Saya hairan lah. Nampak gaya macam raaaaamai yang masih belum faham antara dua badan yang saya sebut dalam tajuk entri kali ni.
PARTI POLITIK dan KERAJAAN adalah dua badan yang berbeza sama sekali. Dari segi sumber kewangan dari segi peranan dan macam-macam lagi .
Jika satu pari politik berjaya menawan sesuatu negeri atau negara, ini bukan bermaksud negeri atau negara itu sudah berpindah milik menjadi milik parti yang memerintah. Ini bukan bermakna segala sumber kewangan dan pendapan kerajaan negeri atau negara adalah menjadi milik PARTI dan boleh digunakan untuk kepentingan parti yang memerintah. Ia hanya bermaksud parti itu telah diberi amanah oleh Allah untuk mentadbir negeri atau negara itu dengan baik. Dengan penuh amanah dan penuh rasa tanggung jawab.
Parti yang memerintah tidak boleh menggunakan sumber kewangan negeri atau negara yang diuruskan untuk aktiviti partinya. Pegawai-pegawainya tidak layak memohon tuntutan perjalanan atau mana-mana elaun jika dia pergi berurusan luar pejabat yang berkaitan dengan parti.
Jika ada pertembungan dua kerja parti dan kerajaan, maka dia tidak boleh menggunakan apa-apa kemudahan atau kewangan kerajaan negeri atau negara. Mereka seharusnya menggunakan sumber dari parti merekas atau sumber kewangan sendiri.
Selepas pilihanraya tamat dan semua ahli politik yang terpilih telah mengankat sumpah dan menjadi penjawat awam, maka sema dalam kerja, nama parti sudah ditinggalkan di luar pintu pejabat. Tiada campur aduk. Segala urusan yang berkaitan orang ramai , seharusnya elemen-elemen parti tidak ditimbulkan dalam urusan berkaitan.
Semoga kekeliruan ini tidak berlaku di negara kita. Dan jika ia berlaku saya mohon pada ALLAH SWT agar memberi hidayah pada hambaNYA itu agar sedar dan bertaubat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan