Khamis, Januari 14, 2010

Dakkar Vanila

Ni yang perasa vanilla berkacang


Ni vanilla sahaja


Baru je siap buat dakkar perasa vanilla dan vanilla berkacang(badam dadu). Bukan vanila yang biasa tu ye...... Vanila ni dibuat dari vanila yang diperam dalam gula. kalau rasa sikit, terasa biji-biji dia. Mahal tau.......Vanila ni digunakan untuk buat aiskrim vanilla.

Student Maahad Jengka yang tempah. Agaknya masa saya beri dakkar ni pada anak-anak, mefeka ada rasa sikit kot. Tu yang berasa nak beli untuk dibawa balik kampung agaknya (Sok depa semua balik kampung)

Sejarahnya, saya nak perabis real choc saya yang lama tu sebelum membuka coklat yang baru beli. Yang lama ni, kadang-kadang bawa masalah kelikatan, payah nak buat. Kalau ada butter cocoa(bukan yg substute ye), senang sikit nak selesaikan masalah ni. Jadi saya buat lah dakkar yang saya pelajari dengan chef Khairul LKM semasa mengikuti kursus pembuatan coklat di LKM Bangi.

Allah susun, pada masa yang sama keputusan peperiksaan SMA Muna keluar dan keputusan dia agak baik , maka bagi je dia dalam bekas lawa sikit.....


Ada yang teringin?

Harga promosi RM12 untuk 10 biji. Dibuat dari real coklat, kemudian disalut dengan coklat compound dan akhirnya di golek-golekkan atas choc rice. Di isi dalam bekas transparent bujur seperti di bawah. Nak hias-hias reben kena lah tambah harga ye.....

1 ulasan: