Pagi Khamis 4.11.2010, kami menyerahkan kek ini ke Lilik di Hospital Temerloh. Tak pernah jumpa Lilik dan memang tak kenal Lilik langsung.
Macam mana boleh Lilik order kek? hmmmmm......ni sebab kak Zue yang promote pada Lilik lah. Terima kasih kak Zue....
Sebenarnya, Lilik nak kek ni petang Jumaat 5.11.2010 tapi tiba-tiba emak dia ajak balik Kelang petang Khamis. Lilik telefon saya petanggggg Rabu. Adushhhh toing toing toing ... tengah sibuk menyiapkan kek coklat dan kek oren ni. Sempat ke idak ye.
Bincang dengan ustaz....ustaz kata buat lah. Saya ni bimbang tak sempat sebab esoknya (khamis, 4.11.2010) saya ikut ustaz pi kerja sebab kesian kat ustaz kena bawa tray kek lagi nak bawa beg kerja lagi.....Kalau tak, boleh aje buat pagi Khamis tu.
Lepas maghrib, saya mulakan operasi untuk Lilik. CMCR tak siap lagi tu....he he he. Saya ni memang lembap buat kerja. Sementara bakar kek Lilik, saya sudahkan CMCR yang 12 biji tu.
Siap coating kek, buat bunga pulak. Alhamdulillah ganache khas untuk bunga coklat dah memang ada. Kalau tak memang buat yang ringkas aje lah jawabnya.
Tinggal nak tulis ucapan dan border di atas je. Kena tunda esok sebab coklat ganache buat hal pulak. Paaaagi sok lepas solat subuh, terus siapkan kek. Dah tu suruh dia posing pulak. Lotih kek tu he he he....
Alhamdulillah dalam 7.30 am kami bertolak keluar terus ke Hospital Temerloh menghantar kek. Masa taaruf, rupanya ayah Lilik tu saya kenal dan dia pun kenal ayah Ustaz sebab dia orang Penak. Kecik betul dunia kan.
Esoknya (Jumaat, 5.11.2010), saya tanya kabo kek pada Lilik. Selamat ke kek tu sampai Kelang. Rosak tak hiasannya?
Jawab Lilik:
"....kek tak sempat sampai kampung sebab habis kat hospital..."
"....kawan mak kata sedap, suka. Saya dapat rasa sikit je. Tak puas makan......."
Lega hati saya. Bukan nak bangga tapi syukur sangat doa termakbul dapat memuaskan hati pelanggan. Yang sedap tu datang dari Allah kan. kalau dia kata sedap....maka sedaplah jawabnya. Semua tu kuasa Allah kan. Kita hanya boleh buat, yang lain serah pada Allah je...
OK Lilik, lain kali boleh order lagi, makan sorang-sorang pulak he he he
salam kak Noor
BalasPadamwah menggoda kek tu,kak
nampak sedap.
Terima kasih mas. Alhamdulillah Allah makbulkan doa akak lagi. Moga terus terusan Allah membantu akak.
BalasPadam