Selasa, Mac 27, 2012

Untuk Warga SMV PUTERI

 Kek ini ditempah oleh kak Mala SMV Puteri pada Jumaat lepas. masa tu tengah drive dari Jengka ke Temerloh. Perbualan disambung di rumah. kak Mala kata nak surprise Pengetua.kak Mala minta kek ini di hantar ke Ustazah alwiah pada petang ahad(25.3.2012) sebab nak digunakan pada pagi Isnin waktu perhimpunan.

Pagi sabtu, saya ke KL(ada seminar). Sampai rumah semula pada pagi Ahad lebih kurang 3 pagi(tumpang kawan je sebab pi seorang). maka selepas solat Subuh saya pun bergegas buat walaupun mata mengantuk lagi. Siap  bakar kek, buat choc ganache. Lepas tu siapkan choc ganache untuk bunga pulak(Guna coklat berperisa mangga).

Lepas zohor, saya mula mendeko. Alhamdulillah sebelum asar siap dan plan nak hantar lepas solat Asar ke rumah ustazah Alwiah.

Saiz: 9 x 9 inci
Berat: Hampir 3 kg
Harga : RM135 tetapi bagi diskaun menjadi RM115 sahaja. Untuk kali je ye kak Mala he he

 he

Pagi Isnin, saya tanya kak Mala khabaran kek. Kak Mala kata kek Ok tapi belum makan sebab Pengetua tak masuk pejabat lagi...Pulak.........Tak jadi surprise la kot......






Tiada ulasan:

Catat Ulasan