Ahad, Julai 19, 2009

Penjenamaan semula kekcawan tanpa hiasan

Tadi pagi lepas subuh, rajinkan diri buat cupcake ni. Sebenarnya nak buat dari hari sabtu lagi tapi malaslah pulak.
Sebenarnya saya nak buat kajian tentang cc ni untuk meletak harga yang sesuai dalam projek penjenamaan semula CC saya ni. Ini cuma CC tanpa deco menggunakan paper liner bukan solo cup. Isipadu/jisim ditambah agar nampak lebih menarik.
Telah beberapa kali saya diminta buat cc untuk majlis perkahwinan samada untuk hantaran atau door gift. Jadi kenalah buat yang nampak menarik kan....nak beri pada tetamu mesti yang cantik kan, walau harga agak mahal sedikit.
Saya buat ujian, dalam mangkuk yang sama saiz tapi dalam jisim yang berbeza. Maka inilah hasilnya





Maka setelah dikira semua jenis kos, maka saya telah membuat ketetapan harga seperti berikut:

Saiz 8: RM0.80 sebiji
Saiz 9: RM1.00 sebiji

Drizzle menggunakan coklat berperisa samaada pandan(hijau), oren(oren) atau strawberry(pink)


Jika jumlah tempahan 101 -500 atau 501 keatas harga boleh dirunding lagi bergantung kepada jumlah tempahan. Jika untuk hantaran atau door gift, saya lebih suka bekas untuk diisi cc itu diserah pada saya untuk saya isikan terus. Perkhidmatan ini saya tak caj pun. Buat sukarela sebab memudahkan kerja saya juga pihak penganjur majlis, sambil-sambil buat amal jariah.


Saiz 8 dan bekas sendiri. Harga bergantung jumlah yang ditempah. Saiz 9 tak muat, sebab menyentuh penutupnya, tak lawa jadinya


Tempahan minimum adalah sebanyak 25 biji dan diletakkan dalam bekas seperti di bawah



CC ni senget benget sebab saya buh berlapis dan ini adalah CC pakej yang lama tanpa drizzle. Untuk pakej ni setiap bekas akan diisi 25 biji sahaja dengan harga RM25.

Tempahan yang kurang dari itu agak sukar untuk di terima sebab satu adunan dapat dalam 40 biji ikut saiz yang dibuat. Hanya jika ada lebihan, saya boleh jual dalam kuantiti yang sedikit itu seperti yang di bawah




RM3 setiap bekas (saiz 9)

RM2.40(saiz 8)

RM 5.60 sebekas (saiz 8)

RM6 sebekas (saiz 9)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan