makan benda-benda ni. Jadi saya gantikan coklat berperisa oren.

Sehingga saat ini, Intan tak beri lagi respon samada dia setuju ke tidak, puashati ke tidak. Namun saya mengharapkan yang terbaik untuk Intan sekeluarga terutama birthday girl, HASYA.

Khamis, Mac 03, 2011

Kedai Kek dan Cafe Al-Munawarah, Temerloh

Ini kali kedua saya promote kedai kenalan saya ini. Akhir-akhir ini ramai yang bertanya tentang kedai ini pada saya. Semua salah sangka menyatakan kedai itu adalah kepunyaan saya.



"Rikha, kedai kat deret CIMB tu Rikha punya ke"
"Kak Rikha, kedai kek kat Temerloh depan Balai Polis tu, kak Rikha punya ke"
"Kak Rikha, ni saya yang datang kedai akak tempohari, ingat lagi tak?" : email dari seseorang
Ini baru sebahagian yang bertanya......



Wahhhhhhh moga Allah makbulkan doa sahabat-sahabat saya ini-SAYA MEMPUNYAI KEDAI BAKERI SENDIRI.......



Hari Selasa lepas (1.3.2011) saya pi lah kedai Eyra dan suaminya Zahari. Sempat lah bertanyakan kemajuan kedai mereka. Wahhhhhhh saya tumpang gembira kerana kedai mereka cukup maju dan dapat pula menyewa tingkat bawah kedai mereka sebagai tempat memproses produk mereka. Permintaan tinggi.......




Hmmmmmm........ bila pulak saya nak jadi begini(berjaya dalam biz)???????? Setakat ini, bila orang tanya, saya jawab, saya masih bermain-main lagi dengan produk bakeri sebab saya tak berapa pandai lagi.




Kepada pembaca blog ini, boleh jadikan kedai mereka ini sebagai pilihan utama anda jika mencari produk bakeri atau memerlukan kek berhias untuk majlis besar anda ye......