Lama tak dengar berita daripada Zura ni. Tup tup dia tempah dua set kek cawan ni.
Malam nak menyiapkan set ini(malam jumaat) rumah saya di masuki air. Air tu kata, "tumpang lalu tuan rumah". Dia datang dari belakang rumah. Masa tu, kami baru sahaja selesai menunaikan solat isya'. Saya nak menyambung kerja-kerja menyiapkan set kek cawan ini. Air dah memenuhi ruang belakang dan dapur.
Apa lagi, kelam kelibut kami menahan air, memindah barang-barang atas lantai. Siap semua kerja dalam 11 lebih. Ustaz dah zzzzzz keletihan mengelap lantai rumah.
Mulanya, saya rasa macam nak telefon Zura, nak batal satu set sebab satu set dah hampir siap. Namun dengan kekuatan yang Allah beri, alhamdulillah siap juga akhirnya walau tak cemerlang.
Terima kasih Zura.
Memaparkan catatan dengan label Kek cawan hari Ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek cawan hari Ibu. Papar semua catatan
Isnin, Mac 12, 2012
Ahad, Mei 10, 2009
CMCCC dan OMCCC untuk mak Nurul di tanjung batu Temerloh
Nurul ni duk di Kajang tapi balik bercuti, sempena hari Ibu kut. Bagus betul Nurul ni kan, jauh tapi balik juga sebab nak sambut hari ibu bersama ibu nya di Tanjung Batu Temerloh. Mesti mak dia rasa bahgiaaaaaa sesangat.
Nurul nak dua set 16 biji dengan warna merah , putih dan pink. Nurul juga hantar gambar contoh hiasan yang dia nak. Alhamdulillah agak senang nampak dalam gambar tapi bila buat susah juga.
Dalam pukul 12 tengah malam baru siap dan terus masuk kotak. masalah disini saya tak de kotak khas cc ni. Ada satu je. Jadi atas usaha ustaz, dia buatkan tempat duduk cc dalam kotak kek biasa. OK lah nampak selamat mereka duduk dalam kotak walau agak tak selesa he he he....
Sorry lah Nurul, itu je yang makcik (rasa tua la pulak) boleh buat.
Harap Nurul terutama mak suka cc tu semua ye. Beri respon pada makcik ye
Ini saya hadiahkan pada Nurul, saja sebab ada lebih.
Label:
Kek Cawan,
Kek cawan hari Ibu
OMCCC(Orange Moist Butter Cake) untuk Kak Ani Puteri
Balik dari Kuantan(9.5.2009), bancuh kek untuk tempahan Nurul (Kajang) sempena hari ibu.


Sambil buat sambil bersms dengan kak Ani Puteri. Cerita lah pada kak Ani yang saya sedang buat Kek Mentega Oren Lembap untuk buat kek Cawan. Kak Ani pun terus nak. Allah susun memang ada lebih dan cukup dengan yang kak Ani nak. Habis bakar, saya siapkan bc sambil tunggu cc sejuk.
Dalam pukul 6 siap dan nak hantar terus padahal beritau Kak Ani nak hantar esok. Ustaz suruh siapkan kak Ani punya dulu sebab Nurul nak esok.
Kak Ani tak tentukan corak hiasan maka saya inilah hasilnya. ......
Label:
Kek Cawan,
Kek cawan hari Ibu
Langgan:
Catatan (Atom)