Jumaat, Julai 30, 2010

Rezeki dari Allah

Malam tadi dapat panggilan daripada Puan Aziyon, Jerantut, bertanya perihal biskut FA da CHK.

Kami tak pernah kenal pun. Aziyon search interet dan Allah pertemukan dia dengan blog saya. Boleh aje Allah tunjukkan web atau blog orang lain yang lebih terror dari saya. Ini lah perencanaan Allah untuk hambanya kannn....Aziyon menceritakan hal biskut raya ni dan saya pun berbesar hati bila ada yang berminat dengan biskut saya ini walau pun Aziyon tak pernah rasa.

Maka pagi tadi seawal 8.05 pagi, Aziyon dah buat tempahannya beserta rakan sekolahnya di SK Pulau Mansok. Dan tempahan ini keep on bertambah. Saya kata pandai betul dia ni. Tanpa sampel biskut ni, ramai dah menaruh keyakinan dan kepercayaan.

Terima kasih Allah. Terima kasih Aziyon dan suami(tengah tunggu laporan tempahan sekolah dia pulak nih).

Ini lah yang dikatakan rezeki yang datang atau turun dari arah yang tak kita sangka-sangka. Ya lah, siapa sangka orang tak kita kenal, tak pernah rasa biskut buatan kita, boleh yakin dengan kita dan boleh pula yakinkan orang lain. Ini semua Allah punya kuasa membuka pintu hati manusia. Dan jangan lupa Allah juga berkuasa menarik balik apa yang diberi pada kita, haaaa jgn lupa tu ye...cik rikha oiii......

Walaumacamana pun saya mengharapkan dari Allah agar saya tetap dapat menghasilkan biskut yang baik mala yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Dan yang penting dapat memberi kepuasan pada rakan lama juga rakan yang baru kenal melalui alam bisnes ini. Ya la takut juga sebab saya ni kan dulu guru matematik aje, tak pandai masak pun. tak tau teknik apa pun tentang buat biskut ni. Allah sahaja tempat saya berdoa........

Apa-apa pun Aziyon dan suami, akak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan pada akak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan