Memaparkan catatan dengan label kek Coklat Lembap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek Coklat Lembap. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 04, 2014

Sempena majlis perkahwinan Ain dan Muaz di Bukit Bendera, Mentakab, Pahang 2.8.2014

Tempahan kek yang kedua tahun ini he he he

Dengan rasa takut dan kurang keyakinan, saya buat juga untuk tidak menghampakan ibu pengantin petempuan. 

Kek coklat lembap ini beratnya 3.25 kg.
Di tutupi sepenunhnya dengan ganache yang diperbuat daripada dark compound chocolate. Mengapa dark Choc? Sebab untuk mengimbangi rasa manis kek, agar tidak terlau manis. 

Bunga hiasan juga dari choc ganache yang sama.

Tak tahu berapa nak letak.......

3 hari menunggu feedback dari pihak keluarga, akhirnya rasa lega sebab memenuhi citarasa keluarga pengantin dan tetamu fuhhhhh LEGAAAAA







Khamis, Julai 12, 2012

Untuk Suami jarak jauh

 Kek untuk suami tersayang dari Norhafizah UiTM jengka pada 24.9.2011







Rabu, Julai 11, 2012

CMC9R untuk Aliyah MTF(Menengah)

Kek ini disiapkan pada petang(lepas asar kot) sabtu 7.7.2012. Kena buat dua biji sebab ada pelajar lelaki juga untuk diberi.

Allah susun khwan pulak akan sambut harijadi pada esoknya. Elok sangat lah tu.



 Untuk Banat dan 3 penjaganya di asrama

Untuk Banin

Khamis, Jun 21, 2012

CMC7 untuk Norfarra Shima di Lancang

 Alhamdulillah kek ini selamat dihantar ke Farra pada 20.6.2012. Saya drive sensorang je dari Temerloh ke lancang dengan perasaan berdebar-debar sebab tak biasa pi sorang he he he dasar penakot.

Pertama kali hias dengan buah. Asal nak buh bunga choc ganache tapi ada masalah sedikit. Dengan kebenaran penempah dari Johor, maka gantikan dengan strawberry nih.

Alhamdulillah, penerima kek suka denagn kek ini. tak sampai beberapa jam, farra kata kek dah habis. Huh lega rasanya......

TQ Fadzlee
TQ Norfarra Shima







Jumaat, Jun 01, 2012

Tempahan dari Kawan Nasr

Semua kek ini (dua biji je he he he) adalah tempahan dari Halim, kawan Nasr.

Selasa, Mac 27, 2012

Untuk farah sekeluarga

 Kek ni saya saja buat masa saya buat kek untuk PUTERI.

Bagi percuma je tanda terima kasih kerana bagi guna mesin tebu. Sekarang try nak beli terus. Moga Allah permudahkan urusan ini.

Apa-apa pun kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayah farah dan keluarga farah.


Moga seronok gan gembira menikmati kek ini ya.








Untuk Warga SMV PUTERI

 Kek ini ditempah oleh kak Mala SMV Puteri pada Jumaat lepas. masa tu tengah drive dari Jengka ke Temerloh. Perbualan disambung di rumah. kak Mala kata nak surprise Pengetua.kak Mala minta kek ini di hantar ke Ustazah alwiah pada petang ahad(25.3.2012) sebab nak digunakan pada pagi Isnin waktu perhimpunan.

Pagi sabtu, saya ke KL(ada seminar). Sampai rumah semula pada pagi Ahad lebih kurang 3 pagi(tumpang kawan je sebab pi seorang). maka selepas solat Subuh saya pun bergegas buat walaupun mata mengantuk lagi. Siap  bakar kek, buat choc ganache. Lepas tu siapkan choc ganache untuk bunga pulak(Guna coklat berperisa mangga).

Lepas zohor, saya mula mendeko. Alhamdulillah sebelum asar siap dan plan nak hantar lepas solat Asar ke rumah ustazah Alwiah.

Saiz: 9 x 9 inci
Berat: Hampir 3 kg
Harga : RM135 tetapi bagi diskaun menjadi RM115 sahaja. Untuk kali je ye kak Mala he he

 he

Pagi Isnin, saya tanya kak Mala khabaran kek. Kak Mala kata kek Ok tapi belum makan sebab Pengetua tak masuk pejabat lagi...Pulak.........Tak jadi surprise la kot......






Untuk makan-makan sekeluarga dari Hana


  Kek ini ditempah oleh Hana, Teluk Sentang. Dia nak makan-makan ngan family dia.

Walaupun order last minute, Alhamdulillah Allah beri ruang dan kesempatan untuk menyiapkan kek ini.

CMC yang simple dan murah :
Saiz: 9 inci
Berat: lebih kurang hampir 2 kg kot
Harga: RM30 je sebab just tuang choc ganache, tak payah lepa elok-elok.

Terima kasih Hana.

Malam sms Hana tanya khabar. Alhamdulillah, respon yang baik dari hana dan keluarga. Lega hati saya.







Jumaat, Februari 03, 2012

Tempahan dari sahabat Siti Zawiyah

Semua CMCR (12 biji) ini adalah tempahan dari seorang sahabat sempena meraikan perkahwinan anak perempuannya.

Zawiyah meminta semua kek ini diletakkan di dalam casing kerana senang untuk dihidang terus dia atas meja hidangan. Senang tak perlu basuh pinggan kotor. Jimat masa, tenaga dan ruang. Bijak bijak.

Semasa menghadiri majlis ini, saya pun setuju dengan idea ZZawiyah ni. Memang sesuai sangat, siap dihiang dengan penutupnya(tak perlu risang dengan bendasing, kekotorang. Sangat-sangatt setuju .

OK sesiapa yang inginkan tempahan seperti ini untuk sebarang majlis bolehlah hubungi saya ya.

Terima kasih Zawiyah atas semuanya.









Ini adalah potongan kek yang terakhir sekali ha ha ha. Anak-anak malu sesangat bila umminya nak ambil gambar kek ini. Jadi saya pi jauh-jauh daripada mereka

Rabu, November 30, 2011

Kek untuk makan-makan






 Kek ni pulak (CMCR9 bersaiz 8 x 8 inci) tempahan dari isteri ustaz asjad UiTM untuk makan dengan family. Memang saya rekomen kek begini jika untuk makan-makan sebab lebih murah dan berbaloi - puas makan dengan harga yang berpatutan RM30.

Terima kasih ya

Happy birthday to Najlaa'







Kek ni ditempah oleh isteri ustaz Asjad UiTM Jengka sempena hari ulangtahun kelahiran anaknya Najlaa'. Masa buat ni punyalah bermasalah dengan ganache. Tak nak likat langsung terutama untyk buat bunga tu. Namun alhamdulillah akhirnya semua selesai.

Harap=harap Ustaz dan keluarga berpuashati ya dan terima kasih atas kepercayaan pada ya......