Memaparkan catatan dengan label aneka bun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aneka bun. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 05, 2010

Aneka Bun Lagi

Semalam 4.2.2010, pagi, buat lagi aneka bun 2 kg.

Niat nak hantar ke rakan yang berniaga di gerai atas tapak Masjid Abu Bakar Temerloh dan untuk anak-anak di Maahad(kawan-kawan depa nak roti). Namun hingga maghrib, kereta kami yang kecil tu masih belum dapat di kenalpasti apa sakitnya.

Maka kesemua roti akan di serahkan kepada kebijaksanaan anak-anak saya. Sebenarnya saya tak berapa berani juga nak serah pada anak berniaga roti ni di asrama, takut mereka kena marah dek warden. tapi depa kata kawan-kawan depa yang nak beli. Jadi saya anggapkan ini adalah tempahan dari kawan-kawan depa.

Saya berharap ini satu tarbiyyah pada mereka.

Nasr???

Dia tak nak sebab dia kata dia tak pandai. Namun saya yakin, jauuuuh di sudut hatinya, dia teringin dan minat nak berniaga. Munkin dia masih tak berani sebab dia paling kecik di Maahad. Masa di Taman Perindu dulu, banyak juga dia jual di hadapan rumah.....

Khamis, Februari 04, 2010

cmcc dan aneka bun untuk Zura




Kali ni Zura SK Bdr Jengka menempah aneka bun pula disamping 50 biji cmcc drizzled coklat oren. Nak belanja kawan-kawan makan katanya. Baik betul Zura ni, suka belanja orang makan. Moga Allah tambahkan rezeki Zura ye.

Ni, entah yang kali keberapa Zura menempah cmcc. Terima kasih Zura atas sokongan padu dari Zura. Jika ada apa-apa kekurangan daan kelemahan, beritau akak ye.

Selasa, Februari 02, 2010

hari yang meletihkan

Semalam, 1.2.2010 adalah hari yang amaat meletihkan. Apa taknya, pagi saya buat roti 1.5. Ptg sambung pulak 1.5 kg lagi. Pas tu kena juga buat 3 CMCR yang bertulis tempahan kawan Muna di Maahad Jengka.

Nape teruk sangat ek. Roti 3 kg je pun dr pagi sampai petang. Saya dengar tu orang bercakap. Meh saya jawap soalan tu. Setakat ni saya hanya ada 3 oven kecil sahaja. nak beli, masih sedang mengumpul wang yang tak terkumpul-kumpul lagi. Kena buat loan kot. Sapa ada berani beri saya loan?????????

Dah tu, loyang pun tak banyak untuk buat 3 kg terus. Buat 1.5 kg pun letihnya mak aiii......berdiri dari pukul 9.30 pagi hingga lebih kurang 11 pagi. Pastu kena siapkan pulak topping mini pizza, topping jejari keju, mexican bun. 12.50 mula bakar roti, sambil-sambil tu nak bancuh kek pulak. Habis bakar roti dalam pukul 2pm terus bakar kek.

Sambil kek dalam oven, saya solat zohor dulu. Lepas solat, siap-siap pulak untuk 1.5 kg roti lagi. Ustaz balik, saya tak masak lagi. Saat azan b.rkumandang, last trip roti siap. Solaat maghrib pulak. Dan kemudian makan ala kadar je, ustaz yang siapkan. Terima kasig bang.

Lepas siap makan, seal roti pulak( masukkan roti dalam plastik, buat masa bakar roti tadi). Rancang semua roti di hantar esok. Namun perancangan Allah mengatasi segalaanya, kereta saya yang sedang dibaiki masih tak dapat disiapkan. Lepas seal roti, tampaal sticker pulak. Pastu saya terus mandi dan solat Isya'.

Lepas ustaz balik dari Masjid, bahagi-bahagikan roti kepada 5 penerima, Ezz, Muna, Lina, Faqeh dan Ramlah TJ. Kena hantar roti ke Faqeh malam ni sebab esok ustaz bawa kereta.

Sampai rumah, saya tergolek kat ruang tamu. aaaaahhhhh sedapnya dapat baring..........

Alamak cmcr tak siap lagi....esoklah tak larat dah ni....

Satu untuk Muna, saatu untuk Lina

Ini untuk Ezz

Untuk Faqeh dan Ramlah, tak sempat nak diposingkan sebab nak cepat dan badan terlalu letih. Gambar-gambar di atas, saya ambil dengan tergesa pagi tadi.

Jumaat, Januari 29, 2010

Jualan Aneka Bun Online bermula

Sekarang saya buka jualan aneka bun secara online.

Minimum order hendaklah 20 biji. Kalau nak sebiji dua boleh pi ke Temerloh jaya, gerai Ramlah. Dia buka dalam 12 tengahari hingga 6 lebih.

Atau di Gerai ABC atas tapak Masjid Abu Bakar Temerloh, sebelah kedai saujana. Dia buka Hari Jumaat hinnga Isnin sahaja bemula pukul 11 am kot.

Untuk harga klik sini

Aneka Bun






Semalam 27.1.2010 saya membuat aneka bun 1.5kg, sorang-sorang je. Selama ni pun sorang-sorang juga sebab tak mampu lagi gajikan pekerja.

Disebabkan masih baaaru je mula balik buat aktiviti ni sejak bulan 4 atau 5 tahun lepas, maka banyak yang saya perlu adjust semula. Seperti pelarasan suhu dan masa pembakaran roti. Ya lah kan, dah lama tinggal dan oven tu pun oven murah dan semakin bertambah usianya.....pelarasan suhu dan masa tu penting untuk menghasilkan bentuk roti yang agak lawa.

Aneka bun ni untuk melunaskan tempahan Muna. Juga akan dihantar ke Maahad Tahfiz Faqeh, Temerloh dan Gerai kuih Ramlah di Temerloh Jaya.

Setakat ini, inilah sahaja bun yang saya tahu buat:

Mexican Bun : RM1.00
Jejari Keju: RM1.00
Mini Pizza: RM1.00
Bun sardin: RM1.00
Bun Bunga Kacang Merah: RM1.00
PIzza Pintal: RM1.20
Piza Bunga berkeju:RM1.50

Ada aneka bentuk yang saya boleh buat seperti segitiga, empat segi, bunga, caterpillar, silinder.

Dulu pernah buat inti sekaya tapi banyak masalah sebab sekayanya agak cair menyebabkan agak sukar untuk melekatkan doh dia. InsyaAllah satu masa nanti saya akan buat sekaya yang agak sesuai untuk bun, juga inti kelapa. Doakan yang terbaik untuk saya ye.....

Khamis, Januari 21, 2010

Akhirnya...........

Bun Sardin RM1.00


Mini Pizza RM1.00


Jejari keju RM1.00


Bun Mexico/Roti boy RM1.00


Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga kekuatan membuat semula aneka bun setelah berzaman berhenti rehat.

Dah lama nak buat tapi baaaanyak benda yang menghalang. InsyaAllah minggu depan boleh lah mula balik jualan aneka bun ini.

Saya bercadang nak buka jualan aneka bun secara online pulak lah. Tunggulah pengumuman ini nanti ye.

Kelas buat roti?????? toing toing toing......boleh ke? berani ke? (macam iklan sabun pulak)

Tunggu aje pengumuman ye.... TUNGGUUUUUU............