Memaparkan catatan dengan label Kek Mentega Oren. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek Mentega Oren. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 14, 2011

Kek Alunan kasih - percubaan pertama ku


Hari Sabtu lepas, 7.5.2011, saya mencuba buat kek ini. Dah lama nak cuba buat, sebab ramai orang kata sedap. Agaknya, cerita kek ini dah basi, saya yang ketinggalan zaman. Maka dengan semangat berkobar-kobar, saya pun mencubanya. Alhamdulillah jadi cuma kek dia agak kering. Bukan salah resepi, saya yang memang tak ada asas membaking yang tak pandai buat. Terlebih pukul kot.

InsyaAllah lain kali cuba lagi. Namun kawan-kawan yang mencuba makan kek ini, kata sedap. Alhamdulillah.

Resepi di sini

Sabtu, November 28, 2009

Kek Mentega Oren dan CMCC Drizzled




Ummu masyitah, kali ini mahu merasa kek mentega Oren dengan disaluti dan dihiasi dengan whipping cream diringi dengan cmcc berhiaskan drizzle coklat berperisa oren.
Semua ni saya siapkan pada 26.11.2009 selepas waktu zohor.

Dengan itu, ringan dah kepala. Alhamdulillah......

Isnin, November 16, 2009

CMC untuk Jamuan Kelas 'Ezz




Dengan kewangan kelasnya yang sedikit tapi masih mahu menjamu cikgu-cikgu dengan kek yang sedap, maka saya buatkan CMC untuk 'Ezz dan kawan-kawannya.

Ini pula saya beri percuma sebab takut CMC tak cukup

Isnin, Oktober 26, 2009

Kek Mentega Oren



Sebelum dipotong
Bahagian dalam ada lapisan whipping cream dan orange filling

Berapa harga sepotong tu?????


Saya sedang gila buat kek oren lembap. kali ni saya buat frosting dengan whipping cream. Tapi tak sempat siap sebab tetamu dah sampai. Jadi terus potong je.

Mesti orang kata,'apalah Rikha ni, kerja tak siap pun nak tayang kat sini'.

Anak-anak saya pun kalau tau mungkin dia tak bagi masuk blog ni. Ni bukan blog nak menunjukkan kepakaran yang ada tapi lebih kepada catatan pengalaman.

Jadi. jemputlah makan ye he he he............

Khamis, Oktober 08, 2009

Projek memantapkan kemahiran diri

Semalam 7.10.2009 buat biskut Famous Amos. Setengah adun aje sebab masalah tenaga elektrik di rumah. Biskut ni mendapat sambutan yang amat-amat menggalakkan semasa saya promosikan tahun lepas. Tahun ni ramai juga yang bertanya tapi saya tak dapat nak memenuhi permintaan sebab baru pindah dan masalah tenaga elektrik... Semasa sambutan raya pun kami tak de stok biskut ni.


Ni pulak kek oren lembab stail filipina.
Minggu lepas buat kek Oren lembap juga tapi guna resepi mak. Ustaz dan anak-anak lebih sukakan kek resepi mak. Sesiapa yang suka lebih masam, mungkin stail Filipina sesuai untuk mereka. Saya jadikan kek resepi mak sebagai produk saya. Namun sesiapa yang suka resepi stail Filipina, boleh juga.
Kedua-dua versi kek ni saya menggunakan pure butter SCS sebab itu yang ada kat rumah.
Golden Churn Agak sukar dijumpai di Temerloh.
Jangan segan order dari saya ye.......


Sabtu, Mei 23, 2009

Kek Mentega Oren



Tempahan kali ini datangnya dari Ida, steward SMKT.

Dia nak kek oren lembap dengan frosting whipping cream. Kek ini saya menggunakan pure butter SCS (ni je yg ada kat TF)

Ini adalah pertama kali saya membuat bunga menggunakan whipping cream. Saya bercadang menyiapkan kek ini pada malam khamis. Tapi disebabkan hawa dalam rumah panas, whiping cream saya tak lawa di atas kek bila dilepa. Berapa kali cuba, tak jadi. Maka saya nak cuba lagi pepagi esok dengan harapan waktu pagi suhu agak rendah, whipping cream saya tak meragam.
Maka selepas subuh, saya memulakan tugas menyiapkan kek ini. Alhamdulillah menjadi juga bunga mawar saya walau tak lawa, tak licin tapi ada la rupa dia kan. Saya tak leh buat banyak-banyak atau besar-besar, takut tak menjadi langsung.
Memang nampak kosong tapi OKlah sebagai permulaan. Ida pun memang ada beri cadangan untuk menambahkan lagi hiasan. Terima kasih Ida.
Dalam pukul 8.30 pagi 21.5.2009, saya menghantar kek ini ke Ida di asrama SMKT. Lama juga kami berbual mengenai bakeri ni. Saya mendoakan apa yang Ida harapkan akan menjadi kenyataan.
Dalam 10.22 pagi, Ida menghanatar SMS , sedap katanya. Alhamdulillah, lega hati saya.
Terima kasih sekali,lagi kerana menaruh kepercayaan dan keyakinan pada akak.