Rabu, Jun 03, 2009

Malas tahap kayangan nih

Ya Tuhan..... apalah sejak kebelakangan ni saya terlalu malas nak buat itu, nak buat ini di rumah. Nak buat roti malas, nak buat coklat malas. Apa apa je lah. malaaaaas sesangat.

Jadi dua hari lepas kot, saya buat muhasabah diri. Tanya diri sendiri, mengapa tiba-tiba sikap buruk ni melanda diri. Setakat ini saya buat kesimpulan bahawasanya saya telah meletakkan diri saya jauuuuuh dari Allah.

Solat dhuha dah jarang-jarang dah. Dulu masa ada pusat rawatan , selalu buat, hampir setiap hari.

Hadiah untuk emak di alam barzah dah jarang sangat, selalu buat dalam kereta aje, baca surah al-fatihah aje sepanjang bawa kereta. Dulu hampir setiap hari mengaji, paling-paling 2 mukasurat.

Ngaji pun dah jarang-jarang sangat nih. aduuuh apa nak jadi ni.....

Teruk sangat dah ni. kalau nak kira cedera, cedera parah, nazak dah ni.

Jadiiiii, kak rikha oooiiiiii.... cepat-cepat lah masuk balik ke jalan lurus yang Allah dah suluh kan tu ye.

Ya Allah, ampunkan dosa-doa hambaMu ini. Ampunkan aku diatas kelalaian aku dalam menyembahMU, ya Allah. Jangan lah kau pesongkan hati ku ini setelah kau tunjukkan jalan yang lurus.

Aaaamiin...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan