Isnin, Februari 28, 2011
Khas untuk Abang
Kek ini di tempah oleh Lilik sempena harijadi abang dia. Sayaaaang abang dia kan.....
Masa nak siapkan kek ni, mwemang mencemaskan. Ganache untuk buat bunga tu, saya bancuh sampai 3 kali(900 gm). Masa buat tu, habih minyak dari coklat keluar. Kali ketiga, macam tu juga. Maka saya biarkan walau pun cemas nya Allah aje yang tahu. Rasa nak telefon je Lilik, bunga tak boleh buat. tapi sabo lagi, harap-harap menjadi juga last minute. Dalam solat, saya doa minta Allah beri ketenangan, hiulangkan rasa cemas di hati.
Akhirnya, alhamdulillah jadi juga ganache tu dan berjaya buat bunga dengan mudahnya. Terima kasih ya Allah...
Disamping kek ini, Lilik juga menempah 4 bekas biskut Famous Ami. Lilik pernah beli masa tempah kek untuk anniversary ayah emah dia, tersedap pulak, jadi kali ni dia tempah lagi.
Teerima kasih Lilik and family. Di jadikan cerita, actually kami kenal keluarga Lilik ni. Keciiiik dunia ni kan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan