Sabtu, Oktober 09, 2010

Rabbit hitam yang nakal

Peristiwa ini berlaku pada petang Jumaat 8.10.2010

6.00: Sampai rumah dari UiTM Jengka. Terus lepaskan depa main kat tanah sebab pagi tadi depa tak dapat main.

6.15: Kami masuk rumah nak makan petang. Depa, kami biar main selepas langkah-langkah keselamatan telah diambil(jalan depa lari dari rumah dah di tutup)

6.30: Ustaz keluar sebab nak beri kucing makan pulak. Perasan si rabbit hitam tak de. Puas la kami mencari terutama Ustaz, sampai dalam hutan belukar ustaz masuk. Saya masuk mandi sebab ada janji dengan kawan, sebelum maghrib kena keluar.

6.45: Ustaz masih di luar pagar rumah, mencari arnab nakal tu. Saya suruh masuk mandi sebab dah lewat.

7.05: Nak maghrib dah. Kami keluar pi dating ngan kawan dengan penuh rasa tawakkal. Mengharapkan balik nanti dia dah ada kat dalam kawasan rumah. pintu rumah depa terpaksa di tutup nanti putih pulak lari. Kejam sungguh ummi dia kan ha ha ha

9.30: Sampai rumah. Aduhai ..... si nakal tak de lagi nih. Risau juga tapi yakin dia pandai balik sendiri selagi tak ada gangguan dari pemangsa. Masuk rumah lah dulu

10.00: Sedang baring-baring, tiba-tiba Allah kembalikan ingatan saya pada si nakal tu TINGGGG, rabbit hitam kamu......Saya pi jenguk kat tingkap sambil jerit " Hitammmmmm , dah balik ke belummmm". Sambil pandang keliling. Apabila pandangan jatuh di pintu rumah dia, saya menjerit tapi tak ingat macam mana dah saya jerit sebab terlalu suka ha ha ha teruk kan saya ni. Lina dan ustaz pun bangun cepat-cepat dan kami terus buka pintu rumah.

Yang saya ingat saya kata, " Kan betul naluri keibuan ummi...." ha ha ha Lina gelakkan saya. Masa saya mula-mula ternampak dia tadi, dia sedang terkebil-kebil menengok saya kat tingkap. Rasa nak rotan-rotan budak ni tau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan