Duk sorang-sorang tanpa kerja yang spesifik(kat bilik Ustaz ni) membuat saya teringat peristiwa-peristiwa semasa saya masih memegang jawatan penjawat awam. Yang banyak teringat memanglah yang pahit sebab syaitan sedang merasuk fikiran ha ha ha
Saya dahulu memang seorang kakitangan awam yang tak digemari oleh orang atasan. Selalunya bukan big boss tetapi orang sikiiit bawah boss, GPK lah tu. Ketua Bidang ada juga tapi jarang atau tak ketara sangat. Tak pun kakitangan sokongan itu pun tak ketara sangat sebab guru-guru jarang berurusan dengan mereka sebab kami i sibuuuuk mengajar dan menyiapkan tugasan guru(tanda buku, tanda kertas ujian atau peperiksaan , sediakan buku persediaan mengajar dan baaaaanyak lagi termasuk yang tak berkaitan dengan tugas mengajar).
Kadang-kadang tu bila syaitan ni berjaya merasuk lebihhhh saya rasa geraaammm sangat,
"mengapa aku tak melawan dulu?"
"mengapa aku tak backing diri aku sendiri?"
mengapa, mengapa dan mengapa
Dulu, bila saya terkena dengan mereka yang tak berkenan dengan saya, saya jaaaaaarang menjawab untuk membela diri. Saya senyaaaaap aje tapi keluar dari bilik mereka aje uwaaahhhh uwahhh saya nangis.
Antara Peristiwa pahit saya:
Masa ni ni saya mengajar budak pandai, Tigkatan 3A.
Dulu, silibus awal tahun, topik T3 Matematik tak berapa mecabar seperti angka bererti, nombor piawai. Jadi untuk pelajar pandai ni, saya beri sikit je latihan harian. Pernah sekali saya tanya soalan, depa boleh jawab degan mudahnya. Saya pun kata," pandainya awak" Depa kata depa dah belajar kat tempat tution. Dengan nada bergurau, saya kata" haaa semua pi lah tution senang saya". Kes ini jadi isu...
Masa tu, Pengetua baru yang bertugas di sekolah tu. Dia menggalakkan pelajar datang jumpa dia dan mengadu hal dan masalah. Satu hari saya dipanggil GPK..dia kata," ada pelajar complaint tentang awak. Awak bagi latihan terlalu sedikit(maksud, saya guru yang malas) dan suruh pelajar pergi tution jadi saya tak perlu susah-susah nak mengajar"
Wahhhhhh saya tahu dah kelas mana yang complaint ni tai saya tak ingat apa saya jawa ke saya tak bela diri saya. Saya pun jumpa kawan rapat yang jadi mguru kelas dan cerita kes ini. Kawan ni kenal saya, tahu cara saya. Agak nya dia malu dan begang dengan anak buah, entah apa yang dia marah kat bebudak tu.
Next class, saya masuk kelas ni, saya terus ambil peluang minta maaf atas apa yang telah saya buat pada mereka iaitu tidak menjalan amanah saya sebagai guru dan menerangkan apa sebenarnya yang saya buat.Saya kata, "mengajar kamu adalah tanggungjawab saya tak kira kamu pandai ke tidak, kamu ambil tution atau pun tidak".Tak tahu lah depa faham atau tidak, tapi sorang-sorang bangun salam saya dan minta maaf. Terkejut juga. Dan mulai saat itu, setiap habis kelas saya, depa akan bangun dan salam saya.
Lepas tu memang saya bagi latihan sebanyak-banyaknya hingga depa kata,'banyaknya cikgu....." .Kadang-kadang saya yang tanya,"cukup?????". "Cukup, cukup cikgu" .
Haaaaa padan muka saya, kena tanda banyak tapi alhamdulillah beres belaka.
Kisah kedua pula terjadi pada kelas corot tingkatan 4. Saya memang tak berapa gemar dengan satu kumpulan pelajar perempuan ni(depa gelar kumpulan depa 6 jahannam sebab ada 6 orang budak perempuan).
Setiap kali masuk kelas ni, saya mesti tak boleh mengajar sebab baaaaanyak sampah dalam kelas. Saya suruh depa bersihkan kelas dulu baru saya mengajar.
Suatu hari saya masuk kelas depa lambat satu waktu. Bukan sengaja pun. Sebelum tu saya ada kelas lain. Saya tak perasan waktu dah habis sebab cikgu yang sepatutnya masuk, tak datang-datang. Ghalit kat dalam kelas tu. tak ingat macam mana saya boleh ingat, zuuup terus pi kelas T4 ni. Allah susun, buku latihan yang digunakan hari tu, saya tak siap tanda. Jadi saya siapkan dulu sebelum saya mengajar. Jadi kes lagi....
Saya dipanggil oleh pengetua pulak da GPK hari tu pun ada. Maka Pengetua pun menyenaraikan kesalahan saya
1. Masuk kelas lewat
2. Tanda buku latihan dalam kelas membuatkan pegajaran dan pembelajaran tak berjalan.
3. Dan ada lagi tapi tak ingat.
Dia kata, "rikha, ni dah dua kali awak di complaint(meaning....what?)"
Yang ni saya menjawab dengan panas hati sebab cara dia bercakap dengan ayat-ayat pedih dia, menceritakan dia telah menjatuhkan kesalahan pada saya tanpa meminta penjelasaan dari pihak saya. Saya faam dia bagus sebaab nak menjaga kebajikan elajar tapi adalah tidak adil jika hukuman dijatuhkan bersalah tanpa mendengar cerita dari kedua bela pihak. Apa salahnya cakap,"cikgu boleh terangkan apa sebenarnya yang berlaku". Tak la kita panas hati sebab marah kita tanpa tahu cerita sebenar.
Antara yang saya ingat lah, "CIKGU, kat bilik guru saya tak sempat nak berborak-borak dengan kawan-kawan lain kecuali dikantin. Dibilik guru saya tunduk menghabiskan kerja-kerja yang melambak tapi kadang-kadang tak semat juga habis sebab ada lagi tugas sampingan yang perlu juga dibereskan. Saya lambat masuk kelas sebab guru di kelas sebelum tu, tak masuk kelas.Jadi itu tugas cikgu siasat mengapa guru tu tak masuk kelas or lambat masuk.
Dia pun berubah sedikit wajah," Oh nanti saya siasat balik hal ini....."
Hmmm baru kata nak siasat.
Ni semua masa saya ngajar di PJ. Ada lagi tapiii ain kali pulak ye........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan