Isnin, Jun 28, 2010

Mahu beli ayam kampung kacukan

Anda mahu beli ayam kampung kacukan?

Tak tahu nak beli kat mana?

Senang saja. Sekarang di Q Faqeh ada bekalan ayam kampung kacukan ini yang telah siap dibersihkan.

Sila lah kunjungi Q Faqeh di no 7, Jalan Bukit Semantan 2, Taman Bukit Semantan, 28000 Temerloh, Pahang.

Tak tahu di mana Bukit Semantan? Tahu Deretan kedai Ikhwan (dulunya Rufaqa')?

Haaaaa dibelakanagnya tu kan ada kawasan perumahan. Di situlah .

No telefon? Nanti saya tanyakan kawan saya tu ye.

Anda beli di Q Faqeh sambul berderma. kan bagus tu.

Jualan Amal Q Faqeh

Pada 18.6.2010, sahanat saya dari Q Faqeh telah menganjurkan satu program tentang Gaza dan halal haram dalam perspektif Islam.

Aziah meminta saya membuka satu gerai, yang sudah tentu ada CMC.

Sebenarnya saya ingin membuat beberapa jenis produk seperti kek oren, kek pelangi dan beberapa jenis coklat saya kesuntukan masa sebab saya tapi tiada di Temerloh hinggalah Khamis 17.6.2010 9.30 malam.

Disebabkan masa itu saya berada di KL(runah adik), saya meminta adik buat beberapa jenis coklat untuk saya jual di gerai tersebut api tak jadi bawa sebab dapat berita dah ada sahabat lain yang buat. Bukan tak mau saingan tapi program ni bukan besar sangat, jadi tak perlu ada 2 gerai yang jual benda yang sama.

Kini Q Faqeh telah mula beroperasi di Taman Bukit Semantan(Tapak lama Maahad Tahfiz Faqeh). Jika ada yang inigin menempah produk saya MELALUI Q Faqeh, 15% daripada jualan akan diberikan kepada Q Faqeh yang juga akan di salurkan ke Maahad Tahfz Faqeh

Jom layan gambar-gambar yang sempat anak gadis saya ambil.

Produk Q Faqeh

Selamat Bertunang

Tempahan (6.6.2010, Ahad) dari kak sakinah SMV Puteri.

Jom tengok gambar kek yang saya hasilkan dari tangan keras saya hi hi hi

Memang kurang berpuashati namun itu aje yang dapat dihasilkan pada masa itu.

Terima kasih Kak Kina. Majlis pernikahan nanti, boleh tempah lagi.

CMCC dengan kuntuman ros pink

Pada 5.6.2006, saya telah menyiapkan tempahan CMCC untuk Zana Jengka 11. Setiap CC ada kuntuman ros berwarna pink. Sebenarnya ada 25 cc tapi 9 yang lain untuk Zana sendiri, 16 biji untuk di beri pada sahabatnya(jika saya tak silap). Masa menyiapkan, cuaca masa tu panas yang terlampau, itu telah merunsingkan saya. Namun alhamdulillah semua berjalan dengan baiknya, terima kasih ya Allah.

CMCC Drizzle dan CMCC berhias untuk Zura SK Bdr Jengka

Tempahan dari (30.5.2010). Dah terlupa sejarah pembuatan CMCC ni sebab dah terlalu lama ditinggalkan. dan mungkin saya tak sihat masa tu, ada beberapa kisah telah terdelete dari ingatan saya.

Jadi lihat je lah hasil keras tangan saya ye.
Design mungkin macam ulang tayang namun itu adalah design yang sahabat saya terpikat he he he

Jumaat, Jun 18, 2010

Untuk keluarga tersayang

Tempahan kali ini dari anak-anak di Maahad(kawan Lina dan Muna). Maklumlah nak cuti panjang ni, mungkin anak-anak ini ingin membawakan sesuatu untuk keluarga di kampung terutama jika yang adik-adik kecil yang comel yang sedang menunggu kakak mereka balik dari asrama.

uuuuuu seronoknya jika kita balik ada wajah comel menanti di depan pintu sambil bersorak-sorak. Saya tak merasa suasana itu sebab kami 3 beradik perempuan membesar bersama, beza setahun aje kami bertiga. Teringat masa mula kerja tahun 1989, bila balik KL, mesti belikan 4 pasang pakaian kat pekan sehari Temerloh untuk anak-anak saudara 4 orang. Seronooook sangat masa tu ........ Sekarang, dah tua-tua ni, anak-anak dah besar jadi saya tumpang gembira dengan anak-anak adik di KL (anak kakak pun dah besar-besar). Cuti sekolah ni, saya telah menculik anak adik dua orang hi hi hi...... teringat masa anak-anak kecil dulu. seronoook sangat.
Sekarang sekolah dah dibuka semula. Selalu teringat Iman dan Aida (anak-anak adik yang saya culik). Kadang-kadang tergelak sendiri.
Sekarang jom tengok gambar-gambar kek tempahan pelajar maahad jengka