Khamis, November 18, 2010

Kek mentega oren dan kek coklat lembap untuk Raya haji

Ini pula 2 biji kek untuk Suria dari UiTM Jengka. Suria nak balik kampung pada hari selasa jadi kek ini diserahkan pada dia pada 15.11.2010(Isnin). Sebiji kek mentega oren (guna pure butter SCS) dan sebiji lagi kek coklat lembap.



Malam tu, Suria hantar sms, kata lawa bunga coklat tu (sebenarnya yang tukang buat rasa masih tak lawa). Tak sabar dia nak tunjuk kat mak dia kat kampung.



Tadi, saya tanya kabar kek pada Suria. Dia kata dah habis, kanak-kanak sibuk kutip bunga coklat tu. Saya tersenyum membayangkan kanak-kanak itu berebut bunga.



Sebab itu saya lebih suka kalau orang tempah kek dengan hiasan bunga coklat sebab apa yang dibayar akan dimakan. Kalau guna hiasan buttercream, tentu tak ramai yang akan berebut nak makan. Walaupun mahal sedikit tapi berbaloi...



Kek mentega oren dengan frosting dan hiasan buttercream


Kek Coklat Lembap dengan frosting dan hiasan coklat ganache

1 ulasan: