Isnin, Februari 15, 2010

CMC untuk majlis pertunangan







Balik dari majlis pernikahan anak saudara Ustaz, saya menyiapkan pula kek untuk Ida Taman jaya Temerloh sempena majlis pertunangannya esok (15.2.2010).

Ida nak cmc dengan tema bunga-bungaan pink. Bersesuaian dengan budget Ida, Ida mahukan yang bersaiz 8 inci.

Lepas zohor saya cuba membuat ganache coklat berperisa strawberry untuk dibuat bunga dan coklat berperisa pandan untuk dibuat daunnya. Alhamdulillah kali ni tak de masalah dengan coklat saya.

Yang ghalatnya, tulisan saya masih kaku dan tak lawo. Puas dah berlatih tulis kat tempat lain. Bila berlatih, jadi lawa tapi bila tulis kat atas kek lain pulak jadinya. Tolonggggg........

Maaf la Ida ye sebab tulisan tak lawa. Akan ku perbaiki dari semasa ke semasa.
Saya masih menunggu respon dari Ida. Saya lebih risau jika senyaaap aje sebab tak boileh nak duga apaa responnya. Yang penting saya nak tau jika ada apa-apa kekurangan yang boleh saya perbaiki di masa akan datang. Kalau tak diberitahu, mana kita nak tau kan. Tapi apa yang saya tahui sekarang, bahagian tulisan yang memang saya kena banyak latihan.

3 ulasan:

  1. santiknyer kek ni...naik kaler dia. mesti sedap ni. moga akak terus berjaya dimasa2 mendatang

    BalasPadam
  2. Terima kasih ye atas pujian dan doa itu. Moga kita sama-sama berjaya.

    BalasPadam