Jumaat, Februari 05, 2010

Aneka Bun Lagi

Semalam 4.2.2010, pagi, buat lagi aneka bun 2 kg.

Niat nak hantar ke rakan yang berniaga di gerai atas tapak Masjid Abu Bakar Temerloh dan untuk anak-anak di Maahad(kawan-kawan depa nak roti). Namun hingga maghrib, kereta kami yang kecil tu masih belum dapat di kenalpasti apa sakitnya.

Maka kesemua roti akan di serahkan kepada kebijaksanaan anak-anak saya. Sebenarnya saya tak berapa berani juga nak serah pada anak berniaga roti ni di asrama, takut mereka kena marah dek warden. tapi depa kata kawan-kawan depa yang nak beli. Jadi saya anggapkan ini adalah tempahan dari kawan-kawan depa.

Saya berharap ini satu tarbiyyah pada mereka.

Nasr???

Dia tak nak sebab dia kata dia tak pandai. Namun saya yakin, jauuuuh di sudut hatinya, dia teringin dan minat nak berniaga. Munkin dia masih tak berani sebab dia paling kecik di Maahad. Masa di Taman Perindu dulu, banyak juga dia jual di hadapan rumah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan