Isnin, Mei 25, 2009

Adush....toing , toing, toing

Kena tag dik adik saya . Saya dari dulu lagi berharap untuk tidak di tag. Ni yang nak marah ni, adik sendiri tag. Apa-apa pun kena raikan lah ye tak. Tapi saya hurai satu-satu lah.

Perkara pertama tentang saya:

Kuat marah

Haaa dulu masa jadi cikgu kat SMT Puteri, saya dilabelkan oleh anak murid saya, guru paling garang sebab asyik nak marah aje. Kawan saya kata, 'laaa cikgu Matematik, kalau tak garang anak murid tak pandai".

Macam mana tak marah, dah terang dan huraikan satu demi satu, step by step. Siap tanya lagi, sebelum pindah ke langkah baru, "ada soalan?"

Habis complete penerangan, tanya lagi "ada soalan"

Ada yang jawab,"cikgu saya tak faham semuanya, boleh terangkan semula dari mula?"

iiiissssshhhh Geram tak?

Tak patut ke saya marah?

Tapi kan, kata aje saya ni guru paling garang, masih berani juga tak buat kerja yang saya amanahkan. Haah rasa tak cukup garang lagi tu, kan kan kan.

Lagi satu, saya cukup marah bila orang bawa kereta ikut sedap dia aje. Elok kita beratur untuk buat U turn, senang-senang dia potong Q terus kedepan. Pas tu, bila kita masuk jalan, kita tersekat dik dia, dah orang belakang kena tunggu pulak.Tak ke sakit hati. Ini selalu berlaku masa saya hantar anak saya kesekolah, nak buat u turn di traffic light Temerloh Jaya. Dalam kereta anak saya puas dengar bebelan saya. Saya selalu kata, kalau nak cepat keluarlah dari rumah awal. Orang lain nak cepat juga tapi masih beratur. kan kita ajar anak kita, ikut giliran....

Perkara lain tentang saya, akan di sambung di episod akan datang ye. Pernah ke orang jawab tag bersambung-sambung gini. Biar saya yang buat ek. lain kali jangan tag saya tau.

Ahad, Mei 24, 2009

BFC untuk Mak Usu KL




Janji nak jumpa adik saya di karak pada pagi Sabtu 23.5.2009. Dia nak hantar coklat yang dia tolong ambilkan di Bangi.

Jadi tanda terima kasih, saya kelam kelibut buatkan untuk dia BFC satu.

Ada cerita disebalik pembuatan kek ini. Cuba tengok swirl dia. Yang sebelah kiri no. 6 dan sebelah kanan no. 6. Lain kan texture dia.

Saya guna lebihan saya buat untuk Fara TJ, dengan penuh yakin saya terus buat swirl atas kek. Pastu masa letak cari merah, 2 kuntum swirl macam mengalir lembik. adush..... macam mana ni.
Akhirnya saya mix balik baki maroon tu. Buat balik swirl yg rosak.
Tu la yg tak lawa tu. sampai karak, terus buka .....terkilannya, yang 4 biji tak ganti tu, habis roboh. Pengajaran........lepas ni sebelum buat, mix balik.
Saya tak malu nak cerita dan tunjuk kesilapan saya ni tapi saya cerita ni dgn niat orang lain juga boleh ambil pengajaran atas kesilapaan BESAR yang saya buat. Alhamdulillah Allah tunjuk kesilapan ni pada kek yang nak diberi pada adik saya. Kalau terjadi pada kek pelanggan, kan ke haru biru jadinya.
Terkilan juga bagi adik yang tak elok tapi apa nak buat. Itu yang terbaik Allah rancang untuk saya.

BFC untuk Hasni PUTERI






Sekali lagi hasni Puteri menempah BFC. Cuma kali mini dia nak yang besar 9 inci.



Alhamdulillah Disiapkan awal pagi tadi 24.5.2009. Sebenarnya hampir 99% disiapkan malam tadi. Malam tadi hawa agak sejuk jadi whipping cream tak meragam.



Terima kasih hasni. Minat sungguh hasni ni dengan BFC.

Sabtu, Mei 23, 2009

BFC untuk Fara TJ




BFC kali ni ditempah oleh Fara, begitu awal sekali tempahan dibuat.

Nak warna maroon kata fara. Haii...hati mula gundah gulana memikirkan cara nak dapat warna. Telefon Zati, alhamdulillah Zati kata ada pewarna baru Americolor warna maroon. Dan Allah susun dia akan tturun ke KL,maka buat temujanji di tol temerloh. TQ Zati.

Saya cuba menyiapkan kek ini selepas subuh sebab pengalaman dengan kek oren Ida. Dalam pukul 10.30 kek siap. Payah sungguh nak dapat warna ni. Kalau boleh nak elak guna pewarna yang banyak tapi tak leh nak elak kali ni. Tak tau lah maroon ke tidak ni ye.
Tulisan masih menjadi masalah buat saya. Bila nak selesai ni......
Kami janji bertemu pada pukul 12 di tempat kerja Fara. Kami berbual sekejap daan saya terus pi ambil anak bungsu saya.
Petang itu dalam pukul 3.06 pm fara hantar sms:
"kak, kwn2 fara semua kata lawa....................."
Alhamdulillah, tapi belum rasa lagi tu, entah sedap entah tidak.
OK TQ Fara atas kepercayaan dan keyakinan yang tinggi ada akak.

CMC untuk MUKMIN

CMC ini disiapkan pada pagi 22.5.2009 untuk dihadiahkan kepada pendidik di Pusat Pengajian Al Mukmin sempena sambutan hari guru peringkat sekolah.

Bermasalah sungguh buat hiasan kek ini sebab coklatnya dah agak keras. Sakit tangan memicit piping bag. Jadi itu je yang saya dapat buat. Kosong aje kek ni kan. Sebab tu ada 2 versi. Versi kedua tu dibuat dengan niat untuk memenuhkan hiasan kek tapi tak lawa pulak jadinya.

Layannn.........

Versi pertama

Versi kedua

Kek Mentega Oren



Tempahan kali ini datangnya dari Ida, steward SMKT.

Dia nak kek oren lembap dengan frosting whipping cream. Kek ini saya menggunakan pure butter SCS (ni je yg ada kat TF)

Ini adalah pertama kali saya membuat bunga menggunakan whipping cream. Saya bercadang menyiapkan kek ini pada malam khamis. Tapi disebabkan hawa dalam rumah panas, whiping cream saya tak lawa di atas kek bila dilepa. Berapa kali cuba, tak jadi. Maka saya nak cuba lagi pepagi esok dengan harapan waktu pagi suhu agak rendah, whipping cream saya tak meragam.
Maka selepas subuh, saya memulakan tugas menyiapkan kek ini. Alhamdulillah menjadi juga bunga mawar saya walau tak lawa, tak licin tapi ada la rupa dia kan. Saya tak leh buat banyak-banyak atau besar-besar, takut tak menjadi langsung.
Memang nampak kosong tapi OKlah sebagai permulaan. Ida pun memang ada beri cadangan untuk menambahkan lagi hiasan. Terima kasih Ida.
Dalam pukul 8.30 pagi 21.5.2009, saya menghantar kek ini ke Ida di asrama SMKT. Lama juga kami berbual mengenai bakeri ni. Saya mendoakan apa yang Ida harapkan akan menjadi kenyataan.
Dalam 10.22 pagi, Ida menghanatar SMS , sedap katanya. Alhamdulillah, lega hati saya.
Terima kasih sekali,lagi kerana menaruh kepercayaan dan keyakinan pada akak.

White Chocolate Compound

Bubble rice dengan baki choc dua jenis di bawah tu


inti perasa oren

Inti perasa kiwi


Ini adalah cubaan kali ketiga. kali ini saya mencuba White Choc compound.


Yang serpihan berterabur tu abaikan ye. Sayang nak buang, he he he malas sebenarnya.

Masih belum yakin untuk menjualnya sebab kualiti masih belum memuaskan.

InsyaAllah satu hari nanti saya akan jadikan coklat ini salah satu produk jualan saya. Doakan....

Rabu, Mei 20, 2009

Kek Buah Basah Kukus

Uuntuk makan-makan sekeluarga
Untuk dihadiahkan kepada pihak lelaki

Melunaskan tempahan kali amatlah merunsingkan hati saya. Buka ia membebankan tetapi tekanan atas sebab jarang sangat membuat kek ini dan jugatahap keyakinan.

Kali terakhir dulu buat untuk Kak Ani Puteri. Alhamdulillah kak Ani kata sedap.


Bila jarang buat, maka harga menjadi masalah. Kek buah kukus ni memanglah agak mahal sebab cara membuat yanag agak susah, mengambl masa. Kukus nak 4 jam. Sebab itu dia tahan lama. Untuk kek ni saya guna pure butter SCS.

Yang menempah ialah rakan ustaz untuk majlis merisik(mungkin anak dia dirisik sebab saya taklah menanya habis habis pada isteri dia).

Bila telah keluar dari tempat pengukus, saya buka aluminium foil.

"Alamak, abaanggg. tak lawa lah. macam mana ni. meh la cari butter lain. nak buat lain lah."

Ustaz relax je. Oklah tu, dia kata.

Kakak ni minta dua biji untuk satu adunan tu. Satu besar satu kecil untuk makan sendiri.

Jadi ini dikira seperti mengukus 2 biji kek. maka saya beritahu kakak tu (maaf kak, saya lupalah nama akak), saya terpaksa kenakan caj tambahan. Alhamdulillah kakak tu OK je. Senang betul berurusan dgn kakak ni. Terima kasih kak.

Malam, lepas magrib, saya bancuh lagi separuh adunan. Siap kukus, 12.30 mlm. Huh bayangkan..

kami cuba makan, sebab saya runsing sesangat. Ustaz kata "sedappp..." kurang sikit kerisauan".

Cuba tengok gambar kek yang besar tu, macamana ghupenya?

Kakak ni nak buh bunga fondant atas kek tu dan wrap kotak kek tu dengan kain net. Tapi saya tak de lah gambarnya.

Tak lama selepas kek di serahkan pada En Ahmed (pagi 15.5.2009), isterinya hantar sms. Dia kata dia dah rasa bersama anaknya dan rasa dia sedap.

Rasa macam baru lepas bayar hutang berjuta-juta. Lega tak terkata. Syukur pada Allah SWT.

Apa-apa pun terima kasih ye kak kerana menaruh sepenuh kepercayaan pada saya yang tak banyak pengalaman ni.

Harap dapat berurusan dengan akak lagi lepas ni.

Jumaat, Mei 15, 2009

CMCRH untuk Anak Norziha Maahad Jengka









Puan Norziha ada sms saya malam khamis(13.5.2009) tu tapi saya tidur awal malam tu kut. Jadi pagi Kahmis dalam 8.40 pg saya telefon balik. Rupanya dia minta buatkan CMC yang berharga RM15, 2 biji untuk anak dia.

Macam mana ek, jadi saya cadangkan CMCR tapi dihiaskan secara ringkas.

Saya:"Nak bila?"

Norziha:"Esok"

Saya:"alamak...sempat ke. "

Ni tengah kukus kek buah . Lepas ni nak buat kek untuk Ezz pulak. Rancang lepas zohor nak buat roti untuk dihantar esok.

Habis bincang di telefon, saya perlu tambah senarai tempahan esok. Nampak gayanya, esok tak leh hantar roti lagi lah.
Menulis atas kek ni dan kek Ezz, saya cukup rasa seronok sebab sekali tulis aje, tak payah cabut-cabut macam selalu. Walau masih tak lawa tapi say cukup seronok , tak tension.

CMC untuk 'Ezz




Hari Selasa 12..5.2009, Ezz telefon melalui telefon abi dia(ustaz ziarah mereka di sekolah).

'Ezz:"Ummi, Jumaat ni buatkan kek cokelat"

Ummi:"Apasal? sape nak?"

'Ezz:"Orang lah"

Ummi:"Apasal?"

'Ezz:"ala...adalah. Buatkanlah ek"

Saya tengok kalendar sebab curious juga. Apasal lah beria-ia nak kek makan kak kelas dia.
Ummi:" Ooooo birthday dia"

'Ezz:"he he he.."
Ummi:"InsyaAllah."
Eehhh semalam telefon lagi, tanya
'Ezz:"Ummi, Ummi buat tak?"
Ummi:"Buat apa" saya jahat, buat-buat tak tau sambil saya sengeh sengeh depan telefon tu.
'Ezz:"Ala yang orang cakap ari tu..."
'Ezz:"Ada, tengah buat"
Nampak dah dia sengeh kat hujung telefon sana.
Huh... tengah malam siap nih. Tidur 1 pagi kot.

Selasa, Mei 12, 2009

CMC Hari Ibu untuk Ummu Masyitah

Janji dengan Mas nak hantar kek dia dalam 4.30 petang.

Dalam pukul 3 lebeh, kek dah nak siap tapi runtuh pulak sebab masalah cokelat tak boleh tampung berat bunga. Tak tau nak cerita perasaan tu macam mana. Cemas dah ni. Beritau Mas peristiwa ni. Mungkin dia cemas juga sebab dia nak balik Jengka.

