Selasa, Julai 12, 2011

Kembara Ilmu

Mengapa kita bersusah paya kesana sini mencari ilmu. tak kiralah ilmu apa yang kita pelajari.

Dengan jauh lagi, dengan masa lagi dengan terpaksa meninggalkan keluarga lagi

Bagi saya pencarian ilmu itu tidak akan tamat selagi kita hidup, samada ianya secara percuma atau berbayar.

Saya masih ingat, masa kecil-kecil semasa lipat kain, saya akan menganbil masa yang agak lama sebab asyik menelek jahitan baju atau seluar itu. naaaak sangat tahu macam mana ia di buat Perangai ini berlarutan hingga ketua selagi saya tak dapat ilmu yang saya cari dari pakaian itu.

kalau dah dapat, 'huh, puas hati aku'

Macam tu jugak kalau memasak, lauk ke buat kuih ke kek ke. Selagi tak tau, selagi tu, hati tak puas. Kalau tak jadi, duk cuba hingga jadi.

Bagi saya belajar ni bukan untuk dapat kembali pulangan dalam bentuk wang ringgit tapi untuk kepuasan diri.

Contohnya: Dulu saya teringin sangat nak tahu macam mana buat kek lapis serawak. Maka pi lah belajar dengan Nomie di Klang. Sehingga sekarang hanya sekali ke dua kali saya cuma semula dirumah. Tak dapat balik pun duit belajar tu sebab saya tak berniaga lagi kek lapis serawak tapi puas hati dah tau betapa remehnya kerja buat kek lapis serawak ni, sebab tu mahal. Orang yang tahu, mesti merungut, MAHAL......

Pulangan tak semestinya dalam bentuk fizikal seperti wang ringgit ke apa ke tapi pulangan kembara ilmu kita juga boleh dalam bentuk rohani.


Sekarang ni, nak pi belajar mana-mana bergantung pada suami lah kan......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan