Pagi tadi, saya beritau ustaz, "bang, ari ni Ha nak golek-golek aje"
Kain dah dua hari tak lipat. Membasuh, rajin. Melipat, malas. Siapa yang sama macam saya ni? Sila angkat tangan ha ha ha
Biasanya bila saya letiiiih sangat, saya memang tak nak fikir langsung tang keje-keje ni. Walau depan mata nampak bersepah tapi buat-buat tak nampak. Baring, pejam mata, konon nak tido. Tapiii tak boleh tido laaa.... Geram betul. Memang jaaaaarang tido siang dan tak nak biasakan diri sebab bukan elok tido siang ni. Jadi mata ni memang tak nak tido siang.
Tengahari nanti saya kemas lah sikit-sikit sebab saya ni bab kemas-mengemas memang lembap banyak. Ada hari tu, ustaz talipon saya. Tak pernah-pernah dia telefon masa dia kerja. Masa tu saya tengah tergoleh depan TV, cuba nak tido.
"Tengah buat apa tuuuuu"
"Tengah golek-golek" sambil seyum sampai ke telinga.
"Ambooooiii"
"Jangan jeles" sambil tergelak besar. Memang saya suka nyakat ustaz. Isteri yang jahat kannn....
"Ada apa?" saya tanya sebab ustaz memang takkan telefon kalau tak de sebab penting.
"Tak de apa. saje je telefon. Rumah dah kemas???" haaaaa nak suruh saya kemas rumah lah tu.
Nasib baik saya memang dah kemas ruang depan.
"Dah lipat kain dah. Jap lagi nak vakuum je" ha ha ha saya tak menipu tau sebab memang dah kemas.
"Kena mop sekali tu.."
"Ya lahhh" sambil malasssss sangat. ha ha ha dasar pemalas.
Tapi memanglah lepas tu saya kemas ruang depan, vakum dan mop sekali.
Sekarang ni masih tak buat apa lagi. Sat gi saya akan bertungkus lumus kemas. Loyang bakar roti setinggi flat nak kena basuh. Sinki tu pun ada barang yang kena basuh. Kain tu haaa... nak kena lipat.
Sapa kata suri rumah senang, tak keje.
Sebab tu tak sesuai bila orang tanya, "keje apa?"
Kita jawab," tak kerja".
Tapi yang bestnya duk umah ni, bila penat kita boleh duk baring sat. Kita atur sendiri keje kita. Kan kita bos masa tu ha ha ha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan