Ahad, Mei 16, 2010

Kek untuk suami tercinta

Tempahan kali ini datangnya dari Aymawaty(Triang) melalui email dan dikuti dengan sms serta telefon. Azymawaty kata suaminya minat Liverpool. Maka untuk mengembirakan suami tercinta dihari bersejarah suaminya, Azymawaty mahu edible imej logo pasukan ini dimaterikan di atas kek ini.

Biasanya saya akan menempah dari guru saya, Zati. Tapi zati kata mesin pencetaknya rosak, disarankan saya tempah dengan CT Hajar Penang. Maka saya cuba berbincang dengan CT melalui telefon.

Aduhhh CT sakit gigi pulak. Jadi perbualan kami tak begitu mesra sebab CT menahan sakit giginya yang terlampau.....sorry CT ye. Perbincangan diteruskan melalui email dan akhirnya EI tiba ditangan saya pada 11.5.2010. Waaahhhhh........ awal dari jangkaan. Terima kasih CT. Terima kasih Allah kerana memudahkan urusan kami.

Dalam perancangan awal , kek akan dihantar oleh kami ke Triang pada 16.5.2010. Dengan itu, dalam sidang merancang saya, saya akan menyediakan choc ganache pada malam sabtu dan bakar kek pada keesokannya. Kerja-kerjaa menghias kek akan dimulakan malamnya sebab cuaca agak sejuk dan tidak akan membahayakan hiasan kek.

Lawa kan....berkilat aje

Asalnya beginilah ghupe dia


Hari Jumaat, Azymawaty mencadangkan kami berjumpa di Temerloh sahaja sebab dia dan suaminya akan ke Temerloh pada hari itu. Jadi kena buat plan B.

Choc ganache dan kek akan disediakan malam sabtu dan kerja-kerja hiasan akan dimulakan pada pagi Sabtu. Pada mulanya semua berjalan dengan lancar. Kek nampak lawa.

Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Saya tersilap perhitungan pada cuaca yang agak panas. Separuh hiasan siap, saya simpan kek dalam kotak agar suhu di luar tidak menggugat hiasan kek saya itu. Tak boleh simpan dalam chiller takut EI rosak. Kejap-kejap saya tinjau kek, alhamdulillah OK aje nampaknya.

Selepas solat asar, saya nak buat hiasan terakhir. Saya keluarkan kek dari kotak.....terkejut saya sebab hiasan tepi kek sudah beranjak. Aduh aduh aduh....apa nak buat ni sebab EI yang terlekat disitu. Tak leh tanggalkan. Makin rosak jadinya nanti. Maka saya pun tak jadi buat sentuhan terakhir saya tu. Simpan dalam kotak pas tu isi dalam tray roti dan tutup lagi dengan tray roti dan letak di kawasan yang tidak panas untuk perlindungan berganda dari kepanasan.

Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya ketika itu. perasaan akan lega, saya pasti bila kek diserahkan beserta penjelasan apa yang terjadi.



Tengok tu.....border dibawah dan EI melorot

Lepas magrib kami bertolak untuk bertemu dengan Azymawaty. Semasa penyerahan, saya pun membuka kotak kotak untuk menceritakan masalah yang berlaku(kena cerita,nanti pelanggan tak puas hati). Waaaaaahhhhhhh tambah terkejut saya bila lihat keadaan kek yang semakin teruk. Malunya dengan Azymawaty.


Tapi Azymawaty masih boleh senyum lagi tengok kek itu. Dengan kekurangan pada kek itu saya beri Azymawaty harga yang terlalu istimewa. Harap-harap Azymawaty berpuashati ye.

Sambil Azymawaty makan saya culik anak dia. Sukanya saya.......peramah sangat. Kita cakap sikit dia senyum lebar. Lasak juga, tegap badan dia. Kita dokong dia,berpusing-piusing dia tak nak duk diam. Kalau saya kat rumah dengan budak kecik ni,medsti saya takbuat keje lain, ulit dia aje...he he he

Pagi Ahad saya lihat ada mesej dari Azymawaty(dia hantar pada 00:11). Saya tidur awal sebab tak leh buka lampu. Serangga baaaaaanyak masuk(maklumlah duk kampung). Baik kami pi tidur(masa tu pukul 9 lebih) salam gelap sebab tak boleh buat apa-apa dalam gelap ni. TV pun dia hurung jika terpasang.

"Salam, sori ganggu tgh2 mlm. Br potong kek. Sedap, Suami suka design ni sampai sayang nak potong he he he terima kasih kak"

Allah sahaja yang tahu betapa leganya hati saya. Saya tersenyum lihat waktu sms sampai pada telefon saya. Betul-betul sambut pada detik 12 mlm ye Azymawaty. Semua berbahaga la ye..

Anyway, terima kasih bebanyak pada Azymawaty. jangan serik ye order kek dengan akak.....

Semua yang berlaku ini saya anggap tarbiyyah dari Allah.Terima kasih Allah atas peringatan ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan