Isnin, Februari 15, 2010

Kek Blueberry Edible Imej untuk anak tersayang




Melalui email, kami berbincang mengenai kek Span Blueberry ini. Ada sesuatu yang kami telah jejaki semasa kami ber email.......Jejak kasih tauuuu.......

Tempahan kali ini dari Yati yang bekerja di KL tapi berasal dari J19.

Kek ini adalah kek span dengan 2 lapisan blueberry di dalam dan ditambah lagi dengan topping blueberry diatasnya pula. Kaya dengan blueberry. Saya frosting dengan whipping cream. Saya cuba untuk melapisi dan menutupi kek tidak terlalu tebal. Bukan kedekut atau nak cut cost tapi mengelakkan rasa cepat muak bila makan. Jadi boleh makan kek ni banyak-banyak kannnnnn....

Diatasnya sepatutnya ada edible imej birthday girl tetapi disebabkan majlis petang dan waktu penghantaran pagi maka saya tidak lekatkan awal atas sebab-sebab tertentu. Saya dah terangkan sebabnya pada Yati. Dibawah edible imej itu saya lapiskan dengan coklat.
Saya merancang untuk membuat sekuntum dua bunga dari whipping cream tapi disebabkan cuaca agak panas, ia agak menyukarkan. lagipun edible imej tidak dapat diletakkan awal jadi takut pula sukar meletakkannya bila dah ada bunga nanti. Apa-apa pun saya mengharapkan yati, birthday girl dan keluarga berpuashati.

Setakat ini saya masih menanti respon dari yati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan