Rabu, Disember 15, 2010

PROMOSI TUPPERWARE

Bulan Disember ni Tupperware ada buat Year End Sale(YES).
Meh lah tengok blog TW saya.

Nak dapat 20% diskaun boleh. Nak 25% pun boleh. Nanti saya ajarkan caranya.

Dengan team saya. kita boleh minta tunjuk ajar Manager yang TOP 10 Asia(kalau tak silaplah). Yang penting manager ni memang top meletup sebab setiap tahun dapat pi round the world.

Di bawah ni contoh sale yang top melatop.......

Isnin, Disember 13, 2010

Majlis pertunangan denga kek Cawan




Set ini pula, alhamdulillah telah diserahkan pada Nik Hazura di Jengka 22 sempena majlis petunangan adik Hazura.

Hazura pernah menempah kek Oren lembap pada majlis dia dulu.

Terima kasih Zura, moga Allah memberkati hidup Zura sekeluarga.




Selepas menghantar set ini, kami (saya, ustaz, Lina dan ayah ustaz) terus ke Maahad SAS Jengka, ziarah Muna(dia sedang berperang dalam medan peperiksaan SPM). Kami sedang sedaya upaya menggembira dia agar dia seronok semasa peperangan ini dan menghasilkan kejayaan pada nya. TAPI dengan tegasnya saya tak benarkan dia balik rumah sepanjang dioa periksa walau ada gap yang panjang antara paper dia walau dia merengek bukan main. Jahat tak ummi dia he he he. Keluar bandar pun saya tak bagi. hu hu hu....kedekutnya ummi. nasib baik Muna ni dengar cakap.....


Meraikan sahabat dihari bahagianya

Alhamdulillah, 2 set ini telah diserahkan pada Zana pada Jumaat(malam) di Cwok Cafe Kg Raja, Temerloh.

Seperti biasa, Zana buat tempahan 25 biji(minimum order) tetapi dibuat dalam 2 set. Set 16 biji akan dihadiahkan pada seseorang (Bagus zana ni , suka raikan sahabat) dan baki 9 biji untuk makan-makan. (bekas tambahan saya caj).

Saya sebenarnya tidak puas hati paga gabungan warna set bunga ros tu tapi Zana terima dengan senang hati. Lawa aje katanya......Alhamdulillah....lega rasa hati saya.

Apa-apa pun Zana terima kasih akak ucapkan kerana tetap menaruh kepercayaan dan keyakinan pada akak.


Sabtu, Disember 11, 2010

Happy Birthday Nurul

Yang ini pula kek harijadi untuk Nurul Azni Triang.

Disiapkan pada pagi Jumaat 10.12.2010. Dalam pukul 4 ke 4.30 petang kami berjumpa di Gerai Buykit Angin. Nurul nak ke Mentakab pula.

"Jaga kek ni elok-elok ye, hari panas ni"

Risau juga dihati sebab Allah susun hari tu, agak panas juga.

Lupa nak tanya Nurul, selamat tak kek dia sampai kerumah..........



p.s: Nurul kata kek selamat tiba dirumah sebab lepas hantar kek tu , hari agak redup. Alhamdulillah, lega saya. Nurul kata, birthday suami dia Januari nanti.

TQ Nurul....moga bahagia hingga ke syurga

Terima kasih Zura

Pagi yang sama untu Puan Jahjaitun, kek-kek ini diserahkan pada Zura SK Bandar Jengka. Juga tiada dalam senarai tempahan sebab yang sama pada tarikh yang sama. Macam janji-janji pulak.
Alhamdulillah sempat buat.


Untuk anak agaknya ni

10.12.2010 kek ini diserahkan pada Puan Jahjaitun UiTM Jengka. (tak ada dalam senarai temapah sebab tempahan last minute9.12.2010, tak sempat update kat blog)

Siap tengah malam. Adush loti
h den


Sabtu, Disember 04, 2010

Kek Cawan untuk majlis pertunangan

Alhamdulillah, petang semalam (10.12.2010) set kek cawan ini telah sampai ketangan Fara dan keluarganya di Seberang Temerloh.
Kami tak pernah kenal dan keluarga fara pun tak pernah merasa kek-kek yang saya buat. Tapi Mereka dengan penuh yakin dan menaruh kepercayaan kepada saya untuk menyediakan set kek cawan ini untuk hari bersejarah Fara. Ini semua adalah kerja Allah yang MAha Kuasa. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan Mu ini.

Fara(adik) telefon saya bertanyakan perihal kek cawan ni untuk majlis kakaknya yang juga bernama Fara. Fara(adik) baru berumur 18 tahun, maka saya suruh dia panggil saya makcik aja lah.

Peramah keluarga mereka ni. Moga Allah memberkati majlis anda semua.

FARA jangan lupa pesan makcik. Beri apa-apa komen untuk makcik perbaiki dimasa-masa akan datang ye. Dan terima kasih bebanyak atas kepercayaan yang Fara dan keluarga keluarga berikan pada makcik. Jangan serik order lagi dengana makcik lagi ye.