Suami dia kata, tak payah cantik-cantik, asal boleh makan.

Ish mana boleh kan. Walaupun orang kata 'dont judge a book by its cover' tapi 'first impression' tu kan penting.

Alamak cakap orang putih pulak. I look silly when I'm speak in malay you see. he he he

Saya janji dengan mas saya akan cuba juga siapkan walaupun saya tengah cemas masa tu tapi saya yakin aje masa janji dengan Mas. Alhamdulillah dalam 4.30 pm siap dengan posing lagi. Lepas solat Asar saya terus keluar untuk hantar kek dan ambil nasr di Mukmin.

Huh lega rasanya tapi masih cemas. Hingga saat saya menaip ni belum ada khabar berita dari Mas, macam mana rupa kek tu bila sampai Jengka, apa respon keluarga dia.

Saya beri harga diskaun kat mas sebab bayangkan dia dalam keadaan kritikal tak tau masa kek boleh siap bila, dengan fikir nak balik jengka. Kira macam elaun kritikal gitu.

Kita layan dulu gambar ye.......

Antara tanggungjawab sebagai penjawat awam dan ahli parti

Apa yang ingin saya timbulkan disini adalah berdasarkan pemahaman saya. Bukan untuk dijadikan hujjah oleh sesiapa.

Kadang-kadang kita lupa perbezaan tanggungjawab ini. Macamlah juga jika kita di tempat kerja kita bos tapi di rumah kita ialah isteri , ibu atau pun suami, ayah. Lain kan tu. Maka kita kena sedar kita akan bertukar peranan, fungsi dan tanggungjawab bila kita berada di tempat yang berbeza.

Begitu juga kita kena bezakan antara ahli parti dengan pekerja samada penjawat awam ataupun pekerja swasta.

Sebab itu bila kita nak bertanding dalam pilihanraya, kita kena letak jawatan(penjawat awam aje kot). Sebab masa tu kita bekerja, berkorban untuk parti. Tapi setelah kita menang maka kita akan menjadi penjawat awam. Maka tanggungjawab kat situ adalah sebagai penjawat awam iatu untuk kerajaan bukan untuk parti.

Jadi kan, saya tak faham bila ada majlis-majlis rasmi, kenapa pegawai-pegawai ni berucap seolah-olah mewakili parti mereka kecualilah itu majlis parti mereka kan. Tak faham lah saya.

Lagi satu kan, tentang duit. Macam saya duit berniaga saya, saya tak campur dengan duit belanja rumah. Asingkan, ada akaun sendiri, Walau perniagaan ni macam main-main aje. Dari dulu lagi, bila saya berniaga aje tak kira berniaga apa, duit saya asingkan. Tak boleh guna duit berniaga tu untuk belanja rumah kecuali duit yang diambil sebagai gaji saya.

Ahad, Mei 10, 2009

Testimoni dari Nurul

Lepas maghrib saya teringat cc yang diserahkan pada Nurul tengahari tadi. Apa la respon keluarga Nurul. Saya pesan Nurul tadi, beri tahu jika ada apa-apa yang boleh saya perbaiki. Tapi sehingga maghrib tak ada apa-apa berita.

Dah mula risau dah ni. Tak sedap ke apa ke, Nurul segan nak beritahu saya ke. Saya tak kisah jika respon yang membina sebab saya tahu saya masih terlalu baru dalam bidang ni, mesti ada yang kurang.

Nak sangat hantar sms tanya khabar tapi segan pulak. Lama pegang telefon bimbit saya. Akhirnya untuk melegakan kerisauan dihati, saya hantar sms merisik khabar.

Balik dari solat isya' di surau, ada mesej dari Nurul:

'...Sedap sangat makcik. Semua orang puji sedap n cantik cupcake makcik.Nnt Nurul promote kt blog Nurul..................."

Alhamdulillah....bukan nak bangga tapi rasa macam baru lepas bayar hutang beribu ringgit. Dulu masa saya mula jual CMC pun macam gini juga. Risau semacam....sekarang kurang dah rasa risau tu sebab keyakinan dengan CMC ni dah meningkat he hee he

Apa-apa pun saya takkan lupa ini semua tarbiyyah dari Allah dengan DIA menghantar Nurul dan sahabat-sahabat lain sebagai perantara (pelanggan). Terima kasih pada semua ya.

CMCCC dan OMCCC untuk mak Nurul di tanjung batu Temerloh

Nurul ni duk di Kajang tapi balik bercuti, sempena hari Ibu kut. Bagus betul Nurul ni kan, jauh tapi balik juga sebab nak sambut hari ibu bersama ibu nya di Tanjung Batu Temerloh. Mesti mak dia rasa bahgiaaaaaa sesangat.

Nurul nak dua set 16 biji dengan warna merah , putih dan pink. Nurul juga hantar gambar contoh hiasan yang dia nak. Alhamdulillah agak senang nampak dalam gambar tapi bila buat susah juga.

Dalam pukul 12 tengah malam baru siap dan terus masuk kotak. masalah disini saya tak de kotak khas cc ni. Ada satu je. Jadi atas usaha ustaz, dia buatkan tempat duduk cc dalam kotak kek biasa. OK lah nampak selamat mereka duduk dalam kotak walau agak tak selesa he he he....

Sorry lah Nurul, itu je yang makcik (rasa tua la pulak) boleh buat.

Harap Nurul terutama mak suka cc tu semua ye. Beri respon pada makcik ye

Ini saya hadiahkan pada Nurul, saja sebab ada lebih.

OMCCC(Orange Moist Butter Cake) untuk Kak Ani Puteri

Balik dari Kuantan(9.5.2009), bancuh kek untuk tempahan Nurul (Kajang) sempena hari ibu.

Sambil buat sambil bersms dengan kak Ani Puteri. Cerita lah pada kak Ani yang saya sedang buat Kek Mentega Oren Lembap untuk buat kek Cawan. Kak Ani pun terus nak. Allah susun memang ada lebih dan cukup dengan yang kak Ani nak. Habis bakar, saya siapkan bc sambil tunggu cc sejuk.

Dalam pukul 6 siap dan nak hantar terus padahal beritau Kak Ani nak hantar esok. Ustaz suruh siapkan kak Ani punya dulu sebab Nurul nak esok.
Kak Ani tak tentukan corak hiasan maka saya inilah hasilnya. ......

CMCC untuk Fara TJ

Tempahan kali ini datangnya daripada Fara Temerloh Jaya. Awal dia menempah takut full macam Aimi tu. Dont worry, saya jarang full house.

Semua ni saya siapkan pada malam Jumaat. Dan janji nak hantar esoknya pukul 11 am sebab kami akan ke Kuantan lepas tu.

Mula-mula nak hias kek, saya dah termenung sebab tak tau nak buat corak apa sebab temanya hijau lumut. Takkan nak bunga hijau pulak ek. Akhirnya jadilah begini ......................

Tak menarik langsung kan!!!!



Tak puas hati betul. Rasa tak menonjol langsung. Apa la nak tambah sebagai hiasan untuk naikkan seri dia. Akhirnya ustaz beri cadangan tabur cip gula warna warni tu. Maka jadilah begini................

Pagi soknya sebelum hantar, saya hantar mesej pada fara, tak lawa la Fara.

Masa hantar tu, fara kata, "....lawa la ni. Akak ni selalu gitu tau........." Ada lagi dialognya tapi lupa.

Apa-apa pun terima kasih fara atas sokongan fara tu.

Rabu, Mei 06, 2009

Homemade Chocolate









Yang ini saya letak bubble rice, hmmmm......sedapnya yum yum yum. Terliur tak? he he he



Jangan tak percaya semua cokelat saya yang buat sendiri tau!!!!!


Sedap sangat. Sumber cokelat saya beli keluaran Lembaga Koko punya. HALAL.....
Masih dalam latihan. Dah confident nak jual, dah boleh tentukan harga yang bersesuaian, akan saya keluarkan cokelat ini sebagai produk baru saya.

InsyaAllah dengan beberapa jenis inti seperti cokelat, kopi, strawberry, oren, keladi, kiwi juga jenis kekacang

CMCC dan BFC untuk anak sepupu Ustaz





Sebenarnya saya tak de stok kotak gini sebab tak pernah orang order cc sebanyak utk di bawa jauh. Alhamdulillah Aimi ada. Terima kasih bebanyak Aimi.

Kek ni disiapkan just on time . Janji nak hantar pukul 10 am, alhamdulillah saya dapat siapkan pada 9.30 pg dan terus posing, packing dan hantar. Dekat dgn rumah, satu taman. Alhamdulillah Embong sekeluarga berpuashati.

Namun mereka tak dapat rasa sedap ke tidak sebab semua tu untuk diberikan kepada tetamu yg datang pada hari itu.