Isnin, Disember 28, 2009

Lagi CMC untuk majlis perkahwinan

Untuk majlis di rumah Zana di makan bersama keluarga


Untuk balasan hantaran
Selepas menyerahkan kek Nurul, saya sambung pula hias kek Zana dari Jengka 11.
Sebenarnya Nurul dan Zana ni(juga ada yg lain tapi lupa dah sape) Aimi yang pass pada saya sebab Aimi tak dapat ambil order pada hari berkenaan. Terima kasih Aimi.

Nurul nak CMC 3 tingkat serta kek span blueberry filling dengan edible imej. Waaaah......mencabar sungguh ni. Zana nak kek 3 tingkat tu seperti kek yang saya buat untuk Norhafizah UiTM.

Zana nak warna merah, jenuh juga membancuhnya dan saya tak gemar sebab perlu menggunakan pewarna yang banyak. Harap-harap keluarga zana taklah makan BC yang berwarna ni. Tapi anak saya, lagi dilarang lagi dingapnya
Kek ni perlu guna tiang roman tu. Saya tak belajar lagi. Tapi Zati ada terangkan sikit masa pi belajar baru-baru ni. Masa nak pacak tiang tu, punya berdoa agar saya tak buat silap besar. Alhamdulillah dengan bantuan Allah, berjaya juga walau pun nampak agak senget tiangnya.

Pagi 27.12.2009 dalam 10 pagi, kami pi lah menghantar ke rumah Zana bersekali menerima jemputan Zana. Sepanjang perjalanan, asyik suruh 'Ezz tengok-tengok kek. Dan saya tak berhenti memanjat doa agar kek saya selamat sampai dan kekal elok hingga ke akhir majlis.

Tadi bertanyakan soalan yang sama seperti saudara saya yang lain dan zana jawab,".......semuanya OK n sedap sangat. Zana sempat rasa sepotong je........"

Seperti Nurul, zana pun pun dapat rasa sikit je, sian pengantin kan......

Apa-apa pun terima kasih Zana atas kepercayaan dan keyakinan Zana pada akak. Senang berurusan dengan Zana ni juga yang lain-lain. Alhamdulillah Allah kurniakan pada saya saudara-saudara yang benar-benar memahami kemampuan saya.

Ahad, Disember 27, 2009

CMC untuk perkahwinan dan balasan hantaran

Ini CMC 9" yang dijadikan sebagai balasan hantaran. Sekalai pandang, macam mahkota pulak kan

Ini pula CMC 10" untuk makan bersama keluarga yang telah sama-sama berpenat lelah menjayakan majlis Nurul

Sempena hari bahagia dan bersejarahnya, Nurul dari Jengka 19, menempah 2 biji CMC saiz 10" (untuk makan di rumah) dan 9"(untuk balasan hantaran).

Nurul memberi design yang dia berkenan, rasanya dari blog Aimi. Maka saya ikut semampu mungkin. Namun saya akui kelemahan saya dan saya memang rasa hasilnya belum dapat memuaskan hati saya. Tak kemas sana sini.

Pada Nurul, terima kasih bebanyak kerana menaruh kepercayaan pada akak untuk meraikan hari penting buat Nurul ini. Jika ada yang tidak berkenan di hati Nurul, akak mohon jutan maaf ye. Sila beritahu akak jika ada apa-apa yang perlu akak perbaiki di masa akan datang.

Sehari selepas kenduri Nurul, saya ada bertanya pada Nurul mengenai hiasan kek, elok ke hingga ke akhir majlis?

Nurul jawab, antaranya, "..........kek tu sedap, saya dapat makan sikit je. ramai yang 2,3 kali nak tambah. Cuma ada yang senget2 sikit..........."

Yang saya boldkan tu yang saya nak tau sangat, untuk saya perbaiki nanti. Sori lah Nurul ye. Dah lah dapat makan sikit je. tak pe nanti kalau teringin nak kek coklat, telefon aje la ye

Untuk Rubi dan suaminya


Ini dia bfc7 yang Nik Rubizan Macres tempah sempena ulangtahun perkahwinannya. Dia nak sambut dan makan sama-sama dengan mak mertua dia. Menantu yang baik nih. Akak doakan semua selamat untuk Rubi ye.

Dan tak lupa terima kasih pada Rubi atas kepercayaan Rubi pada akak ye.

Bila ditanya, antara respon Rubi, " rubi puas hati sangat........"

Tahniah ASP



Nik Rubizan menempah cmcc sempena kenaikan pangkat abangnya sebagai ASP.
25.12.2009 pula, Rubi tempah BFC7 sempena ulangtahun pertama perkahwinannya. Rubi sedang menanti kelahiran anak sulungnya. Semuga semuanya selamat ya Rubi
Terima kasih atas keyakinan Rubi pada akak walau pun Rubi tak pernah merasa kek akak.

Tanpa individu seperti Rubi dan lain-lain saudara saya, saya takkan dapat memahirkan tangan saya, juga tak lupa rasa syukur saya pada Allah atas kurniaanNya ini.

Untuk yang disayangi......


Dilla dari taman seri Semantan ingin mengembirakan hati sahabatnya dengan menghadiahkan set cmcc sempena ulangtahun kehadirannya. nama sahabat Dila, CT.


Dila beri cadangan hiasan cmcc ni beserta warna yang dikehendaki. Dila tak kisah bentuk hiasan asalkan cute. Alamak..... cute tu macam mana ek......


Buat cmcc Dila ni taklah tension sangat sebab dila dah beri idea cuma saya ubah sikit-sikit je.
Sehari selepas penghantaran, saya tanya Dila, "cute tak?.........."
Dila jawab,"cute sangat kak. Kawan birthday girl tu sukaaa sangat........"
Lega rasanya. Alhamdulillah dapat memenuhi harapan saudara saya.....Jangan serik order dari akak ye Dila dan terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan Dila pada akak yang masih banyak yang perlu belajar. TQ TQ TQ

Harga baru cmcc drizzle bermula 1.1.2010

Mulai 1.1.2010 harga cmcc drizzle dalam paper liner adalah seperti berikut:

Saiz 8
Set 25 biji RM23

Saiz 9
Set 25 biji RM28

Set 50 biji dan set 16 biji telah diberhentikan pengeluarannya

Tempahan minimum adalah 25 biji per set.

Khamis, Disember 24, 2009

Harga baru kek cawan berhias

Seperti yang dijanjikan, kini saya war-warkan harga baru kek cawan berhias saya.

CMCC (choc moist cupcake)

Topping: Choclate ganache
Hiasan: BC

Set 25 biji RM52

Topping dan hiasan: BC

Set 25 biji RM39

Tempahan minimum adalah set 25 biji.

Sebenarnya harga cmcc sama seperti dulu cuma saya masukkan harga bekas dan alasnya
Dulu bekas dan alas saya beri percuma sebagai promosi.
Namun reben dan hiasan lainnya kena sedia sendiri atau saya sediakan tapi dengan kos tambahan.

Terima kasih Zura

Dah lama Zura minta nak rasa coklat buatan saya ni tapi masa agak tak mengizinkan. Namun malam tadi saya kuatkan azam buat juga dan tanpa disadari saya masuk tidur jam telah menunjukkan 1.12.pagi.

Asalnya Zura hanya menempah CMCC dengan design yang sama hanya bertukar warna .

Hari ni saya ikut ustaz pi kerja, Bawa semua askar-askar kami. Ustaz ada mesyuarat, saya pi ambil keputusan periksa PMR 'Ezz di Maahad SAS Jengka. Kemudian saya dan anak-anak duk memekak kat bilik Ustaz.


cmcc dengan warna tema ungu dan putih





Coklat beranika inti dengan warna tema kuning(saya yang reka temanya).
15 biji dengan filling real coklat dan disaluti coklat compound RM18
Coklat masih dalam latihan, jadi saya beri harga promosi. Inti menggunakan real chocolate, shell menggunakan coklat compound. Ada inti durian, strawberry, oren.

Rabu, Disember 16, 2009

Setelah sekian lama ...........

Akhirnya, saya mulakan balik pembuatan coklat.

Ida telah menempah sebelum saya ke Utara tempoh hari tapi tak dapat saya penuhi. Hasrat Ida perlu saya penuhi kerana memenuhi impian dan hasrat orang adalah salah satu perkara yang saya suka lakukan selagi saya mampu dan setakat yang saya boleh buat buat.

Tapi cabaran kali ini memang agak berat sebab saya memang belum mahir membuat coklat sebab malas buat latihan(psssst .....suka sibukkan diri dengan benda lain) . Namun saya yakin ini adalah satu lagi tarbiyyah dari Allah dalam menambah kemahiran saya.

Maka pada 15.12.2009,selepas solat zohor saya buat berbagai jenis filling. Siap semua ni selepas masuk waktu Asar. Pas tu solat dan mula masak utk makan petang. Dalam pukul 5.45 pm ambil ustaz di tol temerloh dan terus ke kedai beli barang rumah dan barang bakeri sikit. Amanahkan kat Lina masak ayam.

Sampai rumah, siap-siap untuk makan malam. Lepas solat Isya', saya mula beroperasi. Masa ni dapat kesan apa-apa kesilapan saya. Filling saya agak cair kecuali filling durian. Akhirnya saya berjaya buat dua jenis coklat sahaja iaitu durian dan bubble rice. Pukul berapa tau saya tidur...tanpa disedari pukul 12 tengah malam. Saya tidur dengan rasa kecewa sebab objketif tak tercapai. Namun itu semua adalah perancangan dan perlaksanaan yang terbaik dari Allah untuk saya.

Jom cuci mata ......................
Inti durian

Harga tidak termasuk reben organza ye

Ini saja-saja bagi pada Ida, takkan tunang dia aje rasa kan.........

Sabtu, Disember 05, 2009

Melanjutkan pelajaran

InsyaAllah esok pepagi sesudah solah Subuh saya akan ke Pekan melanjutkan pelajaran......

Saya akan pergi bersama 2 orang coursemate saya, Zira(Bawa kereta) dan CT Suryani.

InsyaAllah saya menamatkan coure ini pada 8.12.2009, Ustaz ambil sebab 2 orang lagi sambung dengan course lain. Dan saya akan ke Utara semenanjung pula dari 10hb hingga 14 hb.

CMCC drizzle sebagai door gift






5.12.2009. sepupu Ustaz Embong Zan akan mengadakan kenduri sempena perkahwinan anak perempuannya(anak bungsu) . Farhana nama dia.
Farhana mahu CMCC saya dijadikan door gift. Bekas, dia sediakan.
Sebenarnya dulu kami tinggal setaman. Jadi disebabkan kami dah pindah, kami tak dapatlah join rewang kat rumah Embong. Maka untuk menebus kekurangan itu, saya sukarela membantu menyiapkan door gift majlis farhana dirumah dengan bantuan anak-anak. Jadi rasa saya dapat mengurangkan kesesakan barang-barang di rumah Embong. Kami hantar dalam pukul 5.50 pm.
Sebenarnya kalau saya cuma buat cmcc, masukkan dalam bekas dan ikatkan reben, cepat siapnya. Proses melengkapkan door gift ambil masa lama juga. Saya bayangkan jika benda ni dibuat di rumah Embong, tentu penuh rumah sebab buat kat umah saya aje pun dah penuh rumah saya. Hari Khamis siap sebahagian hingga 12 tgh malam dan sambung pagi Jumaat.
CMCC sepenuhnya saya buat sendiri, juga drizzle. Packing dalam bekas, juga menyempurnakan set door gift, kami buat ramai-ramai.
Makan dah tak kisah dah. Tak masak saya 2 hari ha ha ha.... kesian anak-anak makan apa yang ada aje. Petang Khamis 'Ezz masak telur aje, entak apa dia bubuh dlam telur tu, kami makan aje, sedap jugak.......
Seronok tau rewang ni. Macam duk kat kampung zaman dulu-dulu. Tapi kali ni kami nak beranak rewang kat rumah aje. Waaah, rasa macam kami pulak nak buat kenduri kahwin....

Selasa, Disember 01, 2009

Khas untuk Pak Usu Nasr dan Lina Mentel

Geram ni geram ni geram ni.....

Dah lama merengek tuntut kek ni. Sape ke lagi. anak bungsu saya la tu. Pas tu Lina Mentel pun ungkit dia punya birthday tak de sebab dalam bulan ramadhan.

Adus adus....saya dan ustaz memang tak mau majlis menyambut ulangtahun kelahiran ini di jadikan tradisi dalam keluarga kami (tentu ramai yang tak bersetuju kan ....)

Benda ni semua bermula bila saya mula belajar menghias kek. Nak berlatih buat di rumah tentang kemahiran yang dipelajari dan selalu terkena pada tarikh lahir salah seorang ahli keluarga ini. Maka bila orang lain dapat, yang lain pun menuntut keadilan lah.

Tapi kali ni saya tak buat macam biasa, hutan hitamnya tak hitam sangat sebab hujan turun dengan lebat, dan bunga banyak yang berkembang. Saya nak habiskan bunga coklat ni sebab ada budak kat rumah ni tanya, bila boleh makan coklat dalam chiller......






Hari ini, Nasr berumur 11 tahun 1 hari