Jumaat, Julai 30, 2010

Rezeki dari Allah

Malam tadi dapat panggilan daripada Puan Aziyon, Jerantut, bertanya perihal biskut FA da CHK.

Kami tak pernah kenal pun. Aziyon search interet dan Allah pertemukan dia dengan blog saya. Boleh aje Allah tunjukkan web atau blog orang lain yang lebih terror dari saya. Ini lah perencanaan Allah untuk hambanya kannn....Aziyon menceritakan hal biskut raya ni dan saya pun berbesar hati bila ada yang berminat dengan biskut saya ini walau pun Aziyon tak pernah rasa.

Maka pagi tadi seawal 8.05 pagi, Aziyon dah buat tempahannya beserta rakan sekolahnya di SK Pulau Mansok. Dan tempahan ini keep on bertambah. Saya kata pandai betul dia ni. Tanpa sampel biskut ni, ramai dah menaruh keyakinan dan kepercayaan.

Terima kasih Allah. Terima kasih Aziyon dan suami(tengah tunggu laporan tempahan sekolah dia pulak nih).

Ini lah yang dikatakan rezeki yang datang atau turun dari arah yang tak kita sangka-sangka. Ya lah, siapa sangka orang tak kita kenal, tak pernah rasa biskut buatan kita, boleh yakin dengan kita dan boleh pula yakinkan orang lain. Ini semua Allah punya kuasa membuka pintu hati manusia. Dan jangan lupa Allah juga berkuasa menarik balik apa yang diberi pada kita, haaaa jgn lupa tu ye...cik rikha oiii......

Walaumacamana pun saya mengharapkan dari Allah agar saya tetap dapat menghasilkan biskut yang baik mala yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Dan yang penting dapat memberi kepuasan pada rakan lama juga rakan yang baru kenal melalui alam bisnes ini. Ya la takut juga sebab saya ni kan dulu guru matematik aje, tak pandai masak pun. tak tau teknik apa pun tentang buat biskut ni. Allah sahaja tempat saya berdoa........

Apa-apa pun Aziyon dan suami, akak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan pada akak.

Isnin, Julai 26, 2010

Happy Birthday Isya

Comei nya........



Bukan cc atau cmc nya yang comel tapi birthday girl ni yang comel.

Tapiiii..... ada gambar orang lain pulak.



ooooooo..... itu kakak birthday girl. Macam mana dia tau mak dia nak order kek untuk adik dia ye. Dah dia tau, dia nak juga la ada gambar dia atas kek kan..... Seperti biasa EI di tempah dari CT

Kek ni sebenarnya ditempah oleh Kelly, Penang untuk adik dia Nurul azlin, Triang. (di pass oleh Aimi yang tak sihat, Terima kasih Aimi)

Saya tak puas hati dengan hasil CMC7, sebab tak de hiasan dibeberapa EI nya. Tak sempat dah nak fikir sebab mengejar masa. Paaaanjang cerita dia. tak muat nak tulis( ish ish ish sebenarnya malas nak menaip hi hi hi).

Kek selamat diserahkan ke tangan Nurul Azlin pada 25.7.2010. malam (10 lebih kot) di The store Temerloh.

Layan aje lah gambar ni ye




Isnin, Julai 19, 2010

Tempahan Biskut FA dibuka sekarang

Biskut Famous Ámi

Dengan rasminya tempahan untuk Biskut Famous Ámi dibuka sekarang.

Anda boleh menempah melalui sms atau menalifon saya terus melalui talian

019-9314365
atau
019-9319256

Untuk pengetahuan semua, saya menggunakan pure butter bukan spread butter (butter cup) atau margerin kecuali ada permintaan khas, mungkin akan saya pertimbangkan.

Jangan tanya berapa biji atau berapa berat biskut sebab saya tidak menjual dengan ukuran ini. Saya akan isi biskut dalam bekasnya hingga PENUH. Namun biasanya ia akan melebihi 40 keping, insyaAllah.

Ada juga yang bertanya Biskut Coklat Harta Karun. Sebenarnya saya tidak bercadang buat biskut ini sebagai produk jualan kerana ia agak rumit untuk menyiapkannya. Tapi jika berkesempatan, akan saya buat. Jadi jika anda juga berminat untuk merasai biskut ini, beritahu saya. Mana tahu Allah memudahkan pekerjaan saya ini......


Biskut Coklat Harta Karun


Anda boleh menempah untuk sambutan raya, juga untuk selepas raya. Untuk sebelum Ramadhan juga boleh tapi beritau lah awal ye.

Untuk sambutan raya , biskut akan dihantar kepada anda pada minggu akhir Ramadhan iaitu 6.9.2010( hari Isnin).

Namun jika anda mahu lebih awal (terutama cikgu) dari tarikh yang diberi, boleh sahaja beritahu tarikh yang anda kehendaki.
Hmmmmm...........ada berminat untuk jadi ejen saya, sila hubungi saya untuk kita berbincang.

Ahad, Julai 18, 2010

CMCC Edible Imej sebagai balasan hantaran

Pada pagi Ahad 11.7.2010, saya bertemu Zana Jengka 11 untuk menyerakan 2 set CMCC Edible imej ini. Memang zana Zana biasa tempah begini sebab minimum ordert saya adalah 25 pc, jadi minta asingkan 9 biji untuk makan-makan sendiri. Caj tambahan dikenakan untuk kerja lebih masa ini he he he

Set ini adalah hadiah Zana kepada adik iparnya sempena majlis perkawinan adik suaminya itu. baik betul kakak ni ye.....

Apa-apa pun terima kasih Zana kerana tetap mempercayai akak ye.








Edible imej ditempah daripada Siti

Jumaat, Julai 16, 2010

Famous Ami ala-ala famous amos

Semalam(15.7.2010) saya buat biskut Famous Ami 3 adun. Jenuh juga mencari tupperware nak isi biskut yang banyak ni.

Malam, dalam pukul 11 kot, saya dan ustaz packing biskut dalam casing dia. Pas tu saya buat sticker untuk produk saya ni. Sedang buat bahagian bahan ramuan(sedang menaip marjerin), saya baru teringat(masa tu pukul 12 tengah malam, sebab tengok jam, he he he) sepatutnya guna pure butter tetapi tak tau kenapa saya telah menggunakan margerin.

Bukan saya terlupa tapi tak tau kenapa, tanpa boleh saya kawal tapi saya ingat dengan jelas, saya menggunakan margerin.

Laa mengapa pulak, salah ke guna margerin?

Tak salah pun tapi bagi saya lebih sedap dan tahan lama elok lah guna pure butter.

Entah apa hikmahnya di sebalik kesilapan besar ini........

Entah apa isyarat yang Allah nak beritau saya. ............

Apa-apa pun saya pernah belajar, setiap kesilapan pada masa itu tanpa kita sengajakan atau tanpa kita kehendaki, itu adalah terbaik untuk kita pada masa itu. Perasaan itu membantu saya menenangkan fikiran saya. Namun syaitan ni pandai betul memainkan peranannya, saya agak sukar tidur malam tadi memikirkan amanah orang nakkan biskut yang biasanya saya guna pure butter.

Maka pagi-pagi tadi, dalam perjalanan ke UiTM Jengka(ngekor ustaz je kan) dalam 7 lebih, saya cuba telefon Puan Sulaila yang menempah biskut ni. Tapi tak dapat, tambah risau juga sebab saya mesti berterus terang tentang kesilapan besar saya ini.

Akhirnya Puan Sulaila telefon kembali. Perbualan kami diselangi dengan gelak tawa kami. Maka saya rasa tenang sebab telah berterus terang.

Moga suatu hari yang medatang Allah tunjukkan pada saya hikmahnya berlaku peristiwa, dengan jelas saya memahami isyarat yang ingin Allah sampaikan pada saya.

RESEPI

Selasa, Julai 13, 2010

CMCC untuk makan-makan

Kek cawan berhias pulak lah kali ni. Kali ini dari Azymawati Triang untuk makan-makan bersama makciknya di KL.

Masa nak hantar ni (10.7.2010, pagi Sabtu), saya pergi berempat bersama 2 anak perempuan kami. Teruja sangat sebab nak main ngan anak comel peramah Azymawaty. Tapi sayangnya tidor pulak dia.

CMCC selamat sampai KL dan alhamdulillah mereka semua suka.



Jumaat, Julai 09, 2010

Kefahaman Umar r.a.

Artikel ini saya copy n paste dari Pemuda Epal. Saya tertarik dengan artikel ini kerana bagi saya, perkara yang dibimbangkan oleh khalifah Umar telah pun terjadi dalam masyarakat kita. Tak perlu lihat jauh-jauh. Lihat sahaja disekeliling kita, di dalam keluarga kita.

Baca dan renungkanlah........................


Para sahabat memenuhi ruang rumah Arqam bin Abi Arqam, mendengar kuliah dari Rasullah s.a.w. pada hari itu. Antara lain Rasulullah telah bersabda: "Ketahuilah olehmu wahai para sahabat sekalian. Barang siapa yang mengucapkan kalimah "Laa ilaha illallah" akan masuk syurga".

Para sahabat tersenyum dengan khabar gembira dari Rasulullah itu.

Majlis itu pun bersurai. Masing-masing terus pulang untuk menyampaikan apa yang telah mereka dengar dari Rasulullah. Jika bertembung dengan orang di jalan atau dengan yang sedang mengembala di padang, semuanya akan diberitahu tentang khabar dari Rasulullah tadi. Mereka takkan bertangguh-tangguh dalam menyampaikan apa yang disampaikan oleh Rasulullah.

Seorang sahabat telah bertemu dengan Sayyidina Umar al Khattab dalam perjalanannya pulang lalu berkata, "Hai Umar, berhentilah sebentar. Saya ada membawa khabar gembira dari Rasulullah".

"Ya, khabarkan kepadaku", sahut sayyidina Umar.

"Tadi Rasulullah ada menyebut: Barang siapa yang mengucapkan kalimah Laa ilaha illallah akan masuk syurga".

PANG! Tiba-tiba penampar Sayyidina Umar hinggap di mukanya.

Terpegun sebentar sahabat itu. "Kenapa Umar menamparku?", bisik hatinya. "Bukankah aku menyampaikan apa yang disabdakan oleh Rasulullah? Apa pula salahku? Ataupun Umar yang salah?", bingung jadinya dia memikirkan reaksi sayyidina Umar itu.

"Beginilah," dia kemudiannya berkata. "Aku tahu tentu ada sebabnya kau menamparku. Aku cadangkan marilah kita berjumpa Rasulullah dan selesaikan perkara ini di depan Baginda". Nyatalah dia tidak hilang pertimbangan.

Mereka berdua segera ke rumah Rasulullah, dan diceritakan segala yang berlaku kepada Baginda. Lantas Rasulullah bertanya kepada sayyidina Umar, "Kenapa engkau menempelengnya hai Umar?"

"Maafkan saya ya Rasulullah," jawab sayyidina Umar. "Bagaimana saya tidak marah kerana saya bimbang nanti umatmu di akhir zaman, mereka hanya mengucapkan Laa ilaha illallah semata-mata, kemudian mereka sudah rasa layak untuk masuk syurga, tanpa berjuang, tanpa berusaha dan tanpa beramal untuk memenuhi tuntutan kalimah syahadah itu".

Fahamlah sahabat itu apa yang bermain di fikiran sayyidina Umar tadi. Beliau berfikir jauh dan memahami apa yang tersirat

Khamis, Julai 08, 2010

Rabu, Julai 07, 2010

Happy Birthday Alia

Ini pulak tempahan Aziah Faqeh sempena ulangtahun kelahiran anak dia Alia.



CMCC drizzled coklat berperisan 103 biji beserta 17 biji FOC( sebab memang ada lebih adunan, jadi perabeh aje lah))



Ni pulak CMC7. Masalah juga buat ni sebab coklat ganache meragam dan saya silap teknik meletak bunga ganache tu. Berat sangat sampai nak melorot. Jadi terpaksa letak dalam chiller. Harap-harap, ianya selamat hingga saat akhir untuk disuap ke dalam mulut masing-masing. Sayangnya Aziah tak dapat sama meraikan majlis anaknya di sekolah sebab dia pun sekolah juga. Maka dia tak dapatlah menatap kek ini juga merasa kek ini kecuali CMCC sebab memang ada lebih.

Isnin, Julai 05, 2010

CMC Slice

Dengan gesaan tuan punya Q Faqeh maka saya buatkan 8 slice cake (dari CMC 7 inci) untuk try market di situ.

Sebenarnya saya tak berapa gemar buat slice cake ni sebab banyak kerja nak kena buat tapi tak tergamak nak jual mahal walaupun kos telah bertambah dari segi modal masa, kecerewetannya dan barang (casing) dia.

Maka pada pagi ahad 4.7.2010, saya hantarkan ke Q Faqeh. Ni tengah tunggu feedback Aziah.

Jom layan gambar...........