Dengar tazkirah di radio IKIM tadi. Suka dengan tajuk ini sebab perkara ini yang saya cuba amalkan dan terapkan dalam keluarga saya.
Pernah dengar tak ungkapan atau ayat ini:
Perkara yang kita benci, tanpa kita ketahui, ia adalah yang terbaik Allah takdirkan untuk kita.
Pernah berlaku pada anda?
Saya yakin semua orang pernah mengalami perkara ini.
Contoh:
Kisah Nabi Yusof yang tak bersalah dipenjarakan oleh ayah angkat baginda sendiri.
Bayangkan jika benda yang sama berlaku pada kita. Kita tak melakukan apa-apa kesalahan tiba-tiba orang buat seolah-olah kita yang bersalah. Mengamuk sakan kita kan....
Ustaz tadi kata ambillah cabaran, dugaan ke apa-apa yang kita anggap tak elok untuk kita sebagai satu peluang yang Allah berikan pada kita. Sebagai contoh, kata ustaz tadi kisah Nabi Yusof, dia gunakan peluang di penjara untuk menyampaikana dakwah pada banduan yang bersama baginda.
Kita juga selalu dengar ungkapan "ada hikmah di sebalik apa yang berlaku"
Haaaa inilah maksud hikmah tu....
Bagi saya, saya pegang setiap kesilapan yang berlaku, itu adalah yang terbaik untuk saya dan keluarga. Namun serentak dengan itu kita perlu perbetulkan kesilapan itu dimasa akan datang.
Macam kat rumah saya ni. Sebenarnya, letrik lambat masuk sebab wireman yang diamanahkan untuk melakukan kerja-kerja ini, tidak menunaikan tanggungjawabnya pada masa yang telah ditetapkan dengan pelbagai alasan.
Kami redho dan cuba memahami masalahnya namun kesilapan demi kesilapan dilakukan hingga hari kami pindah borang TNB masih belum dihantar.
Sabar wak sabar ............ saya pujuk hati sendiri
Disamping sabar sabar tu saya tetap sering bertanya padanya (jika ada peluang) agar kesilapannya tak berterusan. Saya pun pernah cakap pada dia:
" akak redho api lambat masuk sebab bagi kami kecuaian ***** adalah tarbiyyah dari Allah. Tapi sepatutnya di pihak ***** perbetulkanlan kesilapan ini dan tebus balik"
lebih kurang gitulah ayatnya he he he
Baru-baru ni saya gertak dia untuk ambil tindakan undang-undang.
Lepas tu dia minta maaf tapi saya kata "permohonan maaf sepatutnya diiringi dengan taubat"
Lafazkan perkataan maaf memang senang kan tapi tak memberi makna apa-apa jika pembaikan tidak dilakukan.
Saya cuba untuk tidak marah atau gunakan kata-kata kasar. Sebab saya ni kalau mula tunjukkan rasa marah saya, takut laser aje yang keluar nanti tapi tak delah perkataan tak elok keluar cuma pedas aje. Kontraktor rumah kami kata, marah aje dia....Mungkin dia geram juga sebab itu juga dibawah tanggungjawab dia juga agaknya.
Sehingga saat saya menulis ni, tiang letrik telah tertanam selama 10 hari. Saya malu nak tanya TNB selalu, nanti depa marah pulak kan.....Doa aje lah banyak-banyak agar Allah gerakkan hati mereka yang berkenaan agar menyegerakan tugasan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan