Nak minta pandangan sahabat sekalian. Tak pun minta semua yang baca entri berfikir sebentar tentang sistem pendidikan kita.
Anak-anak saya semuanya (4 orang aje), mula persekolahan awal setahun. Bila saya cakap begini, raaaaamai yang hairan dan tanya mengapa.
Tadika sekarang kan biasanya ada 2 tahap. Tahap I berumur 5 tahun, pastu masuk tahap 2 berumur 6 tahun. Masa anak sulung saya, Muna tamat Tahap I, dia sudah lancar membaca. Maka saya berfikir tentu dia akan bosan duduk di tadika sebab dia akan belajar apa yang dia dah tahu. Maka setelah berbicang dengan sahabat serta Ustaz, maka saya daftarkan Muna di SRA Taqwa. Dan di situlah bermulanya semua anak saya akan memulakan persekolahan awal setahun sebab tak nak anak ungkit kita tak adil.
Semua berjalan lancar sehingga di Tahun 6, anak saya semua tak dibenarkan menduduki peperiksaan UPSR. Mula-mula, panas hati juga saya. Kata PPD pekeliling Lembaga peperiksaan menghadkan umur.
APA RASIONALNYA?
Adakah pelajar yang tak cukup umur ini akan tak layak sebab ilmu tak cukup, maka dia akan gagal dalam peperiksaan nanti dan akhirnya peratusan merosot?????
Jika yasungguh tak lojik sebab prestasi Muna melebihi ramai rakan sekelasnya yang tua dari dia. Bukan nak kata dia pandai, biasa-biasaa je tapi maksud saya dia setanding dengan rakan sekelas yang layak menduduki peperiksaan. Malah dia terpilih sebagai pelajar Mithali lagi. Masalah ini berlarutan kepada semua adik-adiknya.
Tapi saya ni keras kepala, ego tinggi sikit dari orang Lembaga Peperiksaaan ha ha ha. Kami suami isteri teruskan pendidikan anak-anak kami di Maahad Jengka, Khairiah tak mahu terima anak-anak kami sebab tak ambil UPSR. huh sekepala dengan lembaga tuh.
Mudir Maahad Jengka masa tu Cikgu Nasir(pelajar MAahad semua sayang dia). Dia bagus. Memang galakkan sangat kita masukkan anak-anak kita ke sekolah agama. Masa Muna pi interview, itu rasanya dan badge ke dua ke tiga entah.
Kami berdoa agar kami tak menghadapi masalah semasa mereka di tingkatan 3 atau 5 nanti. Alhamdulillah Muna dan Ezz lepas PMR. Tetapi masalah timbul semasa lina di Tingkatan 3. Tak dibenarkan ambil PMR pulak. Hish geram dah nih tapi kami kata, biarlah dia terus belajar dan naik kelas tingkatan 4 namun saya beritahu pada guru kelas Lina agar anggap Lina juga sebagai calon PMR. Apa yang jadi di kelas Lina saya tak tahulah selepas tu sebab saya da amanahkan pada guru dia. Tapi adalah insiden yang saya memang nak marah pada guru Lina sebab anak saya Lina terkesan dengan peristiwa itu.......
Tahun ni pulak, Ezz tak dibenarkan ambil SPM atas sebab yang sama, b**** betul. Tak boleh jadi ni, saya hubungi JPNP bincang masalah Ezz ni. Plan nak daftar calon persendiriaan je. Hmmmmm laaaaagi tak boleh sebab syaratnya umur mesti melebihi 17 tahun.
Hish saya tak fahamlah syarat-syarat ni. Bila saya tanya pegawai tu, apa rasional semua syarat-syarat tu, tak terjawab depa. Akhirnya depa suruh saya buat rayuan dengan surat pengakuan sekolah bahawa anak saya memang pelajar sekolah itu.
Sehingga sekarang, dua minggu saya berhubung dengan JPNP, depa kata tak de jawapan lagi. Apa CERITA nih. Pegawai (atasan kot) kata tunggu minggu depan. Saya kata saya akan telefon minggu depan.
Jika adalah tangan-tangan ghaib yang boleh saya gunakan, nak aje saya minta dia tandatangan surat kelulusan yang saya nak itu.
MUNA??? Sekarang dia di KULIAH Pekan, nak ambil STAM.....
SPM dia??????? tak berapa eloklah Yang ingat 7B. Jangan cakap, tu lah gatal sangat nak ambil piksa, walau tak cukup umur. Garenti ke yang cukup umur tu dapat 9A1 ke 10A1. ce jawab.......
Setakat ni saya beritahu Ezz, apa yang penting sekarang jalankan tanggungjawaab sebagai pelajar. Itu core business dia sekarang. Piksa ke apa ke, yang penting cari ilmu.
Harap-harap Allah permudahkan urusan kami ini.
Dan saya berharap pihak lembaga fikirlah habis-habis tentang sekjatan-sekatan ini. Tak de faedahnya. malah Negara kita akan lebig beruntung jika ada dikalangan raknya yang mampi menamatkan pengajian di umur muda dan memberi khidmatnya pada negara lebih Kan untung Malaysia.
APA PENDAPAT KAWAN_KAWAN???????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan