Sabtu, November 06, 2010

Kedai Kek dan Cafe kepunyaan MUSLIM di Temerloh

Kedai ni baru je di buka dengan rasminya pada 2.11.2010. Ianya dimiliki oleh 100% orang Islam iaitu En Zahari dan isterinya Eyra. Premis ini terletak sebaris dengan Bank CIMB.

Saya tak pandai nak cerita lebih lanjut tentang produk yang disediakan oleh Eyra dan suaminya. Yang pasti ada aneka roti, minuman dan kek. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, marilah kita serbu kedai yang diusahakan oleh orang Islam ini.

Kalau tak kita , siapa lagi yang nak tolong dan memajukan orang Islam kan.

Zahari telah berkorban banyak dalam memulakan perniagaan ini. Dia sebenarnya bekerja dengan gaji yang agak lumayan di luar negara, engan cabaran dari keluarga lagi. Tak ramai yang sanggup melakukan pengorbanan ini. Namun masih ada banyak lagi untuk Eyra dan Zahari perlu berkorban.

Contohnya seperti menambah ilmu tentang produk yang dihasilkan. Untuk itu, ramai yang perlu berkorban, Zahari, Eyra mahupun anak-anak yang masih kecil sebab ilmu yang dicari tak mungkin selalunya berada berdekatan dengan kita. Kita perlu berjalan jauuuuuh dari tempat kita tinggal, jauh dari keluarga yang kita sayangi. Namun demi mencari ilmu, pengorbanan itu perlu.

Saya dulu pun gitu juga. Hingga kini kadang-kadang terpaksa meninggalkan Ustaz yang amat saya sayangi itu ha ha ha. Sebab sayang nak tinggalkan ustaz, saya kena fikir banyak perkara seperti tarikh kursus, tempat kursus, kemudahan kenderaan, tempat bermalam jika perlu(ni, kalau boleh, saya nak elak). Namun semuanya adalah bergantung pada ketentuan dari Allah. Kita hanya boleh merancang tetapi perancangan Allah adalah lebih baik.

Jadi, marilah kita meraikan pengorbanan Zahari dengan.....

Jom jom jom, jom pergi cafe Eyra he he he

4 ulasan:

  1. Di Munawarrah cafe ada kelas. Cuba contact Eyra

    BalasPadam
  2. nk tempah kek angry bird boleh x.... tapi nk yang sedap lah .please...............

    BalasPadam
  3. salam...ade ambik tempahan untuk hantaran x?

    BalasPadam