Sabtu, Ogos 22, 2009

PENGUMUMAAN

Dengan rasminya saya mengumumkan bahawa saya telah berpindah dari Taman Perindu ke Kg Paya keladan Temerloh. Tak jauh pun.Inilah rahsia yang saya kata nak cerita pada bulan 7 dulu tapi tertunda sebab rumah masih belum siap lagi.

Ini pun rumah kami masih belum ada bekalan elektrik. kami terpaksa minta ihsan jiran terdekat kami (tapi jauh jugak rumah dia) untuk menggunakan sedikit bekalan elektrik dari rumah dia. Jadi rumah kami hanya boleh guna beberapa biji lampu dan plug.

Basuh kain macam zaman tori, macam kat teppi sungai tuh. aduhhhh sakit sakit badan tau..... tapi ini lah peringatan dari Allah untuk kami tentang kesusahan orang lain. Ini pun dah banyak senangnya cuma anak-anak kurang memahami.

Dah seminggu pindah tapi tak siap kemas lagi. Saya ni memang, bab kemas mengemas lembaaaap sangat he he he. Ada sapa sapa nak tolong?????

Maka disebabakan kekurangan-kekurang ini saya memberhenti dulu buat sementara operasi bakeri saya. Allah nak saya guunakan sepenuhnya bulan Ramadhan ni. Entah tahun tahun depan tak sempat.

Juga tak dapat masukkan kan telefon, maka tak ada line internet. saya guna streamyx line telefon. nak guna broadband tu kena beli alat dia, duit juga tuh. maka nak update entri ni mungkin agak payah juga. Tak tau sampai bila, jadi ................

1 ulasan: