Jumaat, Januari 29, 2010

Jualan Aneka Bun Online bermula

Sekarang saya buka jualan aneka bun secara online.

Minimum order hendaklah 20 biji. Kalau nak sebiji dua boleh pi ke Temerloh jaya, gerai Ramlah. Dia buka dalam 12 tengahari hingga 6 lebih.

Atau di Gerai ABC atas tapak Masjid Abu Bakar Temerloh, sebelah kedai saujana. Dia buka Hari Jumaat hinnga Isnin sahaja bemula pukul 11 am kot.

Untuk harga klik sini

Aneka Bun






Semalam 27.1.2010 saya membuat aneka bun 1.5kg, sorang-sorang je. Selama ni pun sorang-sorang juga sebab tak mampu lagi gajikan pekerja.

Disebabkan masih baaaru je mula balik buat aktiviti ni sejak bulan 4 atau 5 tahun lepas, maka banyak yang saya perlu adjust semula. Seperti pelarasan suhu dan masa pembakaran roti. Ya lah kan, dah lama tinggal dan oven tu pun oven murah dan semakin bertambah usianya.....pelarasan suhu dan masa tu penting untuk menghasilkan bentuk roti yang agak lawa.

Aneka bun ni untuk melunaskan tempahan Muna. Juga akan dihantar ke Maahad Tahfiz Faqeh, Temerloh dan Gerai kuih Ramlah di Temerloh Jaya.

Setakat ini, inilah sahaja bun yang saya tahu buat:

Mexican Bun : RM1.00
Jejari Keju: RM1.00
Mini Pizza: RM1.00
Bun sardin: RM1.00
Bun Bunga Kacang Merah: RM1.00
PIzza Pintal: RM1.20
Piza Bunga berkeju:RM1.50

Ada aneka bentuk yang saya boleh buat seperti segitiga, empat segi, bunga, caterpillar, silinder.

Dulu pernah buat inti sekaya tapi banyak masalah sebab sekayanya agak cair menyebabkan agak sukar untuk melekatkan doh dia. InsyaAllah satu masa nanti saya akan buat sekaya yang agak sesuai untuk bun, juga inti kelapa. Doakan yang terbaik untuk saya ye.....

CMCR hari jadi


Ini pulak tempahan kawan Lina. Untuk di bawa balik kampung.

Bar Coklat batik - untuk pelajar maahad jengka

Tempahan kawan Muna

Lina nak jual pada kawan-kawan dia hari ni

Kawan anak-anak saya menempah bar coklat ini, mungkin untuk dibawa balik kampung . Mungkin juga mereka membelikaan untuk adik-adik kecil mereka dikampung. Biasalah, kakak akan selalu mengingati adiknya. Jaaaarang lah abang ingat tapi ada juga abang yang perihatin yang menunjukkan kasih sayangnya pada adik mereka.
Anak-anak saya bersemanagat nak jual mungkin senbab nak kumpul duit. Hujung tahun saya serah pada mereka. Kami ummi dan abi galakkan mereka simpan kat Tabung Haji. Tapi mula-mula serah kat tangan mereka lah, biar depa dapat rasa dapat lihat dan rasa hasil usaha mereka.

Selasa, Januari 26, 2010

Letihhhhnya.......

Semalam 25.1.2010, saya keletihan, macam-macam yang dibuat(macam rajin sangat kan.

Pagi buat roti 2 kg, masuk waktu zohor, roti siap dibakar. Lepas solat zohor, bancuh kek pulak untuk Zura SK Jengka dan cikgu Norziha Maahad Jengka. Masuk Asar, semua siap bakar.

Lepas solat Asar, pikir nak masak petang pulak. Tapi siapkan choc ganache dulu dan drizzle cmcc Zura.
Ustaz balik saya tak siap masak, sempat masak nasi je. Pastu kena hantar makanan ayah ustaz(biras lambat beritau dia tak de kat umah). Kelam kelibut juga. Dah la lapar, tengahari tak makan nasi.

Nak tau......sampai rumah ayah, kereta ( van suzuki ERV) bau hangit, bila buka tempat duduk saya, keluar asap banyaaak. Cadang lepas maghrib nak balik sebab memang cadang nak makan kat umah. tapi ustaz tak berani nak bawa kereta balik. Saya dah risau , coklat kawan LIna tak buat lagi, cmcr tak topping lagi......
Alhamdulillah, abang ustaz kat lancang nak datang, minta dia ngiring kereta kami balik.
Sampai rumah, kelam kelibut siapkan semua. Alhamdulillah.

Ini choc batik untuk kawan Lina. Dalam 50g RM2.50(harga promosi lagi)

Dalam sibuk-sibuk , siapkan semua barang ustaz nak bawa pagi ni, terlupa snap gambar cmcc Zuradan cmcr.

BFC dan choc bar

Hari Jumaat 22.1.2010 saya ikut ustaz pi keje sebab nak ziarah anak-anak terutama nak tengok Nasr. Bukan lebihkan dia tapi kerisauan saya atas sebab-sebab peribadi dia.

Bila dia telefon, saya tanya:

"adik makan tak"
"adik buat keje sekolah?"
"abang marah adik tak?"

dan diringi dengan pesanan-pesanan seorang ibu. Anak-anak lain saya tak tanya gini sebab peribadi mereka meyakinkan saya.

Cadang nak buat nasi lemak makan sama-sama tapi tak sempat nak buat pulak. Jadi makan BFC(saja buat lebih masa buatkan utk Hasni semalam) dan coklat bar.


Ini versi untuk anak-anak



Semua ni. Lina untuk kawana-kawan lina.Untuk depa, saya tak balut dengan glossy paper, dgn aluminium foil je ha ha ha membazir....

Sabtu, Januari 23, 2010

BFC untuk sambut ulangtahun kelahiran




BFC tanda ingatan kasih dan sayang seorang isteri kepada suaminya, tapi Hasni PUTERI gunakan anak-anak sebagai pelindung diri ha ha ha.

Hasni kata, dia tak beli dah BFC kat luar....Terima kasih Hasni atas kepercayaan dan sokongan Hasni pada akak. Moga kita semua mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Khamis, Januari 21, 2010

Akhirnya...........

Bun Sardin RM1.00


Mini Pizza RM1.00


Jejari keju RM1.00


Bun Mexico/Roti boy RM1.00


Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga kekuatan membuat semula aneka bun setelah berzaman berhenti rehat.

Dah lama nak buat tapi baaaanyak benda yang menghalang. InsyaAllah minggu depan boleh lah mula balik jualan aneka bun ini.

Saya bercadang nak buka jualan aneka bun secara online pulak lah. Tunggulah pengumuman ini nanti ye.

Kelas buat roti?????? toing toing toing......boleh ke? berani ke? (macam iklan sabun pulak)

Tunggu aje pengumuman ye.... TUNGGUUUUUU............

Rabu, Januari 20, 2010

Harga CMC - masih promosi

Ini bukan harga baru, cuma saya perincikan sahaja untuk lebih jelas:

CMCR
saiz: 6 inci
berat : lebih kurang 500g
Harga: RM10
Hiasan: hanya di selaputi choc ganache dan drizzle coklat berperisa
Tambah RM2 jika mahu tulis sedikit ucapan
Tempahan minima: 3 biji kecuali saya ada tempahan yang sama pada masa yang sama

CMCRH
Saiz: 6 inci
Berat: Lebih kurang 500g
Harga: RM18
Hiasan: hanya disaluti choc ganache dan ditambah dengan sedikit hiasan mengikut permintaan

CMC7
Saiz: 7 inci
Berat: lebih kurang 1+kg
Harga: Bermula dari RM45 (bergantung pada berat dan hiasan)
Hiasan: Disaluti sepenuhnya dengan choc ganache dan dihiasi dengan bunga dari choc ganache
Tambah RM10 jika hisan dan bunga daripada choc ganache berwarna dan berperisa(oren, pandan dan strawberry)

CMC8
Saiz:8 inci
Berat: Lebih kurang 1.5 +kg
Harga bermula dari RM55 (bergantung pada berat dan hiasan)
Hiasan:Disaluti sepenuhnya dengan choc ganache dan juga bunga hiasan dari choc ganache
Tambah RM10 jika bunga dan hiasa dibuat dari choc ganache berwarna dan berperisa(oren, pandan, strawberry)

CMC9
Saiz: 9 inci
Berat: Lebih kurang 2+kg
Harga: Bermula dari RM85 (bergantung pada berat dan hiasan)
Hiasan: Disaluti sepenuhnya dengan choc ganache dan juga dihiasi dengan bunga dibuat dari choc ganache.
Tambah RM15 jika bunga dan hiasan dibuat dari choc ganache berwarna dan berperisa(oren, pandan dan strawberry)

CMC10
Saiz: 10 inci
Berat: Lebih kurang 3+kg
Harga: Bermula dari RM130 (bergantung pada berat dan hiasan)
Harga promosi: Bermula dari RM115
Tambah RM20 jika bunga dan hiasan dibuat dari choc ganache berwarna dan berperisa (oren, pandan, strawberry)

Tambah RM22 untuk edible imej

Saiz 11 inci, 12 inci dan seterusnya akan ditambah dari semasa kesemasa.

Semua saiz yang dinyatakan adalah dalam bentuk bulat.

Selasa, Januari 19, 2010

Yis Segera untuk dijual



Yis Brand Pinnacle
Berat: 500 gram
Harga: RM9.00 sahaja


Ada tanda halal yang diiktiraf di negara pengeluar iaitu Vietnam

Isnin, Januari 18, 2010

Fruit/flavor paste

Ada sesiapa yang teringin mencuba paste yang biasa di gunakan untuk membuat aiskrim? Saya boleh tolong belikan jika saya balik KL

Yang ada vanila, strawberry dan mangga

Vanila -200g berharga RM22

Strawberry - 250g berharga RM18 (Februari)

Mangga - 250g berharga RM20

Paste ni saya guna untuk coklat saya dan mungkin boleh juga untuk perasa kek. Istimewanya paste vanila ni, memang dari pokok vanila yang di peram dalam gula bukan yang mcm kita beli biasa tu. Ada rasa biji-biji dia. Kilang-kilang aiskrim memang gunakan paste ni untuk perasakan aiskrim mereka.

Sila rujuk sini

Jumaat, Januari 15, 2010

Jualan penghabisan stok - dakkar vanila


Semalam buat dakkar lebih, ada plain vanilla ada yang berkacang.


Masih ada 3 bekas, boleh campur-campur. 10 biji RM12 sahaja.


Menggunakan real coklat yang di salut dengan coklat compound dan digolek-golekkan pula atas chocolate rice.


Cepaaaattt!!!!!!!!!!

cmcc drizzled, cmcr, bar coklat dan dakkar vanilla


Tengoklah texture choc ganache tu. Berseni kan ha ha ha. Cooking coklat saya sekarang ni, aaasyiik meragam. Entah apa silap saya

Dakkar perasa vanilla
10 biji RM12


Coklat Bar (lebih kurang 52 g)
Harga Promosi:RM2.50
Harga biasa:RM3.00

Ini semua yang dibawa oleh ustaz hari ini untuk dihantar ke Maahad Jengka.


cmcc drizzlde untuk kawan baru di Kg Bangau Tanjung

Khamis, Januari 14, 2010

Dakkar Vanila

Ni yang perasa vanilla berkacang


Ni vanilla sahaja


Baru je siap buat dakkar perasa vanilla dan vanilla berkacang(badam dadu). Bukan vanila yang biasa tu ye...... Vanila ni dibuat dari vanila yang diperam dalam gula. kalau rasa sikit, terasa biji-biji dia. Mahal tau.......Vanila ni digunakan untuk buat aiskrim vanilla.

Student Maahad Jengka yang tempah. Agaknya masa saya beri dakkar ni pada anak-anak, mefeka ada rasa sikit kot. Tu yang berasa nak beli untuk dibawa balik kampung agaknya (Sok depa semua balik kampung)

Sejarahnya, saya nak perabis real choc saya yang lama tu sebelum membuka coklat yang baru beli. Yang lama ni, kadang-kadang bawa masalah kelikatan, payah nak buat. Kalau ada butter cocoa(bukan yg substute ye), senang sikit nak selesaikan masalah ni. Jadi saya buat lah dakkar yang saya pelajari dengan chef Khairul LKM semasa mengikuti kursus pembuatan coklat di LKM Bangi.

Allah susun, pada masa yang sama keputusan peperiksaan SMA Muna keluar dan keputusan dia agak baik , maka bagi je dia dalam bekas lawa sikit.....


Ada yang teringin?

Harga promosi RM12 untuk 10 biji. Dibuat dari real coklat, kemudian disalut dengan coklat compound dan akhirnya di golek-golekkan atas choc rice. Di isi dalam bekas transparent bujur seperti di bawah. Nak hias-hias reben kena lah tambah harga ye.....

Rabu, Januari 13, 2010

Asam Tumis Ikan tenggiiri dengan daun singkil


Tak pernah saya cerita pasal lauk yang saya masak kan.......

Kali ni nak cerita lah sikit sebab ada sesuatu kelainan yang mungkin orang dah tau tapi saya yakin tak ramai yang tau tentang pucuk daun kayu ni.

Isnin lepas (11.1.2010) saya masak asam tumis ikan tenggiri. eleeeehhhh biasa je kan. Tapi setiap kali saya masak lauk ni, saya mesti letak pucuk daun singkil(orang melayu panggil pokok bebuas). Sedap tau...... ustaz sukaaaa sangat makan bila saya masak lauk ni. (lauk-lauk lain pun dia suka asalkan saya masak he he he ye kan bang....)

Kalau lalu kat pokok ni, bau daun dia.. hmmmmmm sedapnyaaaaaa.Lain kali saya masukkan gambar pokok ni pulak ye

Ahad, Januari 10, 2010

Tempahan pertama 2010


Set 25 biji

set 16 biji


Ida kawan Zura SK Bdr jengka menempah 2 set cmcc (25 dan 16) dengan topping choc ganache.

Allah nak duga saya semasa nak menyiapkan cc ini. coklat meragam tak nak likat. Saya bancuh sampai 3 kali, haaa baru siap. Lepas subuh 9.1.2009 saya siapkan cepat-cepat. target 8 am mesti siap. Alhamdulillah pukul 730 pagi dah siap.

Gosok tudung cepat-cepat, terus keluar sebab banyak urusan lain yang perlu disegerakan selain menghanatar kek Ida ni di taman jaya.
Sebenarnya kami dah biasa dengan Taman Jaya sebab dulu ustaz ada buat kuliah tafsir disurau taman Jaya. Jadi ramai suri-suri rumah disitu yang saya kenal. Emak Ida juga kenal saya, tak sempat nak bualpanjang sebab nak selesaikan urusan lain lagi.
Malam , saya mesej kat Ida sebab saya risau hiasan rosak(lupa nak pesan mak Ida agarbtidak diletak di tempat panas atau terkena cahaya matahari). Rupanya mak Ida terus simpan dalam peti ais. respon lain amat melegakan saya.
TQ Ida sebab promote pada kawan-kawan. Maihhh jadi ejen akak, nak tak?

Sabtu, Januari 09, 2010

Pi ziarah anak-anak

Semalam 8.1.2010, pi ziarah ank-anak sambil nak menanya khabar anak bungsu saya tu.Hantar sekali beberapa helai baju dan seluar dia yang tertinggal.

saya menunggu di tempat pertemuan keluarga dekat dengan masjid maahad. Nasr sampai dulu. Dari jauh dia dah senyum....

"Ummiii, lamanya tak jumpa"

Saya senyuuuum manjang sambil fikir, kesian anak aku ni. Tak sampai 2 hari pun dah rasa lama. hari nak hantar dia tu, entah berapaa kali dia tanya, bila dia boleh balik. kami berdua gelakakan aje. Belum sampai sekolah, dah tanya nak balik.

Abang dia buat laporan panjang menjela...antaranya.

Ummi, adik tak pi makan. Entah berapa kali tak pi makan. Yang saya faham macam tak pi makan langsung.

"Abaaaaag, kuruslah anak kita kat sini nanti" sambil saya dan ustaz gelak.

Pas tu dengan marahnya Nasr, dia kata dia kena jadi ketua kumpulan, abang faci yang pilih.

Pukul 3 ustaz ada mesyuarat, jadi kami jumpa tak lama pun tapi sempatlah makan nasi dengan sup ayam kampung.

Kat Rumah, bila makan teringat Nasr.

"Bang, adik makan ke tidak ni ye?" Ustaz gelak aje, saya pun senyum balik.




Jumaat, Januari 08, 2010

Honeymoon ?????????

6.1.2010, Rabu, kami menghantar menghantar anak bungsu kami,Nasr, mendaftar Tingkatan 1 di Maahad Jengka. Dengan itu maka kami dengan rasminya dapat hadiah, honeymoon la. Dulu kami tak pi honeymoon pun sebab rasa itu tak penting dan saya lebih suka itu sebab saya masih malu dengan ustaz(tak kenal kan). Lain kali saya cerita la dalam entri khas he he he

Sebelum meninggalkan Nasr dan anak-anak yang lain, berkilo-kilo, berguni-guni, berlori-lori saya beri peringatan pada mereka terutama Nasr dan'Ezz.

"Adik, dengar arahan betul-betul"
"'Ezz, jangan marah-marah adik"
"Adik, jaga diri baik-baik. Jangan kacau abang."

Dan bla bla bala.....

Saya meninggalkan Nasr dengan perasaan yang risau sebab saya kenal perangai dia. Tapi saya nak dia belajar berdikari tanpa sentiasa diingatkan oleh saya ataupun ahli keluarga yang lain. Bukan saya sahaja yang risau, saya rasa abang dan kakak-kakaknya pun risau juga sebab banyak juga pesanan dari kakak-kakaknya. Ustaz ...dia jenis tenang, macam Nasr tu lah. Relax je......

Abang dia risau juga agaknya sebab dia tak adik dia malukan dia he he he......Tapi saya yakin 'Ezz orang yang penuh tanggungjawab cuma tak pandai nak menzahirkan kelebihannya ini dengan cara yang berhikmah, garang semacam........

Semalam 'Ezz telefon," Ummi, tadi adik ..bla bla bla....."
Saya : janganlah marah adik .......
Ezz : mana ada orang marah
Saya : tuuuu cerita kat ummi macam maraaah je

Saya dah risau dah, terbayang muka seposen Nasr tu....kesian dia

Hari ni, saya ikut Ustaz pi kerje sebab tengahari nanti nak pi tengok depa sambil makan tengahari sama-sama. Itu lah hati seorang yang bergelar ibu kan, walau macam mana susah pun, anak tetap utama dalam hidup dia.

Khamis, Januari 07, 2010

Malaysia perihatin

Ini ada satu email saya baru terima, elok juga kalau di pamer di sini, tak perlu saya email dah kan.....

Fw: (-_-) Sila Panjangkan Email Ini
Wednesday, 6 January, 2010 5:34 PM
From: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
To: undisclosed-recipients



BACA DAN SELAMI.
PANJANG2KAN LA E-MAIL INI.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada kawan2 mahupun sesiapa yang kenal mohon sedikit sumbangan untuk NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL . Beliau dilahirkan pada 18 Jun 2008, dilahirkan dengan berat badan 2.8kg dan ketika berusia 4 bulan dengan keadaan badan menjadi kering, lendir pada kerongkong yang pekat sehingga tidak boleh menelan susu, serta mengalami cirit birit sepanjang masa. Pada Oktober 2008 Alia disahkan menghidap penyakit CYCTHIC FIBROSIS. CYCTHIC FIBROSIS adalah penyakit ganetik dan jarang ditemui di benua asia . Penyakit ini tidak dapat disembuhkan kerana penghidapnya kekurangan satu enzim di dalam badan yang menjejaskan proses respirasi peparu, percernaan usus dan hati. Ini kerana Alia memiliki hati yang saiz lebih besar dan usus yang lebih tebal dari manusia normal, Alia juga perlu disedut kahak dan makan pelbagai jenis ubat setiap hari. Alia juga lemah kepada persekitaran dan mudah dijangkiti penyakit serta kerap masuk wad di PPUM dan perlu dimasukkan anti-biotik khas setiap 6 bulan untuk menyahkan kuman dalam badan. Alia memerlukan pembelanjaan perubatan melebihi RM12,000.00 setiap tahun termasuk ubat khas seumur hidup, rawatan wajib setiap 6 bulan sekali, susu khas dan pelbagai pembelajaan lagi. Diharap jika ada rakyat Malaysia mahupun negara lain yang prihatin dan simpati pada Alia bolehlah menyumbangkan bantuan kewangan pada bapa NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL (maklumat lanjut sila runjuk dibawah) bagi membiayai keperluan dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa. Alia yang merupakan penghidap penyakit yang jarang-jarang dijumpai. Sumbangan ikhlas anda amat di hargai: Noor Ismail Bin Mohd Ali (bapa Alia) 6012-671 9840 F-03-04 Mentari Court , Jalan PJS 8/9, Taman Seri Mentari , 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. RHB Bank A/C No : 112-24-6000- 4059-2 Bantuan untuk NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL and sekiranya anda tidak mampu memberi sumbangan, diharap anda menyambungkan email ini kepada rakan-rakan anda. Bantuan anda amat sangat dihargai. Semoga tuhan dapat membalasnya.

Kedai bakeri Milik Orang Islam di Ampang... Jom pi sana

artikle ni saya culik dari blog coklat adik saya . Nak tengok gambar kedai ni boleh ke blog adik saya ni ye.

Kedai menjual bahan2 kek-Hanum Bakers

Berita baik!!Bagi kawasan sekitaran Ampang/Keramat/Cheras, anda boleh membeli barangan bahan2 kek,biskut dan roti dari kedai yang baru dibuka milik orang melayu. Nama pemiliknya adalah Fathilahanum dan panggil saja Hanum. Aku beli barangan untuk ganache. Coming, dia akan jual Beryl's dan produk coklat lainnya. Memang dia akan menambah barangannya dari masa ke semasa.Jom ramai2 kita bantu orang kita berniaga. Moga Allah memberkati segala usaha kita yang murni.



Alamat seperti di bawah:
Hanum BakersLot 40 & 48
Blok B4Ampang Waterfront
Jalan AmpangBukit Belachan
68000 Ampang

Telefon : 012-9132687

Jumaat, Januari 01, 2010

Kepuasan

Habis buat kek Fizah, Azian UiTM pulak nak CMCR 2 biji untuk di bawa balik kampung di Johor. Permintaan makcik dia rasanya. Tak sampai hati nak menghampakan hajat sahabat, buat juga malam tu sebab esok (Rabu 30.12.2009, kalau tak silap), Azian nak balik kg naik keretapi di jerantut.

Minggu ni Ustaz cuti jadi kirim pada encik Adnan je (terima kasih en Adnan ye)

TQ Azian ye

Satu kepuasan yang tak terceritakan jika dapat memenuhi hajat seseorang kan......

Cerita tannpa gambar

Sepanjang minggu lepas, saya terlalu sibuk memenuhi hajat saudara-saudara saya.

Saya jangkakan selesai kek untuk Zana, maka siap semuanya. Namun sedang saya menyiapkan kek zana, Norhafizah UiTM menelefon saya. Fizah mahu kek buah. Saya terus terbayang kek buah basah yang pernah saya buatkan untuk Ustaz Ahmed UiTM.

Walaupun saya baru je belajar ( dengan Shahril) sejenis lagi kek buah bakar , saya masih belum buat ulangkaji lagi, maka tak berapa yakin. Fizah nak hari Ahad, saya tak yakin sempat buat sebab bahan-bahan tak ada di rumah. Jadi saya cuba buatkan hari Isnin 28.12.2009 sebab Fizah nak balik Johor pada pagi 29.12.2009.

Selepas balik dari rumah zana di jengka 11, saya terus cari bahan yang tak ada rumah.
Pagi-pagi Isnin, terus mengadun dan mengukus. Kukus 4 jam tau!!!!! Tu yang buat dia tahan lama.

Selepas Fizah, saya gelisah dan susah hati dalam menanti respondari Fizah. Kek ni kek siburuk rupa................ Akhirnya Fizah hantar berita yang menggembirakan saya. aaaaahhhh leganya...........

TQ Fizah atas kepercayaan dan keyakinan pada akak.

SELAMAT TAHUN BARU

Hari ini telah masuk tahun 2010.

Bila masuk tahun baru, orang selalu cakap pasal azam kan. Tapi kalau kita buat muhasabah, rasa-rasanya azam tinggal azam aje kan. Tapi ada juga yang buat azam dan buat apa yang dia nak buat .

Yang penting, apa yang kita buat berlaandaskan syariat. yang bagusnya, biaralah kita ada objektif jangka pendek untuk mencapai objektif jangka panjang kita.

Apa-apa pun saya mendoakan kita semua dapat apa yang kita hajatkan dan ia mendapat keberkatan dari Allah.