Jumaat, Mei 07, 2010

CMCC untuk perkahwinan

Untuk makan-makan




Untuk majlis perkahwinan sahabat

My loyal customer menempah CMCC lagi. Kali ini 1 set untuk dihadiahkan pada rakannya yang akan berkahwin dan 1 set untuk makan-makan.

Sebenarnya saya dah lama teringin nak letak kuntuman bunga ros atas CC ni. Dan Allah memakbulkan harapan saya semasa saya mahu melunasi amanah dari Zura ini. Zura minta hiasan yang biasa saya buat untuk dia. Tetapi saya teringin sangat nak buat. Tak tau lah jadi ke tidak, mana-mana sifu boleh nilaikan ye.
Bagi saya ini satu kejayaan untuk saya sebab tak pernah lagi belajar buat ros tanpa kon. Kali ni saya terus buat atas CC. Seronoknya......tapi memang kena pi belajar lagi. Kali ini saya puas hati sungguh menyiapkan CMCC ini. Bukan sebab lawa(memang tak kemas pun) tapi harapan telah dimakbulkan.

Namun bayaran tetap seperti biasa walaupun sebenarnya jika hiasan sebegini harga dia lebih mahal sedikit tapi sebab ini sebagai latihan saya sendiri dan sebagai hadiah saya pada Zura yang setia bersama saya.

Apa-apa pun kasih Zura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan