Betul ke tajuk tu.
Pagi tadi sedang bawa kereta menghantar Nasr ke sekolah, bukalah radio IKIM. Ada suara ust Zamri dan Zarita memperkatakaan tentang pemansuhan PPSMI ni. Banyak respon yang diterima. Rasa-rasanya 100% setuju ia dimansuhkan SEGERA.
Saya cuba beberapa kali menghubungi IKIM untuk memberi pandangan yang rasanya telah lama terpendam dalam dada ni tapi talian asyik sibuk memanjang. huh dasyat betul respon rakyat malaysia ni.
Dari mula program PPSMI ni dilancarkan, saya memang tak setuju. Dan saya rasa raaaaamai yang tak setuju tetapi kami ni bukan tak setuju rakyat malaysia pandai bahasa inggeris tapi tak setuju dengan kaedahnya.
Niat tidak menghalalkan cara.
Bayangkan ye, sedangkan selama ini nak ajar matematik dan sains dalam bahasa melayu pun susah bebudak tu nak faham, inikan pula nak ajar dalam bahasa inggeris kan.
Ada kawan saya cakap,
' lepas ni kelas sains dan matematik mesti senyap sunyi tak bising macam selalu, senang dikawal sebabnya samada pelajar tak faham apa cikgu cakap atau cikgu tergaru garu kepala taak tau nak cakap apa.'
Cuba fikir pulak yang ini. Apa kata kita minta guru bahasa inggeris pula mengajar matematik atau sains. Ajar dalam bahasa apa pun tak pe tapi eloklah dalam bahasa inggeris sebab depa cikgu bahasa Inggeris. Saya yakin mereka semua akan bangun memberontak dengan beberapa alasan.
Hmmmm tak tau ye, tiada asas atau lemah maths dan sains. Tak pe tak pe. Kami ajar macam mana guru-guru matematik dan sains diajar bercakap dalam bahasa inggeris. Pas tu, cikgu-cikgu ni di beri elaun macam mereka dapat elaun mengajar BI. Berjaya tak.
Kita buat macam mana depa buat kat cikgu Matematik dan sains. haaaa.....apa macam?
Tapi setakat ni tak de lagi cikgu Matematik atau pun sains yang memberontak semasa di paksa mengajar bahasa inggeris melalui matapelajaran sains dan matematik. Malah elaun yang sepatutnya mereka dapat, ada lagi yang masih tak menerima elaun tersebut (dengar dalam IKIM tadi) tapi guru bahasa Inggeris telah dapat awal-awal lagi. Bagi saya yang kritikal di sini ialah guru matematik dan sains bukan guru bahasa inggeris tapi kalau mereka (guru bahasa inggeris) kena ajar maths atau sains, maka barulah wajar mereka dapat elaun tersebut sebab mereka dalam keadaan kritikal, kena ajar yang bukan pengkhususan mereka.
Tak pandai bahasa inggeris bukan bermaksud kita tak boleh berjaya ditahap antarabangsa, bukan bermaksud kita bodoh. Bahasa inggeris bukan nilaiannya. Cuba tengok negara-negara yang dunia anggap negara itu maju, adakah mereka semua pandai berbahasaa inggeris? Tengok Jepun, mereka tetap bangga dengan bahasa mereka. Apalah salahnya kita bercakap bahasa melayu di atas pentas dunia. Kan teknologi canggih sekarang, ada juru bahasa kat tepi telinga.
Mengapa kita tak memperjuagkan bahasa arab, padahal itu adalah bahasa syurga, lebih dari bahasa inggeris yang kita kata bahasa antara bangsa. Kalaulah kita memperjuangkan bahasa arab ni, uish....banyak pahalanya.
Kalau niat nak rakyat malaysia pandai bahasa inggeris banyak caranya. Bukan dengan menjadikan Sains dan matematik sebagai mangsa(ada juga terpikir, mengapa depa pilih 2 matapelajaran ini untuk menjayakan misi BI? Mengapa bukan sejarah ke pendidikn Islam ke).
Kita belajar bahasa cina pun bagus. Bahasa India pun bagus kalau kita nak belajar. Memang Islam galakkan. Tapi semua tu mesti dilaksanakana dengan kebijaksanaan bukan dengan nafsu yang diilhamkan oleh makhluk yang kita tak nampak tu.
Alhamdulillah saya lepas dari bebanan ini kerana saya diluluskan untuk bersara awal pada 1.3.2005 iaitu tahun saya sepatutnya menghadiri kursus bahasa Inggeris ni. huih .... alhamdulillah selamat, bersara tepat pada masanya, kalau tak boleh dapat barah sebab terlalu tension.
Namun jangan tak tahu, saya pernah dapat anugerah kerana BI ni tapi tak ingat lah apa nama anugerah tu, terima kasih bebanyak ye. Penilainan rasanya berdasarkan penggunaan bahasa inggeris dalam mengajar atau sepanjang masa di sekolah(betul ke wani, widya?), tak kira matapelajaran apa. Semua guru dinilai masa tu oleh guru-guru Bahasa inggeris di SMT Puteri.
Itu menunjukkan saya bukan anti bahasa Inggeris.
Apa-apa yang saya sampaikan disini adalah luahan hati saya yang pernah mengajar Matematik dan sains. Maka ianya tidak bileh digunakan sebagai hujjah oleh mana-mana pihak.
kak..saya salah seorang yg sgt2 SETUJU yg Sains & Maths dimansuhkan dlm BI ni..sebabnya..susah saya nak ajar anak saya... dahla tak familiar dgn terms2 tu...masa kita belajar dulu kan dlm BM..so, kesian bdk2 ni..dahla terkial2 nak pahamkan BI pun satu hal... mcm yg saya tau, ramai bdk2 kat luar sana yg pandai Sains & Maths..tapi bila diorang lemah BI, automatik, subjek tu tak blh score...kesian kan?? tak semua berkemampuan nak anta tuisyen..tu yg saya setuju sgt kalau dimansuhkan.. memang emotional kalau cakap pasal ni...
BalasPadambetul betul betul. Haaa mak pandai English pun payah nak ajar kan. Apa lagi mak yang buta English ni. Apa-apa pun MANSUHKAN SEGERA ye. Tak perlu tunggu 2012.
BalasPadam