Isnin, Mei 23, 2011

Hadiah untuk sahabat yang telah banyak membantu




Kek Coklat Lembap Ringkas(CMCR) bersaiz 9 inci ini telah ditempah oleh Nur Athirah Pulau Pinang untuk sahabatnya yang bekerja di Majlis Perbandaran Temerloh.

Athirah dah tempah lama, cuma confirmation hanya pada pagi ahad 22.5.2011 dan ditukar dari CMCC ke CMCR9. Panjang ceritanya. yang penting Allah permudahkan urusan kami dan hasilnya telah memuaskan hati ramai orang, Alhamdulillah.

Nur Athirah: terima kasih atas kepercayaan pada akak.
Shahrul Azman: harap gembira dengan hadiah ini dan moga suka dengan kek ini.

Sabtu, Mei 14, 2011

Kek Alunan kasih - percubaan pertama ku


Hari Sabtu lepas, 7.5.2011, saya mencuba buat kek ini. Dah lama nak cuba buat, sebab ramai orang kata sedap. Agaknya, cerita kek ini dah basi, saya yang ketinggalan zaman. Maka dengan semangat berkobar-kobar, saya pun mencubanya. Alhamdulillah jadi cuma kek dia agak kering. Bukan salah resepi, saya yang memang tak ada asas membaking yang tak pandai buat. Terlebih pukul kot.

InsyaAllah lain kali cuba lagi. Namun kawan-kawan yang mencuba makan kek ini, kata sedap. Alhamdulillah.

Resepi di sini

Selasa, Mei 10, 2011

Untuk majlis Pertunangan


Sebagai balasan hantaran dari Sue untuk Mizan



Sebagai hantaran Mizan untuk Sue


Set kek cawan ini telah ditempah oleh Suryani Makhtar dari jalan bahagia sempena majlis pertunangannya pada 7.5.2011. dia tempah untuk belah lelaki sekali.

Senang berurusan dengan Sue ini. Harap Sue dan Mizan serta keluarga kedua belah pihak berpuashati dengan hasil keras tangan saya ni.

Ingin menghibur hati sahabat




Kek ni saya buat untuk keluarga kenalan kami. Baru-baru ni mereka telah kehilangan anak mereka kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya seorang lagi cedera, agak parah juga).

Pada 6.5.2011, ustaz kata anak kenalan kami ni dah balik rumah. wahhhhh saya gembira sangat terus cakap,"nak buat kek untuk dia lah". Ustaz kata,"boleh, esok boleh pergi rumah dia". Dengan penuh riang ria, saya pun buatlah kek malam tu. Pagi-pagi buat choc ganache. Alhamdulillah, lepas siap kami pun pegilah rumah kenalan kami ini.

Semoga mereka gembira mengadap kek ini. Dan semoga mereke sekeluarga sentiasa tabah menjalani hari-hari mendatang.