Jumaat, Februari 12, 2010

BFC dan CMC untuk Azian UiTM


CMC7, bunga ungu tu tau




BFC7



Semalam 11.2.2010, saya perlu menyiapkan 1 biji cmc7 dan 1 biji BFC7 untuk Azian UiTM.

Jika CMC itu dihiasi den gan bunga coklat, rasanya saya tak bermasalah sangat sebab adunan nya dah ada(untuk orang lain, yang terpaksa membatalkan tempahan sebab ada masalah keluarga di kampung). Biasanya choc ganache bermasalah, kali ni alhamduliduraya tillah OK pulak tapi Azian nak bunga ungu. jadi kena guna BC lah.

Sekarang kan cuaca panas, tak dapat langsung nak buat bunga. saya dah susah hati dah ni. BFC tak buat juga lagi. Nak buat hari siang, panas.whipping cream tak tahan. Maka kena tunggu malam lah ni. Dalam keadaan susah hati, saya tak mood nak buat apa-apa. Rancang nak juga buat CMCR sikit untuk ustaz bawa ke UiTM. Esok kan anak-anak masing akan balik dari asrama kerana cuti panjang Tahun Baru Cina. Tapi perasaan susah hati ............bayangkan lah 2 biji kek tak siap lagi.

Petang-petang sikit saya cuba buat sekuntum sekuntum...........banyak yang tak jadi dari jadi. Saya mula buat betul-betul dalam pukul 11 malam kot sebab tertidur. Dalam pukul 1215 kot semua siap. Saya tidur dengan harapan bunga ros azian gtetap segar diatas CMC itu. BFC dalam chiller. CMC saya tak bubuh dalam chiller sebab takut esok, masa dia keluar dari chiller, dia akan berpeluh.
Happy Belated Birthday ye Azian. Jaga baby ye.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan