Isnin, Julai 06, 2009

Perkara kedua tentang saya

Ini sambungan jawapan tag dari adik saya.

Perkara tentang saya ialah:

PERAHSIA

Banyak benda yang saya suka simpan sendiri untuk saya. Rasa rahsia yang disimpan itu memberi satu umph dalam hidup saya (susah nak ungkapkan dengan bahasa).

Ada benda yang saya rahsiakan untuk sementara waktu yang akan saya kongsikan juga dengan orang lain pada waktu yang saya fikirkan sesuai. Contohnya, kes saya bersara awal. Lama saya simpan rahsia ini dari keluarga dua-dua pihak.

Mengapa ini pun nak dirahsiakan. Banyak sebabnya. Antaranya nak membuktikana pada keluarga bahawa kami takkan menghadapi masalah kewangan dengan saya sebagai surirumah sahaja.

Susah juga simpan rahsia ni, kadang-kadang hampir terpecah. Mertua saya tahu sendiri bila mereka pi sekolah saya mengajar. Bila kawan di sekolah beritau cerita ini, hah....panik sekejap.

Mak saya dah meninggal masa bersara. Bapak menunjukkan respon tak berapa setuju.....

Namun sekarang semua OK...

Sekarang ni saya sedang menyimpan satu rahsia besar dan hampir nak meletup dah ni. InsyaAllah rahsia tak menjadi rahsia lagi pada akhir bulan 7 ini. Tunggu........

Dalam banyak hal saya suka berkongsi dengan orang lain. tapi kadang-kadang saya memerlukan ruang sendiri dengan rahsia saya agar hidup saya terisi(tak tau term apa nak guna).

Ustaz pun tak faham nape saya nak rahsia tapi saya rasa ia seperti menghidupkan hidup saya. ha ha ha bahasa apa ni.....

OK sambung lagi nanti

2 ulasan:

  1. kak, pandainya akak simpan rahsia kan?tapi kadang-kadang saya memerlukan ruang sendiri dengan rahsia saya agar hidup saya terisi(tak tau term apa nak guna). ni saya copy paste balik sbb setuju dgn statement nih

    BalasPadam
  2. hmmm kita ada persamaan ye. Tapi tang ilmu akak takut nak rahsia. selagi boleh share ngan orang .......

    BalasPadam