Setelah beberapa lama kami beremail hingga saat akhir nak buat kek ini, maka kata persetujuan diambil, Intan mahu saya buat aje walau tak ada pengalaman, terima kasih Intan kerana beri akak peluang ini.
Terima kasih Allah kerana memberi ruang melatih diri ini.
Baru separuh jalan. Saya tak menggunakan piping jelly dan Intan pun kata dia tak nak piping jelly. Maka ia taklah berkilat macam orang lain punya.
Dah siap. Untuk yang pertama kali, OK lah kan.
Sebenarnya Intan berikan contoh untuk kek ini. Bulat-bulat oren tu, asalnya gula-gula Smarties. Tak de stok kat rumah sebab kami tak makan benda-benda ni. Jadi saya gantikan coklat berperisa oren.
Sehingga saat ini, Intan tak beri lagi respon samada dia setuju ke tidak, puashati ke tidak. Namun saya mengharapkan yang terbaik untuk Intan sekeluarga terutama birthday girl, HASYA.
Sehingga saat ini, Intan tak beri lagi respon samada dia setuju ke tidak, puashati ke tidak. Namun saya mengharapkan yang terbaik untuk Intan sekeluarga terutama birthday girl, HASYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan