Pagi tadi 24.3.2010. Lepas ustaz pi kerja bersama anak-anak perempuan saya, saya cuba nak hidupkan enjin van kesayangan saya tu.
Haaaaa......dengan rasa bangganya dia hidup. Tak de bunyi kambing tu tauu......Saya terus telefon ustaz menyampaikan berita gembira ni. bayangkan sudah 4 hari dia merajuk.
Semalam semasa dalam perjalanan balik dari jengka bersama anak-anak perempuan kami(Jengka tak de air), saya beritau ustaz,
"bang, abang marahlah sikit van tu. kalau nak duk lama ngan kita, jangan buat perangai...." lebih kurang gitulah ayat saya
Anak-anak saya gelakkan saya. Kata mereka, mana ada kereta tu dengar. Dia mana ada nyawa.
Haaa apa pendapat temen-temen sekalian......
Tapi, dengan tak setujunya dengan saya, mereka sambung juga cerita dongeng ni.
"Haaa... kut-kut dia tak nak hidup ngan ummi. Jadi dia tak nak idup ha ha ha" kami satu kereta tergelak.
Lupakan lah pendapat anak-anak saya tu
Saya agak kan, mungkin kereta kecik saya beritau van tentang apa yang saya cakap pada ustaz....
ish ish ish gila ke saya ni ye.....pikir pikir pikir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan