Isnin, September 27, 2010

Happy Birthday DAMIA

Pagi tadi, berjanji dengan Nurul Azni dari Triang untuk berjumpa di depan kedai kek Kak Yah untuk menghantar kek birthday anaknya DAmia.

Ingat lagi birthday cake untuk adiknya Isya? Haaaa.......ini baru birthday dia. Dulu tu, dia saja nak menyelit ha ha ha. Sori Damia, makcik gurau-gurau dengan Damia yang tak sabar nak sambut harijadi.

Azni minta buat edible imej Dora aje. Tapi saya gatal buh juga gambar Damia sebab masih ada simpan gambar dia. Dan seperti biasa saya tempah pada sibaik budi CT di Penang

Happy Birthday to Ahmad Yasin

Pagi Ahad 26.9.2010, Norli bersamaa keluarganya datang ambil kek ini.

Kek sempena harijadi anak sulungnya yang SEHAT itu, Ahmad Yasin. Sempat lagi pi jenguk arnab kami sebab Norli ada baca kat blog saya pasal arnab-arnab saya yang semakin nakal ini.

OK Norli, terima kasih. CEPAT-CEPAT buat rumah dan jadi jiran yang baik pada akak ha ha ha

Khamis, September 23, 2010

Kisah kenakalan arnab ku

Tadi pagi (23.9.2010) lepas ta ta ustaz pi kerja, saya pi la layan rabbit saya tu. Lepas kan depa main-main kat luar rumah depa. Saya kena hati-hati sebab depa dah pernah keluar dari pagar.

Aduhhhhh letih sungguh pagi mengejar depa. Kejap-kejap pi pagar dan menyelit keluar. Puas lah saya jerit sambil berlari keluar pagar pi tangkap depa balik. Kejap putih keluar, kejap hitam pulak. Dah sejam maij kejar-kejar dengan depa, saya surender lah. Depa masuk rumah depa, saya terus tutup pintunya. nak pi bancuh Biskut FA pulak.

Rabu, September 22, 2010

Rabbit ku lari dari rumah?????

Peristiwa ini berlaku semalam (21.9.2010).

Dalam pukul 11.30 pagi, saya mengintai ikut tingkap, nak tegur rabbit saya seperti yang biasa saya buat.

Saya tegur depa begini," bit bit, ooo bit bit"

Kadang-kadang adalah ayat tambahan sikit-sikit.

Tapi pagi semalam, bila saya jenguk, saya nampak pintu rumah dia dah senget.

ALAMAK... rabbit keluar ke? Kelam kelibut saya keluar rumah dan mencari mereka ditempat biasa mereka main. Hitam suka duk bawah rimbunan kunyit putih.

Putih kat tepi pagar.


TAK ADA.......

Ya Tuhan.... puas keliling rumah, dalam semak semua dah cari, tak de.

Keluar pagar pulak. Cari keliling pagar, tak de. Saya masuk hutan keliling rumah pulak, habis pokok saya patah-patahkan, he he he macam kuat aje kan....pokok kecik je.

Ish tak ada juga. Nak nangis ke. Ohhhhh mungkin tidak. Tapi tak dinafikan, hati memanglah risau tapi jauuuuuh disudut hati, saya yakin depa akan balik semula ketempat depa biasa bermain, ke tempat tuan yang menyayangi depa.

Saya masuk rumah dengan harapan mereka akan balik semula bercampur dengan rasa risau. Nak beritau ustaz tak ek? Jangaaaaan, nanti dia risau pulak. Maka saya pun duk diam kat dalam rumah sambil berdoa.

Kejap-kejap jenguk tingkap sambil jerit,"bit bit, bit bit pergi mana? Balik lah...." ha ha ha mengarut juga saya ni kan.

Begitu lah saya buat, kejap jenguk dan panggil depa, kejap kuar rumah dan kuar pagar cari depa.

Pukul 3.30 petang, saya jenguk tingkap. Baru nak jerit panggil depa, saya ternampak telinga hitam bergerak-gerak bawah rimbunan halia putih.

"Hitam dah balik. Rabbit dah balik" Sukanya hati saya......hi hi hi

Tapi.......cuma hitam aje yang ada. saya pun pi lah kat Hitam, sapu-sapu kepala dia sambil tanya dia,"Putih pi mana Tam, pi lah panggil dia balik". Lama juga bercakap-cakap dgn Hitam.

Pas tu saya bangun sambil pandang bahagian luar pagar rumah, kot-kot ada kelibat Putih. Tiba-tiba saya ternampak Putih berlari, terlompat-lompat depan pintu pagar.

"Putih, Putih. Ezz, Ezz cepat ambik putih, nanti dia hilang lagi". tapi si Ezz ni titun . Baby tua, tidur petang ha ha ha.

Maka saya pun pi lah kuar. Putih senyap je depan belukar depan rumah saya tu sambil menunggu seseorang he he he rupa-rupa nya dia nampak kucing saya. Depa cium-cium hidung kejap. Agaknya kucing saya beritau , pi balik, ummi dah risau tu.

Saya pun ambil putih bawa balik rumah. Fuhhh lega. doa termakbul. Terima kasih ya Allah....

Jumaat, September 17, 2010

Arnab

Pada 4.8.2010, pagiiiiiii sabtu, dapat panggilan dari biras(isteri abang ustaz). Dia kata dia nak hantar anak rabbit. Waaaahhhhh terujanya.


Dalam sibuk bersiapnak ke KL, sempat lagi tu suruh rabbit posing. Comelkan rabbit putih tu tiarap dengan kaki gitu. Suuuuka sangat


Kami sebenarnya pagi tu tengah bersiap-siap nak turun KL, nak beli barang untuk buat biskut raya.Seronoknya, maka turun kl lambat sikit sebab ghalit dengan rabbit, nak siapkan tempat dia, makan dia




.
Nak bawak? Tak delah teman nak nyusahkan diri hi hi hi.... bye bit bit

CMC7 Ringkas


CMC7R untuk kak faizah. Harga biasa ialah RM35 tetapi tawaran Ramadhan RM30

CMCR Edisi Ramadhan













Ini antara CMCR Edisi ramadhan yang berjaya dijual di bilik rehat UiTM, Ramadhan lalu(27.8.2010 kot-Jumaat biasanya)

Terima kasih semua staff UiTM yang sudi dan sentiasa beri sokongan padu pada saya.

Apa-apa kekurangan, silakan beritau saya. Saya budak baru belajar, insyaAllah masa akan datang akan saya perbaiki kekurangan yang ada.

Selamat mengerjakan puasa sunat Syawal

Assalamu alaikum semua.

Hmmmmm..... baru ada peluang nak update blog ni.

Ramadhan yang u barberlalu, saya agak sibuk menunaikan amanah sahabat.

InsyaAllah selepas ini saya akan cuba masukkan beberapa berita tentang aktiviti saya.