Pada minggu lepas saya membuat kek buah Basah kukus, tempahan kawan Ustaz. Dia nak bawa ke rumah besan dia(majlis sambut menantu).
Masa besan ni merisik dulu, Puan Maziah(isteri kawan Ustaz en Ahmed) ada menempah kek ni sebagai balasan hantaran. Keluarga disana suka dengan rasa kek ni. Keluarga Puan maziah pun suka juga. Sedap katanya. Maka dengan itu, Puan Maziah menempah dua biji kek ini.
Untuk keluarga Puan Maziah, ustaz bawa pada 25.2.2010. Untuk besan, kami berjumpa di tol Temerloh.
Buat kek ni tinggi risikonya. Dengan saya yang kurang ilmu membuat kek, lagi menambah risiko. Dua hari mengukus, saya kat rumah pun terasa macam dikukus juga, panassss.......
Pernah juga membuat kek ni untuk Puan Norhafizah UiTM semasa dia mahu pergi ke Johor tempat suaminya(Perkahwinan PJJ). Fizah kata, semua kata sedapppppp.......
Ustaz pun suka juga. Anak-anak tak berapa sebab kata mereka macam ada gangguan dalam mulut(ada mix fruit kannn).
Kek ni agak mahal harganya sebab bahan-bahan dia mahal dan cara memasak pun agak susah. 4 jam you, tak boleh pi mana-mana sebab kena tambah air(air panas tau)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan