Memaparkan catatan dengan label kek span. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek span. Papar semua catatan

Selasa, Mac 08, 2011

DORA untuk Hasya

Buat pertama kalinya saya ambil tempahan yang memerlukan melukis gambar. Selepas belajar dengan Zati dulu, tak pernah buat dah. Semua ini saya ceritakan pada Intan yang menempah kek ini untuk anak tunggalnya yang masuk umur 2 tahun.

Setelah beberapa lama kami beremail hingga saat akhir nak buat kek ini, maka kata persetujuan diambil, Intan mahu saya buat aje walau tak ada pengalaman, terima kasih Intan kerana beri akak peluang ini.

Terima kasih Allah kerana memberi ruang melatih diri ini.

Baru separuh jalan. Saya tak menggunakan piping jelly dan Intan pun kata dia tak nak piping jelly. Maka ia taklah berkilat macam orang lain punya.


Dah siap. Untuk yang pertama kali, OK lah kan.

Sebenarnya Intan berikan contoh untuk kek ini. Bulat-bulat oren tu, asalnya gula-gula Smarties. Tak de stok kat rumah sebab kami tak makan benda-benda ni. Jadi saya gantikan coklat berperisa oren.

Sehingga saat ini, Intan tak beri lagi respon samada dia setuju ke tidak, puashati ke tidak. Namun saya mengharapkan yang terbaik untuk Intan sekeluarga terutama birthday girl, HASYA.

Sabtu, April 17, 2010

Happy Belated Birthday to Hasni PUTERI




Ini pula tempahan kedua yang saya siapkan pada 15.4.2010. Kek span untuk Hasni. sebenarnya kena tulis Happy Birthday to me he he he

Hasni nak Kek span aje tapi saya pandai-pandai buh perasa strawberry. Tak sedap pulak plain aje kan. Ni aje yang mampu saya buat sebab saya memang tak kreatif langsung.

Teringin sangat nak buat hiasan lain,bunga lain. jadi sekarang kena kumpul duit banyak-banyak untukpi melanjutkan pelajaran membuat hiasan kek.
OK Hasni, maaf jika ada yang kurang memuaskan hati Hasni dan terima kasih kerana masih berkeyakinan pada akak.

Masa hantar kek ni di kantin SMV Puteri,jumpa lah kawan lama kat situ, Kang Ah
Kiat.Seronoknya tapi tak leh cerita lama sebab Ustaz ada dalam kereta,saya mengekor ustaz pi kerja setiap hari Jumaat.

Isnin, Februari 15, 2010

Kek Blueberry Edible Imej untuk anak tersayang




Melalui email, kami berbincang mengenai kek Span Blueberry ini. Ada sesuatu yang kami telah jejaki semasa kami ber email.......Jejak kasih tauuuu.......

Tempahan kali ini dari Yati yang bekerja di KL tapi berasal dari J19.

Kek ini adalah kek span dengan 2 lapisan blueberry di dalam dan ditambah lagi dengan topping blueberry diatasnya pula. Kaya dengan blueberry. Saya frosting dengan whipping cream. Saya cuba untuk melapisi dan menutupi kek tidak terlalu tebal. Bukan kedekut atau nak cut cost tapi mengelakkan rasa cepat muak bila makan. Jadi boleh makan kek ni banyak-banyak kannnnnn....

Diatasnya sepatutnya ada edible imej birthday girl tetapi disebabkan majlis petang dan waktu penghantaran pagi maka saya tidak lekatkan awal atas sebab-sebab tertentu. Saya dah terangkan sebabnya pada Yati. Dibawah edible imej itu saya lapiskan dengan coklat.
Saya merancang untuk membuat sekuntum dua bunga dari whipping cream tapi disebabkan cuaca agak panas, ia agak menyukarkan. lagipun edible imej tidak dapat diletakkan awal jadi takut pula sukar meletakkannya bila dah ada bunga nanti. Apa-apa pun saya mengharapkan yati, birthday girl dan keluarga berpuashati.

Setakat ini saya masih menanti respon dari yati.

Selasa, Jun 30, 2009

Khas untuk Suami tercinta

Pada 28.6.2009. Norli PUTERI hantar SMS, nak order kek span berperisa oren sempena birthday suami tercinta. Dia minta saya warnakan ikut warna jantan.


Jadi pada 29.6.2009 saya pun siapkan segala benda untuk kek ini. Tanpa saya sedari kek siap pada pukul 12 tgh malam. Baru teringat warna yang diminta bersifat kelelakian. Tapi saya buat hiasan yang feminin. Macam mana ni.


Sori lah Norli. Lupa dan kalau ingat pun tak tau, yg sifat kelelakian tu macam mana. Dan saya memang tak puas hati dengan hasilnya. Perlu pergi kelas lagi ni. Zati, tunggguuuu ......


Jom tengok gambar.