Rabu, Oktober 28, 2009

Masalah bekalan elektrik ....sambungan

Semalam adalah hari yang terlalu memenatkan bagi saya.

Bayangkan:
7 pg hantar anak pi sekolah. Pastu, pi pasar.
7.45 TNB tak buka lagi(nak tanya semula perkembangan repot 26.10.2009 )tapi awal lagi, maka hpi lah kedai makan kawan, sarapan konon sebab saya tak pernag bersarapan kat luar sorang-sorang, malu...tapi ni dah terpaksa sangat-sangat.
8.12 Lepas terlalu kenyang pi lah TNB, juruteknik Azaril (ye ke juruteknik) janji nak dtg tapi minta wiremen saya pi tengok semula apa punca masalahnya.
Maka berjanjilah kami pagi ni.

Pas tu saya terpaksa ke Takaful Malaysia dulu nak baharukan insuran van yang akan tamat tengahmalam nanti. Pas tu terus balik. Pastu ambil mak su(tuan yang kami tumpang letrik tu) untuk temankan saya masa wireman tu buat kerja(mana boleh saya seorang perempuan, depa lelaki, tak syar'i tuh).

Dalam pukul 12 , hantar mak su balik dan pi mentakab baharukan lesen kete saya yang mati tghmalam nanti juga he he he, Alhamdulillah Allah ingatkan saya semasa dalam kereta tadi. Pi ambil Nasr, beli makan tengahari untuk wireman sekali, BALIK.

Wireman, saya tinggalkan depa dengan pengawasan Allah. Tawakkal, depa nak tipu, saya serah pada Allah sahaja.

Nak tau, sampai Asar baru siap dengan banyak masalah, tukar alatan yang dah rosakan lampu,setting semula wiring plug dan lampu serta lain-lain lagi........

mak aaai...... lega rasanya. Tak tau nak cerita. Nasib wireman lama kami tak tau apa kami nak buat dengannya lepas ni......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan