Memaparkan catatan dengan label kek hantaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek hantaran. Papar semua catatan

Isnin, Mac 12, 2012

Tempahan daripada Zura SK Bdr Jengka, Pahang

Lama tak dengar berita daripada Zura ni. Tup tup dia tempah dua set kek cawan ni.

Malam nak menyiapkan set ini(malam jumaat) rumah saya di masuki air. Air tu kata,        "tumpang lalu tuan rumah". Dia datang dari belakang rumah. Masa tu, kami baru sahaja selesai menunaikan solat isya'. Saya nak menyambung kerja-kerja menyiapkan set kek cawan ini. Air dah memenuhi ruang belakang dan dapur.

Apa lagi, kelam kelibut kami menahan air, memindah barang-barang atas lantai. Siap semua kerja dalam 11 lebih. Ustaz dah zzzzzz keletihan mengelap lantai rumah.

Mulanya, saya rasa macam nak telefon Zura, nak batal satu set sebab satu set dah hampir siap. Namun dengan kekuatan yang Allah beri, alhamdulillah siap juga akhirnya walau tak cemerlang.

Terima kasih Zura.








Isnin, Jun 28, 2010

Selamat Bertunang

Tempahan (6.6.2010, Ahad) dari kak sakinah SMV Puteri.

Jom tengok gambar kek yang saya hasilkan dari tangan keras saya hi hi hi

Memang kurang berpuashati namun itu aje yang dapat dihasilkan pada masa itu.

Terima kasih Kak Kina. Majlis pernikahan nanti, boleh tempah lagi.

Isnin, Februari 15, 2010

CMC untuk majlis pertunangan







Balik dari majlis pernikahan anak saudara Ustaz, saya menyiapkan pula kek untuk Ida Taman jaya Temerloh sempena majlis pertunangannya esok (15.2.2010).

Ida nak cmc dengan tema bunga-bungaan pink. Bersesuaian dengan budget Ida, Ida mahukan yang bersaiz 8 inci.

Lepas zohor saya cuba membuat ganache coklat berperisa strawberry untuk dibuat bunga dan coklat berperisa pandan untuk dibuat daunnya. Alhamdulillah kali ni tak de masalah dengan coklat saya.

Yang ghalatnya, tulisan saya masih kaku dan tak lawo. Puas dah berlatih tulis kat tempat lain. Bila berlatih, jadi lawa tapi bila tulis kat atas kek lain pulak jadinya. Tolonggggg........

Maaf la Ida ye sebab tulisan tak lawa. Akan ku perbaiki dari semasa ke semasa.
Saya masih menunggu respon dari Ida. Saya lebih risau jika senyaaap aje sebab tak boileh nak duga apaa responnya. Yang penting saya nak tau jika ada apa-apa kekurangan yang boleh saya perbaiki di masa akan datang. Kalau tak diberitahu, mana kita nak tau kan. Tapi apa yang saya tahui sekarang, bahagian tulisan yang memang saya kena banyak latihan.

Isnin, Disember 28, 2009

Lagi CMC untuk majlis perkahwinan

Untuk majlis di rumah Zana di makan bersama keluarga


Untuk balasan hantaran
Selepas menyerahkan kek Nurul, saya sambung pula hias kek Zana dari Jengka 11.
Sebenarnya Nurul dan Zana ni(juga ada yg lain tapi lupa dah sape) Aimi yang pass pada saya sebab Aimi tak dapat ambil order pada hari berkenaan. Terima kasih Aimi.

Nurul nak CMC 3 tingkat serta kek span blueberry filling dengan edible imej. Waaaah......mencabar sungguh ni. Zana nak kek 3 tingkat tu seperti kek yang saya buat untuk Norhafizah UiTM.

Zana nak warna merah, jenuh juga membancuhnya dan saya tak gemar sebab perlu menggunakan pewarna yang banyak. Harap-harap keluarga zana taklah makan BC yang berwarna ni. Tapi anak saya, lagi dilarang lagi dingapnya
Kek ni perlu guna tiang roman tu. Saya tak belajar lagi. Tapi Zati ada terangkan sikit masa pi belajar baru-baru ni. Masa nak pacak tiang tu, punya berdoa agar saya tak buat silap besar. Alhamdulillah dengan bantuan Allah, berjaya juga walau pun nampak agak senget tiangnya.

Pagi 27.12.2009 dalam 10 pagi, kami pi lah menghantar ke rumah Zana bersekali menerima jemputan Zana. Sepanjang perjalanan, asyik suruh 'Ezz tengok-tengok kek. Dan saya tak berhenti memanjat doa agar kek saya selamat sampai dan kekal elok hingga ke akhir majlis.

Tadi bertanyakan soalan yang sama seperti saudara saya yang lain dan zana jawab,".......semuanya OK n sedap sangat. Zana sempat rasa sepotong je........"

Seperti Nurul, zana pun pun dapat rasa sikit je, sian pengantin kan......

Apa-apa pun terima kasih Zana atas kepercayaan dan keyakinan Zana pada akak. Senang berurusan dengan Zana ni juga yang lain-lain. Alhamdulillah Allah kurniakan pada saya saudara-saudara yang benar-benar memahami kemampuan saya.

Ahad, Disember 27, 2009

CMC untuk perkahwinan dan balasan hantaran

Ini CMC 9" yang dijadikan sebagai balasan hantaran. Sekalai pandang, macam mahkota pulak kan

Ini pula CMC 10" untuk makan bersama keluarga yang telah sama-sama berpenat lelah menjayakan majlis Nurul

Sempena hari bahagia dan bersejarahnya, Nurul dari Jengka 19, menempah 2 biji CMC saiz 10" (untuk makan di rumah) dan 9"(untuk balasan hantaran).

Nurul memberi design yang dia berkenan, rasanya dari blog Aimi. Maka saya ikut semampu mungkin. Namun saya akui kelemahan saya dan saya memang rasa hasilnya belum dapat memuaskan hati saya. Tak kemas sana sini.

Pada Nurul, terima kasih bebanyak kerana menaruh kepercayaan pada akak untuk meraikan hari penting buat Nurul ini. Jika ada yang tidak berkenan di hati Nurul, akak mohon jutan maaf ye. Sila beritahu akak jika ada apa-apa yang perlu akak perbaiki di masa akan datang.

Sehari selepas kenduri Nurul, saya ada bertanya pada Nurul mengenai hiasan kek, elok ke hingga ke akhir majlis?

Nurul jawab, antaranya, "..........kek tu sedap, saya dapat makan sikit je. ramai yang 2,3 kali nak tambah. Cuma ada yang senget2 sikit..........."

Yang saya boldkan tu yang saya nak tau sangat, untuk saya perbaiki nanti. Sori lah Nurul ye. Dah lah dapat makan sikit je. tak pe nanti kalau teringin nak kek coklat, telefon aje la ye