Selasa, Mac 23, 2010

Mohon maaf

Lupa nak minta maaf pada sahabat yang cuba menghubungi saya sepanjang minggu lepas.

Sebenarnya saya tak sempat nak tinggalkan mesej di sini bahawa saya berada di tempat yang tak dapat dihubungi.

Maaf sekali lagi ye temen-temen.

Sehingga hari ni, saya masih belum siap kemas rumah, memang lembap saya ni kalau kena tang mengemas rumah. Sampai kat rumah, banyak benda yang perlu diselesaikan dan banyak benda yang berlaku.

Antaranya:

1. Pagi Ahad: Ustaz tak sihat hingga lah hari ni.

2. Pagi Ahad: Dua-dua kereta tak nak hidup. Dia bunyi he he he heek(betul ke macam tu ) tapi enjin tak nak hidup juga. Petang nak hantar anak-anak balik asrama ni. macam mana ni. Ustaz usik-usik sikit tang bateri kereta kecik, alhamdulillah hidup tapi van tak hidup hingga ke hari ni. Mekanik Paya Keladan, agak sibuk. Nak hantar bengkel, macam mana?

3.Petang Ahad: Kena drive kereta sebab ustaz tak sihat. Sebenarnya saya takut drive ni tapi ustaz tak tau tu. Agaknya sebab seminggu tak drive kereta kot. Mengada betuiii. Saya buat-buat berani je.

Hari Isnin, konon nak mendobi rumah sebab bersepah nya mak oiiii. Anak dara saya ni kan, tukang sepahkan rumah aje, kemas tak reti. Tapi... aduiiiii sakitnya perut memulas-mulas. Maka tergolek juga lah saya nampaknya ha ha ha alasan aje semua tu kan kan kan. Tapi sampai malam juga lah keluar masuk bilik air. hari ni ada lagi sikit-sikit.

Malam tadi LIna telefon. katanya asrama tak de air, cikgu bagi balik. Laaaa takkan nak pi Jengka malam-malam gini. Uztaz tak sihat, saya pun, sakit sakit perut. Tengok esoklah(hari ni lah tu). Jadi hari ni tak buat roti tapi kemas-kemas sikit rumah sambung semalam yang tak siap.

Lepas Zohor terus drive ke Jengka. Alhamdulillah kereta kecik ada rasa kesian kat kami, kalau tak, nak buat macama mana ye......Saya pi tengok anak, janji kalau sampai lepas asar tak de juga air, baru saya bawa mereka balik rumah. jadi saya duk kat pejabat ustaz hingga asar nanti. Ustaz ada kelas hingga pukul 5 pm.

Begitulah adanya............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan