Isnin, April 05, 2010

Duuugaan

Sejak balik dari Indonesia,baru sekali saya buat roti.

Banyak masalah yang perlu diselesaikan.Yang paling teruk, kereta saya. Kejap ERV tak nak hidup,kejap swift pulak meragam.

Lepas kes yang saya cerita tempohari, dah berapa kali dia tak idup. Ada 2 hari tak idup, ada separuh hari tak hidup.

Yang terbaru, Jumaat lepas (2.4.2010). saya nak pi ambil anak-anak. Mula-mula dia buat bunyi bising(masalah belt). Punya lah kuat. Sampai saya tepuk-tepuk dia, "diam, diam. malu orang dengar". Masa ni saya dengan ustaz. Pastu saya keluar seorang, pi Maahad. Dalam perjalanan, dengan bunyi bising dia tu, tiba-tiba ada bunyi benda lain pulak. Kuat juga, macam bunyi angin, benda bocor.

Malu tak tau nak cakap la. Sampai kawasan asrama anak-anak, saya keluar kereta nonggeng(tak pikir apa dah) tengok bawah kereta, sebab bunyi kuat datang dari bawah kereta.

Lina kata" hish kereta sapa lah bunyi kuat nih..." rupa-rupanya kereta mak dia. malu besar dia.

Puas lah telefon ust yg sedang beli makanan tengahari untuk kami. Saya takuuuuuut sangat nak bawa kereta. Alhamdulillah , rupa-rupanya masalah aircond. Jadi tak leh pasang aircond lah.

Semalam , si SWIFT pulak buat hal. Ustaz tak de pulak tu. Nak hantar anak-anak balik asrama. Alhamdulillah dia mati tak jauh dari rumah(jenuh juga jalan kaki balik rumah). Macam-macam benda kelakar berlaku disitu. Balik rumah, solat asar,bawa ERV, punggah barang dari SWIFT.......

Hingga saat cerita ni ditulis, SWIFT masih di tempat saya tinggalkan. Kami amanahkan pada mekanik DIN. Aduhhhh sampai bila masalah kereta akan selesai ni ye.

Hari ni,saya rasa tak sihat pulak. Cadang nak buat roti hari ni, tak jadilah cuma nak selesaikan tempahan Zura SK Bdr Jengka.

Harap-harap esok boleh buat roti semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan