Semalam 8.1.2010, pi ziarah ank-anak sambil nak menanya khabar anak bungsu saya tu.Hantar sekali beberapa helai baju dan seluar dia yang tertinggal.
saya menunggu di tempat pertemuan keluarga dekat dengan masjid maahad. Nasr sampai dulu. Dari jauh dia dah senyum....
"Ummiii, lamanya tak jumpa"
Saya senyuuuum manjang sambil fikir, kesian anak aku ni. Tak sampai 2 hari pun dah rasa lama. hari nak hantar dia tu, entah berapaa kali dia tanya, bila dia boleh balik. kami berdua gelakakan aje. Belum sampai sekolah, dah tanya nak balik.
Abang dia buat laporan panjang menjela...antaranya.
Ummi, adik tak pi makan. Entah berapa kali tak pi makan. Yang saya faham macam tak pi makan langsung.
"Abaaaaag, kuruslah anak kita kat sini nanti" sambil saya dan ustaz gelak.
Pas tu dengan marahnya Nasr, dia kata dia kena jadi ketua kumpulan, abang faci yang pilih.
Pukul 3 ustaz ada mesyuarat, jadi kami jumpa tak lama pun tapi sempatlah makan nasi dengan sup ayam kampung.
Kat Rumah, bila makan teringat Nasr.
"Bang, adik makan ke tidak ni ye?" Ustaz gelak aje, saya pun senyum balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan