Memaparkan catatan dengan label aneka bun-harga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aneka bun-harga. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 29, 2010

Aneka Bun






Semalam 27.1.2010 saya membuat aneka bun 1.5kg, sorang-sorang je. Selama ni pun sorang-sorang juga sebab tak mampu lagi gajikan pekerja.

Disebabkan masih baaaru je mula balik buat aktiviti ni sejak bulan 4 atau 5 tahun lepas, maka banyak yang saya perlu adjust semula. Seperti pelarasan suhu dan masa pembakaran roti. Ya lah kan, dah lama tinggal dan oven tu pun oven murah dan semakin bertambah usianya.....pelarasan suhu dan masa tu penting untuk menghasilkan bentuk roti yang agak lawa.

Aneka bun ni untuk melunaskan tempahan Muna. Juga akan dihantar ke Maahad Tahfiz Faqeh, Temerloh dan Gerai kuih Ramlah di Temerloh Jaya.

Setakat ini, inilah sahaja bun yang saya tahu buat:

Mexican Bun : RM1.00
Jejari Keju: RM1.00
Mini Pizza: RM1.00
Bun sardin: RM1.00
Bun Bunga Kacang Merah: RM1.00
PIzza Pintal: RM1.20
Piza Bunga berkeju:RM1.50

Ada aneka bentuk yang saya boleh buat seperti segitiga, empat segi, bunga, caterpillar, silinder.

Dulu pernah buat inti sekaya tapi banyak masalah sebab sekayanya agak cair menyebabkan agak sukar untuk melekatkan doh dia. InsyaAllah satu masa nanti saya akan buat sekaya yang agak sesuai untuk bun, juga inti kelapa. Doakan yang terbaik untuk saya ye.....

Khamis, Januari 21, 2010

Akhirnya...........

Bun Sardin RM1.00


Mini Pizza RM1.00


Jejari keju RM1.00


Bun Mexico/Roti boy RM1.00


Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga kekuatan membuat semula aneka bun setelah berzaman berhenti rehat.

Dah lama nak buat tapi baaaanyak benda yang menghalang. InsyaAllah minggu depan boleh lah mula balik jualan aneka bun ini.

Saya bercadang nak buka jualan aneka bun secara online pulak lah. Tunggulah pengumuman ini nanti ye.

Kelas buat roti?????? toing toing toing......boleh ke? berani ke? (macam iklan sabun pulak)

Tunggu aje pengumuman ye.... TUNGGUUUUUU............