Sabtu, Disember 04, 2010

Kek Cawan untuk majlis pertunangan

Alhamdulillah, petang semalam (10.12.2010) set kek cawan ini telah sampai ketangan Fara dan keluarganya di Seberang Temerloh.
Kami tak pernah kenal dan keluarga fara pun tak pernah merasa kek-kek yang saya buat. Tapi Mereka dengan penuh yakin dan menaruh kepercayaan kepada saya untuk menyediakan set kek cawan ini untuk hari bersejarah Fara. Ini semua adalah kerja Allah yang MAha Kuasa. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan Mu ini.

Fara(adik) telefon saya bertanyakan perihal kek cawan ni untuk majlis kakaknya yang juga bernama Fara. Fara(adik) baru berumur 18 tahun, maka saya suruh dia panggil saya makcik aja lah.

Peramah keluarga mereka ni. Moga Allah memberkati majlis anda semua.

FARA jangan lupa pesan makcik. Beri apa-apa komen untuk makcik perbaiki dimasa-masa akan datang ye. Dan terima kasih bebanyak atas kepercayaan yang Fara dan keluarga keluarga berikan pada makcik. Jangan serik order lagi dengana makcik lagi ye.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan