Rabu, Ogos 25, 2010

CMCR Edisi ramadhan dan LRC

Ini adalah CMCR Edisi Ramadhan yang telah terjual di bilik rehat UiTM Jengka pada Jumaat lepas (20.8.2010).






Ini pula Kek pelangi (LRC) yang juga telah terjual pada hari yang sama. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.



Projek pembuatan biskut raya sedang berjalan. Rasa tak cukup masa sebab telah lari 2 hari dari jadual yang telah saya susun awal, disebabkan beberapa perkara yang berlaku yang perlu dibereskan segera. Jadi sekarang saya terpakas memeras tenaga seharian melunaskan harapan dan amanah sahabat. Harap-harap Allah memudahkan kerja-kerja saya ini. Dan mudah-mudahan hasilnya nanti dapat memuaskan hati sahabat sekalian.

Khamis, Ogos 19, 2010

Tarikh penutupan tempahan

Dengan ini, secara rasminya, saya menutup tempahan biskus FA dan CHK dan semua jenis kek.

Cadang tak nak tutup tapi rasanya tak mampu dah. Buat sorang. kapasiti peralatan sesuai untuk seorang pekerja iaitu saya he he he. Besar harapan 10 terakhir ramadhan, kerja-kerja sudah berkurangan.

Mixer sempena sambut raya tahun ni

Hari isnin 16.8.2010, rancang nak mula projek biskut raya. Dah siap timbang bahan. Tinggal nak pukul butter dan gula aje.

Maka saya pun sediakan mixer pulak. Tiba-tiba jeng jeng jeng.....

Pemukul tu tak leh masuk pulak kat tempat dia. aduuuhhhhh.

Dalam pukul 3, saya pun keluar meronda ke Mentakab di bawah pengetahuan ustaz.

"ummi ni, kuat ngadu. Sikit-siikit cerita kat abi" Lina selalu cakap gitu kat saya. ha ha ha Memanglah, abih nak ngadu kat sape kan. Dengki lah tu sebab dia tak ada suami lagi.

Puas lah mencari brand Faber sebab yang rosak tu brand faber, tak lah membazir alatan yg lain tu. Tapi malangnya setelah puas merayau Mentakab dan Temerloh tapi tak jumpa macam yang saya punya tu.

Letih tu tak kira lah, lembik dah lutut ni. Ngadu lagi kat ustaz(NI yang Lina menyampah kat ummi dia). Alhamdulillah ustaz tak ada kelas petang Isnin, bolehlah kacau dia. Tapi minta maaf jugaklah pada ustaz sebab asyiiiiik kacau dia.

Dah putus asa dah ni, sebelum balik saya cuba nasib di satu kedai di Temerloh yang letaknya agak tersorok sikit. Pun tak de juga tapi ternampak yang brand OK. Alaaa iklan yang selalu keluar kat TV tu, bahasa Indon. Mangkuk kaca you.......... besar lak tu.

OK juga, harga pun OK juga lah RM190. Sesuaaaai dengan nama dia. Telefon lagi Ustaz, minta pandangan. Ceritala sikit-sikit spec dia, mangkuk kaca - berat, besar. Dan lain-lain lagi. Ustaz suruh minta kurang harga. Nak tau....nyonya tu bagi RM188 aje. RM 2 aje dia bagi????? ish ish ish...

Saya minta lagi kurang, tak baginya dia. kata dia baguslah, mangkuk kaca lah dan macam-macam lagi. TAK KIRA.... saya minta RM160 ha ha ha mana tahu, lepas kena jampi saya, dia bagi tapiiiiii tak mengenalah. "tak untung, tak untung" dia kata.

"RM170 lah"

"u banyak pandai aaa. Kira RM175 lah"

Maka urusniaga berjalan lah dengan jaya nya.



Isnin, Ogos 16, 2010

CMCR Edisi Khas ramadhan

Ini semua 10 biji CMCR Edisi Ramadhan yang saya jual RM10(harga biasa RM12) di UiTM Jengka pada 13.8.2010, hari Jumaat.

Alhamdulilah habisssss.... Terima kasih ya Allah






Kek Oren


Pada 12.8.2010, saya telah menyiapkan 6 biji kek Oren untuk dibawa ustaz ke UiTM.

Sebenarnya ada request untuk hari Jumaat 13.8.2010 tetapi entah apa kena, saya ingatkan semalam 11.8.2010 adalah hari khamis.

Ustaz balik rumah dan nampak kek ini.
"Nak jual kat mana kek-kek ni?"
"UTM lah" saya ingat ustaz tak nak bawa esok tapi rupanya," esok hari khamis"
"hah ye ke.."

Maka meletoplah ketawa saya.... adussss nape lah jadi gini. Ustaz kata, "tak pe lah , bawa esok" legaaaa rasanya

Tak habis satu, maka jadilah santapan kami

Kek Buah Kukus Basah

Kek Buah kukus Basah yang biasa saya buat untuk melunasi tempahan sahabat adalah resepi yang saya ambil dari Resepi Diana.

Saya tak pandai buat sebenarnya tapi gagahkan buat sebagai tidak menghampakan sahabat. Alhamdulillah setakat ini mereka yang makan kek ni memberikan respon yang amat baik.

Buat kek ini agak susah sikit , kena kukus 4 jam. Saya sendiri bagai dikukus sebab rumah panas. Pastu nak mengadunnya pun, kena guna tangan. Mixer hanya digunakan semasa memukul pure butter dan gula. Masuk telur aje dah kena guna tangan, maksud saya guna sudip la he he he.

Yang paling penat dan masa masukkan gula hangus, kena hati-hati sebab panas air gula tu. Pas tu kena kacau cepat-cepat biar serata. Aduhhhhhh letihnya tangan. Kalau ada ustaz, minta tolong dialah tapi biasanya saya buat masa ustaz pi kerja.

Setakat ni saya jual RM80 dengan saiz 9" dan beratnya melebihi 2 kg. Rasanya lepas raya ni atau tahun hadapan, saya tak boleh dah jual dengan harga ini sebab tak berbaloi dengan kerja. Atau mungkin saya cuba modified resepi untuk dijadikan saiznya 7 " sahaja. Tak sampai hati rasanya nak naikkan harga tapi terpaksa jugaklah ni.....

Harap-harap para sahabat sekalian memahaminya. Apa-apa pun terima kasih pada semua.

RESEPI

Selasa, Ogos 10, 2010

TEMPAHAN KEK UNTUK SAMBUTAN AIDIL FITRI

Untuk memeriahkan sambutan kejayaan kita di bulan Ramadhan, anda boleh menempah kek edisi khas hari raya.

Jika anda berminat, silalah menempah awal untuk menegelakkan tempahan anda tidak dapat dipenuhi.

Anda boleh menempah:
1. Kek Coklat Lembap
2. Kek Oren samada menggunakan pure butter atau margerin
3. kek Pelangi samada menggunakan pure buttert atau margerin
4. Kek Lobak Merah-dengan topping cream cheese atau tanpa frosting
5. Kek Black Forest

CMCR Edisi Ramadhan

Hai orang-orang kampungggggg, (teringat cerita zaman dolu..he he he)

Sepanjang bulan ramadhan ini seperti biasa saya akan menjual CMCR edisi khas ramadhan yang biasanya akan saya jual dengan harga RM12. Untuk Ramadhan, saya jual dengan harga RM10 sahaja.

Jika anda berminat, bolehlah membuat tempahan seawal 2 hari. Biasanya saya akan buat pada hari Khamis untuk dihantar/dijual pada hari Jumaat ke UiTM.

Sekarang ni setiap hari Jumaat saya WAJIB ikut Ustaz pi kerja sambil nak jenguk anak-anak. Ustaz tak bagi saya nak ikut jugak. Jadi untuk tempahan di Jengka, boleh saya menghantarnya pada pagi itu.


Untuk di Temerloh, saya akan hantar pada petang Khamis atau ikut masa yang sesuai. Sabtu Ahad pun boleh jika kami tak kemana-mana.

Istimewa, jika anda menempah 10 biji in one receipt, anda akan dikurniakan sesuatu yang membuat anda tersenyum.......Nak tahu? Hubungi saya segera ye......







SELAMAT BERPUASA SEMUA. SEMUGA KITA DAPAT MEMBORONG JUALAN MURAH BULAN RAMADHAN KURNIAAN ALLAH

Isnin, Ogos 09, 2010

Tempahan Biskut Raya Masih Di Buka

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, bahawa saya memutuskan untuk tidak menetapkan tarikh tutup tempahan biskut FA dan CHK. Bila-bila masa, jika Allah membuka pintu hati anda untuk mencuba biskut yang saya hasilkan, hubungi sahaja saya. Namun jika anda menempah di saat-saat akhir Ramadhan, tentulah ada risikonya kan. Maka pilihlah jalan yang selamat atau yang kurang risikonya ye....

Dan jika ada yag mahu menempah untuk majlis di bulan Syawal, tafaddhal ya ikhwah dan akhawat sekalian, hubungilah saya segera.

Ahad, Ogos 08, 2010

Cotton Soft Japanese cheese cake

Pada 4.8.2010 , hari Rabu, saya telah mencuba resepi Cotton Soft Japanese Cheese Cake (sumber saya: Sweetlily).


Sungguh sedap walaupun ada beberapa sikit error dalam proses pembuatan kek keju ini.


Apa-apa pun, hmmmmmm........ sedapppppppp


Resepi? nanti saya letak dalam blog resepi saya.




Haaa...... siapa yang gigit niiii.................
p/s: ini resepinya

Happy Birthday to JANNAH

Tadi hantar CMC7R dan CMCC drizzle kepada Azlina(betul ke nama ni ye....) di Bahagia Makmur, Temerloh.

Azlina order pada Jumaat malam Sabtu. Jadi saya hanya sempat selesaikan misi ini malam tadi.

Azlina juga mahukan CMC yang harga budget. Jadi lah yang terhasil.

Jom lihat gambar ..........

CMCC drizzle coklat perasa blueberry


Rasa dah siap tapi macam tak siap. Jadi pagi tadi, sebelum kek dihantar, saya tambah sikit hiasan maka jadi lah yang di bawah ini


CMC7R peringkat akhir

Kek Lobak Merah

Semalam 7.8.2010, saya telah membuat ulangkaji menghasilkan kek lobak merah (carot cake). Bahan-bahan dah ada sebab tempoh hari ada orang order kek ni tapi last minute order. Order hari ni, nak esok.

Allah susun , masa tu saya agak sibuk menyiapkan tempahan orang, dengan bahan kek lobak merah ini yang tak ada. Namun saya berusaha berkejar ke kedai untuk mencari bahan yang tak ada tapi saya tak benjanji dapat buat cuma berusaha akan membuatnya. Namun tak berkesempatan juga.

Akhirnya bahan yang dibeli, tak digunakan lagi. Jadi, takut bahan-bahan rosak terutama kacang walnut yang mahal tu, maka saya rajinkan diri untuk membuatnya semalam. Dah lama tak buat ni maka hasilnya tak memberangsangkan( kulit atas kek agak kering) mungkin sebab pelarasan suhu yang kurang tepat. Tapi rasanya ....hmmmmm........tetap sedap.

Jom tengok hasilnya.

Rabu, Ogos 04, 2010

Biskut Coklat Harta Karun

Semalam 3.8.2010 saya buat ulangkaji membuat biskut Coklat Harta Karun(CHK).

Disebabkan ada sahabat yang menempah CHK ni untuk sambutan Hari Raya ini, maka saya kena buat ulangkaji sebelum Ramadhan tiba, senang nak rasa, jadi ke tidak he he he. Maaaakan je kerja rakyat Malaysia ni kan......

Hayati gambar-gambar ini. Masih ada yang teringin nak menempah? Jangan segan menelefon saya ye.



Memang sedap biskut ni sebab itu masih ada yang mahu walaupun saya tak menyediakaan sample untuk merasa. Rasa coklat, rangup corflakes dan kacang badam serta manis coklat dan kismis. hmmmmm........ sedapnya.....

Harga: RM23

Bilangan: Menggunakan sukatan, isi sampai PENUH. Dalam lebih kurang 33 - 35 biji kot.



Mahu resepi? Klik sini